Friday, August 30, 2013

Aqilah dan Batrisyia (^_^)


Alhamdulillah Nur Aqilah Humaira genap 3 bulan hari ni. Alhamdulillah jugak sebab sepanjang 3 bulan ni Mimie berjaya bagi fully breastfeed. Hari ni nak cerita tentang babysitter Aqilah la.. Babysitter Aqilah baik sangat orangnya. Macam mana boleh jumpa babysitter Aqilah..??

Nak cari babysitter sekarang bukan senang. Kalau kat Putrajaya ni kalau hantar baby ni kena standby RM350 sebulan. Tapi bagi Mimie duit bukan masalah. Yang penting penjagaan anak. Tambahan pulak bayi yang masih kecik ni. Mula2 tu nak hantar Aqilah ke taska. Tapi cikgu Batrisyia cakap baby kecik2 ni better pengasuh yang jaga. So dengan baik hatinya cikgu Batrisyia tolong Mimie carikan babysitter untuk Aqilah.

Babysitter Aqilah namanya Kak Alin. Orangnya sangat baik. Akak ni dah lama kahwin tapi tak pernah ada anak. Aqilah adalah 1st baby yang dia jaga. Memang tak pernah jaga anak orang. Alhamdulillah sangat2. Kak Alin ni sayang sangat kat Aqilah. Bersyukur sangat2 dapat jumpa babysitter yang okay. Senang hati Mama nak tinggal Aqilah.

Aqilah ni senang nak jaga. Tak banyak meragam. Lepas kenyang susu terus tido. Tak payah pakai soother. Tak perlu nak berbuai. Gud girl sesangat.

Hari ni pulak Kakak Batrisyia ada Jamuan Raya dan Sambutan Kemerdekaan dekat tadika. Siap ada pertandingan baju tercantik.. Guess what..??? Kakak Batrisyia dapat 1st PRIZE dalam pertandingan baju cantik!!! Tahniah yer Kakak Icha.. Sayang anak-anak Mama..

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG