Thursday, September 19, 2013

Bengkak Susu

Fuhh...

Dah lama tak rasa bengkak susu.. Tambahan pulak time ni tengah kursus. Bukan boleh nak lari2 untuk pump susu.. Kena tunggu rehat dulu baru dapat pump.. Kalau kat ofis sekarang ni dah dua kali pump. Pukul 10 pagi dengan pukul 1 petang. Kunci pintu bilik ofis dan tutup lampu pastu terus pump..

Terima kasih pada kawan Mimie coz banyak nasihat cara nak breastfeeding ni. Entry sebelum ni Mimie ambil supplement.KLIK DI SINI Yang penting kena rajin power pumping dan ambil air yang banyak. Mimie banyak minum air dari makan. So susu Alhamdulillah amat produktif. 

Power pumping tu ape??? Power pumping tu mesti kerap pump untuk kosongkan breast. 2~3 jam sekali kena pump walaupun yang keluar hanya angin.pada awalnya. Kalau guna double pump macam Mimie kena pump 10 minit kemudian rehat 10 minit sebelum sambung selama 1 jam.
Power pumping dengan single pump pulak pump sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam sebelah kiri 20 minit. Buat selang seli selama 1 jam.

Selain itu banyakkan berdoa. InshaaAllah. Allah akan cukupkan rezeki susu untuk anak kita (^o^)

Gambar dlm surau hihihi

1 comment:

  1. gelap gambo....
    lama da xbengkak susu... T__T

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG