Monday, September 30, 2013

Bila anak dara dah pandai melaram

Setiap gerak geri mama mesti anak2 perhatikan. Tengok la si kakak Batrisyia ni. Pepagi nak gi kerja nak jugak ikut mama keringkan rambut selepas mandi.. Alahai anak daraku.. Nanti bila dah besar si kecil Aqilah pun terikut jugak agaknya haha..

Mama cantik untuk ayah tau. Anak2 mama cantik untuk mama dan ayah tau.. (^_^)

Mama sama tak dengan Mama.. Itu la ayat Batrisyia
Tunggu saya besar nanti nak join jugak haha

Thursday, September 26, 2013

Tahniah Abah dan Mama

Alhamdulillah...
Tahniah buat ayahanda di atas pengurniaan darjah kebesaran dan pingat persekutuan di Istana Negara pagi tadi oleh Yang di Pertuan Agong... Semoga ayahanda dan bonda sentiasa diberkati.. amiiinnn...

Angah dan adik beradik sayang sangat2 kat abah dan mama...

Abah dan Mama tercinta. Sayang Abah Mama

My bonda 

Wednesday, September 25, 2013

Akhirnya dah Terjebak

Lately ni Mimie banyak update pasal breastfeeding.. Tu pun dengan produk Shaklee.. Seriusly Mimie bukan ahli Shaklee.. Mimie beli pun dari kawan yang sudi berikan harga ahli untuk Mimie. Lepas tu jiran pun mintak tolong belikan untuk die yang tengah dalam pantang sekarang.

Masa jiran beli ni Mimie pulak jadi distributor cara makan itu ini. Tu pun based on pengalaman sendiri dan google dari internet. Guideline dari kawan yang beri Mimie harga ahli untuk Shaklee jugak. So terasa dah macam ahli Shaklee pulak hahaha..

So bila fikir-fikir semula akhirnya dah terjebak menjadi ahli Shaklee. Baru register semalam. ID920470. Kawan tolong registerkan. So ada la penerangan bermacam2 bila jadi ahli Shaklee ni. Tapi nawaitu utama Mimie jadi ahli Shaklee ni bukan untuk berniaga or cari orang or paksa orang beli dengan Mimie. Nawaitu utama Mimie adalah untuk kegunaan diri sendiri dan kebaikan untuk keluarga.

Alhamdulillah produk ni sesuai dengan Mimie dengan izin Allah. Banyak kegunaan untuk Mimie dan keluarga. Lepas jadi ahli ni boleh la beli produk kesihatan untuk ibu bapa Mimie and in law. So friends.. If u're interested nak beli dengan Mimie meh ler.. Alamak dah terpromote pulak.. Mimie bukan nak cari untong. Coz nawaitu utama adalah kegunaan sendiri.. Just nak tolong kekawan kalau nak beli la.. Mimie tak paksa ok.. Mimie bagi harga ahli.. Opppss.. Boleh ke bagitau on public nak bagi harga ahli ni???

Kebaikan dikongsi bersama.. Apa-apapun bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa..

Tuesday, September 24, 2013

Berusaha Doa dan Tawakal

Bila baca blog Allene KLIK DI SINI teringat pengalaman Mimie beberapa minggu yang lepas masa tinggalkan Aqilah 4 hari 3 Malam ke Port Dickson. Masa ni memang stok EBM memang merudum jatuh. Mimie memang tak ambil apa-apa supplement masa ni.

Balik dari Port Dickson kakak Mimie cakap stok EBM untuk Aqilah abis semuanya.. Alhamdulillah masa kat Port Dickson Mimie rajinkan diri pam susu sebanyak mungkin untuk recover stock EBM.

Sampai satu masa Mimie cakap kat Babysitter Aqilah ni semua stok susu Aqilah. Maybe lepas ni kena guna FM. (T___T). Masa kat ofis Mimie pam susu. Balik pam susu.. Tengah malam bangun pam susu. Sampai Mr. Hubby cakap kita stand by la FM untuk anak. Mimie merajuk dengan Mr. Hubby tiap kali ayat tu keluar.

Alhamdulillah berkat sabar pam susu dan ambil supplement dengan cara yang betul stok EBM cukup untuk Aqilah. Walaupun tak banyak macam dulu tapi yang penting cukup untuk Aqilah.

Cara pemakanan dan jadual pam yang betul sangat2 penting untuk hasilkan susu. Ambil ESP sebelum makan. Then baru ambil breakfast. Lepas ambil breakfast Mimie pam susu. Mimie buat double pump so dapat la dalam 6oz-8oz sekalli pam. Lepas pam susu Mimie ambil alfalfa. Bila tengah hari Mimie pam lagi susu selepas makan tengah hari. Kadang2 tak lunch pun. Tapi still pam susu.. Kalau tak lunch Mimie minum ESP sahaja.

Petang balik dari kerja Mimie sampai rumah terus pam susu sekali lagi. Lepas pam Mimie ambil supplement Alfalfa lagi. Macam tu la rutin hari2..  Alhamdulillah.. Walaupun tak banyak macam gambar2 yang Mimie tengok orang post kat blog dan FB yang penting cukup untuk anak.

Monday, September 23, 2013

Morning...!!!

Assalamualaikum and good morning..

Hari ni terlebih happy.. Hehehe.. So gatal2 tangan nak menulis tapi di kepala otak ni pikir ape nak tulis. Nak letak tajuk pun satu hal..

Apa2 pun mulakan hari ini dengan baik. Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.. No Monday Blues for today.. Weeee....... (^_________^)

“Morning is an important time of day, because how you spend your morning can often tell you what kind of day you are going to have.”

Thursday, September 19, 2013

Bengkak Susu

Fuhh...

Dah lama tak rasa bengkak susu.. Tambahan pulak time ni tengah kursus. Bukan boleh nak lari2 untuk pump susu.. Kena tunggu rehat dulu baru dapat pump.. Kalau kat ofis sekarang ni dah dua kali pump. Pukul 10 pagi dengan pukul 1 petang. Kunci pintu bilik ofis dan tutup lampu pastu terus pump..

Terima kasih pada kawan Mimie coz banyak nasihat cara nak breastfeeding ni. Entry sebelum ni Mimie ambil supplement.KLIK DI SINI Yang penting kena rajin power pumping dan ambil air yang banyak. Mimie banyak minum air dari makan. So susu Alhamdulillah amat produktif. 

Power pumping tu ape??? Power pumping tu mesti kerap pump untuk kosongkan breast. 2~3 jam sekali kena pump walaupun yang keluar hanya angin.pada awalnya. Kalau guna double pump macam Mimie kena pump 10 minit kemudian rehat 10 minit sebelum sambung selama 1 jam.
Power pumping dengan single pump pulak pump sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam sebelah kiri 20 minit. Buat selang seli selama 1 jam.

Selain itu banyakkan berdoa. InshaaAllah. Allah akan cukupkan rezeki susu untuk anak kita (^o^)

Gambar dlm surau hihihi

Wednesday, September 18, 2013

Susu Oh Susu

Sejak Mimie pergi program kat Port Dickson beberapa minggu yang lalu selama 4 hari, stok susu Aqilah semakin sedikit. Sangat2 susah hati.

Ya Allah.. Semoga Aqilah dapat menyusu dengan sepenuhnya..

Since balik dari kursus Mimie telah melipat gandakan usaha untuk restock EBM untuk Aqilah.

Sebelum ni Mimie tak ambil supplement. Tapi disebabkan nak banyakkan stok Mimie ambil supplement Shaklee iaitu ESP dan Alfalfa.

Selain itu juga Mimie buat power pumping untuk stok susu. Sampai luka Miss B Mimie.. Tapi demi anakanda Mama usahakan jugak.

Ya Allah.. Banyakkanlah susu Mimie dan cukupkanlah untuk Aqilah. Semoga setiap tegukan susu yang diminum Aqilah memberi keberkatan buatnya. Ammiiinnn...

Friday, September 13, 2013

Open House Raya 2013

Home made (^_^)
Entry basi haha... Mimie upload ni coz ade kawan tanya ade open house raya lagi tak sekarang??? Hahaha.. Open house ni buat 24 Ogos 2013 (Sabtu).. Terlupa nak update haha (Boleh ek cam gitu..???) Ape2 pun terima kasih kepada jiran tetangga yang terdekat, adik beradik Mimie, BFF Puan Akma dan keluarga dan rakan-rakan Mimie yang sudi datang memeriahkan open house kecil-kecilan kami.

Semua menu masak sendiri. Alhamdulillah anak-anak kami sangat2 baik dan behave sepanjang menyiapkan juadah untuk jamuan raya.. Senang Mama dan Ayah siapkan itu ini.. (^_______^)

Thursday, September 12, 2013

Summer camp di Port Dickson (T_T)

Khamis Jumaat Sabtu dan Ahad minggu lepas Mimie attend program under Universiti Putra Malaysia. 4 hari 3 malam yang sangat2 mengharapkan masa cepat berlalu.. Mana taknya kena tinggal baby Aqilah yang baru masuk 3 bulan. Alhamdulillah stok susu Mimie simpan cukup sepanjang peninggalan Mimie.

Alhamdulillah kakak Batrisyia pun dah pandai jaga adiknya. Lega hati mama sebelum tinggalkan anak2. Hari Ahad tu memang habis program terus nak cabut balik. Sepanjang 4 hari tu kerja Mimie pam susu untuk cover stok susu yang dah makin susut.

Hari ni tunggu set penyusuan shaklee sampai kat ofis untuk banyakkan susu. Dah order hari selasa. InshaaAllah hari ni sampai (^_^)

Dinner sebelum ke summer camp (T_T)
Teman Batrisyia sebelum bergerak ke PD
Alahai anak dara ni mandikan doll die..
Ha.. Time ni nak balik dah (terpapar kegembiraan wajah masing2)
Berakit melawan ombak Mission Uncomplete haha
Gerakkan kereta buatan sendiri guna belon
 
Apa-apa pun pengisian banyak di pelajari sepanjang program..
(^_^)

Monday, September 2, 2013

Jalan Jalan Cari Makan

Saya tengok je Ayah Mama dan Kakak mamam (^_^)
Anakanda ni kalau spesis 'MEE' memang suka sgt2
Tengok la berselera betul
Ayah pun tak nak kalah.. Dah makin chubby haha
Penyeri hidup kami sekeluarga (^_^)

Lambat upload story jalan-jalan dan makan-makan sebelum masuk kerja hari itu. Seronok menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak.. (^_______^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG