Saturday, July 20, 2013

Seronoknya Ramadhan

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah SWT kerana masih diberikan nafas dan tenaga di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

Sangat2 mencabar Ramadhan kali ini. Berpuasa sambil menyusu sepenuhnya si kecil Aqilah. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Aqilah. Walaupun menyusu di bulan Ramadhan tapi masih dapat pam susu untuk stok bila bekerja bulan September nanti.

Hari ni pertama kali menjejak kaki di bazar Ramadhan bersama suami dan Batrisyia. Aqilah tinggal bersama tok mama dan tok abah yang datang ke putrajaya dari kuantan. Bazar Ramadhan di Putrajaya banyak sangat pilihan. Ramai sangat beratur untuk pilih juadah pilihan masing2.

Malam pulak Mimie solat terawih di masjid besi Putrajaya. Mr. Hubby yang bawa Mimie dan anak2. Alhamdulillah Aqilah tak meragam langsung sepanjang terawih. Senyap je tengok lampu2 di masjid. Ramai yang geram tengok Aqilah yang comel. Hehe.

Ok la.. Dah lewat ni. Nak tido. Esok nak bagun sahur.. selamat berpuasa semua. Selamat menjalani ibadat puasa dengan lebih baik dari sebelumnya.

1 comment:

  1. untung Aqilah... kecil2 da masuk masjid, Alhmdlh...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG