Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran 2013

26hb Julai 2013 jatuh pada hari Jumaat. Kemeriahan sempena Nuzul Quran di Putrajaya semalam amat meriah.
Mimie sekeluarga ke Alamanda bawa anak2 berjalan. Selepas ke Alamanda kami ke Masjid Besi Putrajaya. Berbuka puasa di masjid memang seronok.
Selesai solat terawih kami berjalan di sepanjang lampu berwarna warni menghala ke stage untuk melihat konsert opick dan sheikh Ya Hanana. Seronok mendengar sendiri alunan zikir Ya Hanana. Batrisyia pandai sangat zikir ni.
Amat meriah suasana di malam hari. Di sepanjang berjalan kaki dari masjid besi ke stage di presint 2 terdapat booth jualan bermacam barangan. Mimie sempat la rembat 2 pasang baju kurung modern dan baju kurung pahang. Ni kes beli siap sebab takde orang nak jahit kain baju raya Mimie.. huwaaa..... (ToT).. Takpe la.. Simpan untuk raya haji nanti la.. huhu...
Batrisyia pula sibuk dengan giant bubble.  Seronok bukan main anak dara sorang ni main giant bubble. Mama pun tumpang sekali. Adik duduk dengan ayah snap gambar Mama dan Batrisyia. Lebih kurang pukul 12.30 malam baru balik umah. Penat bukan main. Pukul 4 pagi pulak bangun masak untuk sahur. Memang penat tapi seronok sangat2. Hehehe
Ni gambar di sepanjang hari semalam..

Thursday, July 25, 2013

Sekadar renungan

Alhamdulillah. Setakat ni tak pernah doakan orang lain ditimpa musibah. Sentiasa doakan yang baik2 terutama suami, anak2, mama abah dan mertua, adik beradik dan semua muslim muslimat. Reset minda bersihkan hati.

Saturday, July 20, 2013

Seronoknya Ramadhan

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah SWT kerana masih diberikan nafas dan tenaga di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

Sangat2 mencabar Ramadhan kali ini. Berpuasa sambil menyusu sepenuhnya si kecil Aqilah. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Aqilah. Walaupun menyusu di bulan Ramadhan tapi masih dapat pam susu untuk stok bila bekerja bulan September nanti.

Hari ni pertama kali menjejak kaki di bazar Ramadhan bersama suami dan Batrisyia. Aqilah tinggal bersama tok mama dan tok abah yang datang ke putrajaya dari kuantan. Bazar Ramadhan di Putrajaya banyak sangat pilihan. Ramai sangat beratur untuk pilih juadah pilihan masing2.

Malam pulak Mimie solat terawih di masjid besi Putrajaya. Mr. Hubby yang bawa Mimie dan anak2. Alhamdulillah Aqilah tak meragam langsung sepanjang terawih. Senyap je tengok lampu2 di masjid. Ramai yang geram tengok Aqilah yang comel. Hehe.

Ok la.. Dah lewat ni. Nak tido. Esok nak bagun sahur.. selamat berpuasa semua. Selamat menjalani ibadat puasa dengan lebih baik dari sebelumnya.

Wednesday, July 17, 2013

Morning...

Gambar anak2 ceria di pagi hari.. Mulakan hari dengan senyuman dan keceriaan

Saturday, July 13, 2013

Aqilah Jalan-Jalan

Alhamdulillah.

Ayah bawa Mama dan anak2 berjalan2 hari ni. 1st time Aqilah berjalan melihat dunia ciptaan Allah.

Mama pun seronok dapat jalan2 dengan keluarga. Kami just ke giant untuk beli barang2 dapur. Janji dapat keluar jalan2 walaupun ke giant. Hehe

Selepas ni aktiviti memasak kembali rancak untuk suami dan anak2. Wokeh.. Tengah nak masak lauk berbuka hari ni. Juadah hari ini paprik ayam, sup sayur dan ulaman.

Friday, July 12, 2013

Bye-Bye Confinement

Alhamdulillah.

Complete 44 hari berpantang hari ni. Yeah! Esok boleh jalan2 dengan hubby dan anak2.

Terima kasih Mama, Ummi dan yang paling utama suami tercinta coz sudi menjaga Mimie sehingga habis berpantang sepenuhnya.

Terima kasih juga pada produk bersalin NR coz sudi menjadi peneman sepanjang berpantang. Yang paling best dapat figure up balik body. Berat sebelum bersalin 78kg. Sekarang dah 58kg. Just maintain sepanjang puasa ni. Cantik untuk suami kan.. Hehehe

Bye2 confinement. Jumpa lagi 3 tahun akan datang if dipanjangkan usia. Hehehe (^_^) wink.. wink.. (blushing)

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan

Alhamdulillah. Ramadhan kembali lagi. Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan usia Mimie, suami, anak2, kedua ibu bapa kami, serta ahli keluarga kami untuk bertemu bulan yang mulia.

Semalam genap 40 hari berpantang. Ada sesetengah orang berpantang selama 40 hari. Tapi Mimie still pantang 44 hari. So ada 3 hari lagi nak habiskan pantang 44 hari.

Apa2 pun persiapan menyambut Ramadhan bersama suami dan anak2 paling seronok. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Tak sabar nak berterawih di masjid bersama suami dan anak2. Bertadarus bersama suami. In Shaa Allah.

Yang paling seronok, Ramadhan kali ini Mimie jadi suri rumah sepenuh masa. Cuti bersalin 3 bulan sangat2 menyeronokkan. Terima kasih Ya Allah.

Friday, July 5, 2013

37 hari berpantang

Lama tak update gambar sendiri lepas bersalin. Hari ni genap 37 hari berpantang. Tinggal seminggu lagi nak habiskan 44 hari.

My hubby datang hari ni.. Yeah!

Wednesday, July 3, 2013

Shoping Oh Shopping

Kalau dah memang kaki shopping tak kira waktu pantang ke tak mesti nak menyopingkan diri jugak.

Hehe.. Ni bukan shopping keluar rumah. Ni online shopping. Just click mana yang berkenan terus order. Pastu transfer online banking. Then tunggu barang sampai depan rumah. My mum yang tolong collected barang dengan abang posmen. Hehe..

Minggu lepas beli bamboo corset. Sebab bengkung semua dah loose. So kena pakai corset. Alhamdulillah.  Berat dari 78kg semasa mengandung dah semakin kurang. Berat sekarang 58kg. Hubby.. U jangan jeles dgn ur laling yang dah ramping ni. Haha..

Semalam dah beli 4 helai tudung. Tunggu barang sampai esok. Hari ni tengah online sambil cuci mata tetiba my mum tegur, "Hai.. Beli handbag pulak ke..??" Hahaha.. Tersengih la Mimie.. Nak buat camne.. Tak boleh hilang tabiat shopping ni. Lagipun nak raya kan.. Nanti nak shopping barang anak2 pulak. Hubby.. U nak belanje ur laling x..??? Kuang.. Kuang.. Kuang..

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG