Friday, August 30, 2013

Aqilah dan Batrisyia (^_^)


Alhamdulillah Nur Aqilah Humaira genap 3 bulan hari ni. Alhamdulillah jugak sebab sepanjang 3 bulan ni Mimie berjaya bagi fully breastfeed. Hari ni nak cerita tentang babysitter Aqilah la.. Babysitter Aqilah baik sangat orangnya. Macam mana boleh jumpa babysitter Aqilah..??

Nak cari babysitter sekarang bukan senang. Kalau kat Putrajaya ni kalau hantar baby ni kena standby RM350 sebulan. Tapi bagi Mimie duit bukan masalah. Yang penting penjagaan anak. Tambahan pulak bayi yang masih kecik ni. Mula2 tu nak hantar Aqilah ke taska. Tapi cikgu Batrisyia cakap baby kecik2 ni better pengasuh yang jaga. So dengan baik hatinya cikgu Batrisyia tolong Mimie carikan babysitter untuk Aqilah.

Babysitter Aqilah namanya Kak Alin. Orangnya sangat baik. Akak ni dah lama kahwin tapi tak pernah ada anak. Aqilah adalah 1st baby yang dia jaga. Memang tak pernah jaga anak orang. Alhamdulillah sangat2. Kak Alin ni sayang sangat kat Aqilah. Bersyukur sangat2 dapat jumpa babysitter yang okay. Senang hati Mama nak tinggal Aqilah.

Aqilah ni senang nak jaga. Tak banyak meragam. Lepas kenyang susu terus tido. Tak payah pakai soother. Tak perlu nak berbuai. Gud girl sesangat.

Hari ni pulak Kakak Batrisyia ada Jamuan Raya dan Sambutan Kemerdekaan dekat tadika. Siap ada pertandingan baju tercantik.. Guess what..??? Kakak Batrisyia dapat 1st PRIZE dalam pertandingan baju cantik!!! Tahniah yer Kakak Icha.. Sayang anak-anak Mama..

Thursday, August 29, 2013

Birthday Gugurl...

Birthday girl t0day (^_^)

Birthday gugurl...??? (Mimie la ni..)

Alhamdulillah.. 29 Ogos 1985~ 29 Ogos 2013..
Hari genap 28 tahun Mimie bernafas di muka bumi ciptaan Yang Maha Esa. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberikan peluang sehingga ke usia ini.

Harapan untuk ulang tahun kelahiran hari ini:
  •  Semoga Allah memberi kesihatan kepada Mimie untuk menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.
  • Semoga dijadikan Mimie isteri yang solehah buat suami dan sentiasa mengembirakan dan membahagiakan kami suami isteri antara satu sama lain.
  • Semoga Mimie sentiasa menjadi ibu mithali buat anak-anak kami.
  • Semoga Mimie sentiasa menjadi anak yanng taat pada kedua orang tua iaitu Abah, Mama, Abah dan Ummie.
  • Semoga Mimie sentiasa menjadi adik dan kakak yang baik buat adik beradik Mimie.
  • Semoga Mimie sentiasa menjadi ipar yang disenangi oleh ipar duai.
  • Semoga Allah melilmpahkan rezeki dan rahmat buat Mimie dan keluarga.

Terima kasih di atas ucapan Selamat Hari Jadi dan doa dari rakan-rakan yang diterima melalui facebook, sms, wass app dan line chat. Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita. Amiiinn...

Notakakitangan: Macam tak percaya umur dah 28 tahun anak dah dua. Agak2 umur 30 tahun nanti boleh 3 orang anak kot.. Hahaha (^_^)


Wednesday, August 28, 2013

Back To Work...!!!!

Setelah berehat 3 bulan... Hari ini kembali menunaikan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Semua tak berubah. Barang-barang dalam bilik, susunan barangan dalam bilik, komputer, meja, kerusi semua masih sama (Of coz la sama melainkan kena pindah bilik lain.. hahaha)..

So nak feeling bekerja dengan cemerlang hari ini dan hari2 mendatang.. Hurmm... Rindu kat baby Aqilah.. (T_T)

Have a great day!

Saturday, August 24, 2013

Aqilah dah meniarap

Alhamdulillah.
87 hari Aqilah dah neniarap. 1st time meniarap. Mama happy sgt2! Semoga anak2 Mama dan Ayah membesar dengan sihat dan pintar

Wednesday, August 21, 2013

Makan Raya with siblings

Semalam buat makan2 raya untuk adik beradik Mimie. Maklumlah tengah cuti 3 bulan ni. Menjadi suri rumah sepenuh masa la kan. Next week hari Rabu dah nak masuk keje. Oh.. rasa macam nak jadi full time housewife je. (ToT)

Sebenarnya makan2 ni tak dirancang pun. Adik lelaki Mimie yang bakal cikgu ni datang bawa 'kawan' die. Maybe nak kenalkan kat akak die ni dulu la kot. Hehe. Takpe la adikku.. Mana2 la pilihan hati. Yang penting restu Mama Abah yang utama. So far semalam kira lulus la ur girlfriend tu datang umah. Hehe

Kebetulan pulak adik lelaki yang polis ni balik cuti beraya. Ala.. Tau2 je la polis ni mana nak dapat balik raya pertama kedua. Ni lepas raya cuti sakan la. So Mimie pun ajak la datang dengan his wife after work. Then ajak jugak my sister Along n her family. Ape lagi. Riuh rendah la umah Mimie. Abis la kawan adik lelaki tu kena interview haha.

So semua ada kecuali adik bongsu yang belajar kat UTHM. Hari ni ada exam katanya. Gud luck adik. Next time buat makan2 lagi. Semalam masak nasi beriyani, rendang ayam, ketupat n lemang. Dessert pulak puding ice cream and pavlova. Ok la. Si kecil Aqilah dah bangun tido. Next time Mimie story mory lagi. Papai...

Monday, August 12, 2013

Raya Ketiga 2013

Raya ketiga 2013 sekitar dungun. Rancangan awal ialah famili Mimie dari Kuantan datang ke Dungun beraya di rumah famili in law dan umah mak su Mimie. Lepas tu kami nak ke Kuala Terengganu. Tapi oleh sebab malam tu ade game Malaysia VS Barcelona, terus cancel program ke Kuala Terengganu sebab geng2 lelaki iaitu my hubby, abah, abang ipar dan adik lelaki nak tengok game kat TV. Sorry kepada my bff tak dapat berayo ke umah korang tahun ni. My hubby cakap kita jumpa beraya di KL nanti yer.. ♥♥♥

Wednesday, August 7, 2013

★★Raya Oh Raya #2★★

Hari semalam Mr. Hubby bawa Mimie dan anak2 ke Kuala Terengganu untuk complete barang2 raya buat kali terakhir. Alhamdulillah dah siap semua. Menunggu Syawal tiba esok hari.. sedihnya Ramadhan nak berlalu..

Alang2 ke Kuala Terengganu semalam Mimie singgah ke rumah bff Mrs. Azlina. Dah dapat baby baru. Baby girl jugak. Sama macam Mimie. Semalam baby baru usia 20 hari. Seronok dapat jumpa kawan lama. Tambahan pulak best friend sendiri. Hehe. Nanti mau raya umah Mrs. Akma dan Mrs Nik Syahida pulak. 3 orang bff ni kat area terengganu. So boleh la beraya ke rumah korang yer.. hehe..

Ok.. Nak pi bandar Dungun dengan Mr. Hubby jap. Nak betulkan subang emas yang sudah patah. Subang ni beli dengan duit mas kahwin hubby bagi. So ada sentimental value kat situ.. hehe. Wokeh.. Jumpa lagi.. Papai...

Notakakitangan : Heaven betul berblogging sekarang.. Opssss... wink.. wink ♥♥♥

Sunday, August 4, 2013

Raya Oh Raya

Alhamdulillah. Selamat sampai kuantan. Sedap berbuka masakan mama hari ni. Hari selasa ni nak balik dungun umah belah hubby. Tahun ni malam raya dan raya pertama di rumah belah suami. Raya kedua balik semula ke kuantan menyambut syawal di rumah belah Mimie pulak.

Raya tiap2 tahun wajib balik umah kedua2 famili. Baru adil. Masing2 dapat merasa beraya bersama abah mama dan abah ummie. Selagi ibu bapa masih bernafas ni wajib balik. Tak kisah la raya ke berapa pun. Hehe..

Sepanjang perjalanan petang tadi berjalan lancar. Takde jem. Mula2 risau juga jem. Bertolak pukul 4 ptg dan tiba pukul 7 mlm. Terima kasih Hubby dengan pemanduan yang berhemah. Sepanjang perjalanan Mimie tak tido untuk teman hubby tercinta. Sambil tu radio banyak putarkan lagu2 raya. Lagi la tak tido coz semangat raya sudah mari.. huhu..

Ok la. Nak berehat dengan famili.. (^_^)

Bahagia bila mama abah tegur makin kurus.. kembang dipuji.. wink.. wink..  ♥♥♥

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG