Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran 2013

26hb Julai 2013 jatuh pada hari Jumaat. Kemeriahan sempena Nuzul Quran di Putrajaya semalam amat meriah.
Mimie sekeluarga ke Alamanda bawa anak2 berjalan. Selepas ke Alamanda kami ke Masjid Besi Putrajaya. Berbuka puasa di masjid memang seronok.
Selesai solat terawih kami berjalan di sepanjang lampu berwarna warni menghala ke stage untuk melihat konsert opick dan sheikh Ya Hanana. Seronok mendengar sendiri alunan zikir Ya Hanana. Batrisyia pandai sangat zikir ni.
Amat meriah suasana di malam hari. Di sepanjang berjalan kaki dari masjid besi ke stage di presint 2 terdapat booth jualan bermacam barangan. Mimie sempat la rembat 2 pasang baju kurung modern dan baju kurung pahang. Ni kes beli siap sebab takde orang nak jahit kain baju raya Mimie.. huwaaa..... (ToT).. Takpe la.. Simpan untuk raya haji nanti la.. huhu...
Batrisyia pula sibuk dengan giant bubble.  Seronok bukan main anak dara sorang ni main giant bubble. Mama pun tumpang sekali. Adik duduk dengan ayah snap gambar Mama dan Batrisyia. Lebih kurang pukul 12.30 malam baru balik umah. Penat bukan main. Pukul 4 pagi pulak bangun masak untuk sahur. Memang penat tapi seronok sangat2. Hehehe
Ni gambar di sepanjang hari semalam..

2 comments:

  1. Amsyar suka betul basahkan bibir dgn zikir Ya Hanana skng ni ;)

    ReplyDelete
  2. Don't understand anything, but I like the photos. It's nice to see life from other parts of the world. :-)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG