Friday, October 25, 2013

Genting Highland 2013

Entry yang tertangguh coz mama sibuk dengan baby Aqilah demam.. Hari ni mood baik so nak story family vacation after Aidiladha baru-baru ni. On the way balik dari Kuantan to KL kami bercadang nak terus singgah Genting Highland untuk bawa anak-anak bercuti.

So sebelum pergi tu Mimie dah booking hotel kat First World Hotel untuk 2D 1N. Yang seronok kat sini bila nak check in tak payah sibuk2 nak beratur untuk check in. If dah bayar secara online terus ke kiosk check in dan masukkan ic. Lepas tu ikut arahan mesin kiosk dan kad bilik dah boleh dapat. Time check out pun sama juga. Masukkan kad dalam mesin check out. Cepat dan mudah.

Outdoor theme park tutup sekarang coz nak upgrade. So kami decide bawa anak-anak untuk Indoor. Mimie beli tiket Indoor secara online. So murah sikit berbanding beli kat kaunter. Harga tiket seperti berikut:

Tiket Dewasa RM32.00 (Beli kat Kaunter Indoor kat Genting)
                      RM19.00 (Beli online)

Tiket Kanak-kanak RM30.00 (Beli kat Kaunter Indoor kat Genting)
                               RM28.00 (Beli online)

Tiket kanak-kanak lagi mahal dari dewasa kalau beli online tapi berbaloi sebab harga dewasa tu memang rendah kalau beli online.

So sapa-sapa nak pergi Mimie suggest beli online dan buat persiapan awal supaya boleh bercuti dengan happy dan banyak penjimatan boleh dibuat (^______^)

Kiosk Check in
Kiosk Check Out
My Pilot My Love (^_^)
Kesejukan melampau disebabkan hujan
Mama and kiddos
Puteri-puteri yang comel
Mama dan Aqilah
Kakak Batrisyia yang tersangat happy
Kaunter tiket Indoor Theme Park
Pening Mama naik berulang kali coz dipaksa Batrisyia (ToT)
Train buat Mama gayat tapi anak-anak rilek jer..
Ayah and Kiddos
Mama dan adik
Nak balik kampung katanya
Night vision
Dinner for us
Line up (^_^)
Amoi ni kalau posing alahai...

Hari ni tunggu pembentangan BAJET 2014. Hopefully adalah berita gembira untuk golongan berpendapatan pertengahan seperti kami (^_____^)

Thursday, October 24, 2013

Jasad Sini Hati kat Lain

Haaa.. Hari ni mood kerja on off. Semalam 2 hari Mimie EL coz anakanda Aqilah got high fever. Susah hati. Hubby suruh hantar NCI (Nilai Cancer Institute) Hospital. Ni je hospital terdekat kat area umah. Hospital ni bukan khusus untuk orang cancer je. Semua hospital ni cover. Bukan nak cerita pasal hospital la...

Hari Isnin 1st day kerja lepas cuti 2 minggu. Mimie balik kerja 4.30 petang. Pukul 5 dah terpacak depan rumah BS Aqilah. Masa ambil tu BS cakap badan Aqilah panas macam nak demam. Pagi tu Aqilah menangis tak nak susu dalam botol. Hurmm.. silap Mimie juga coz 2 minggu cuti DF tak guna botol. Tapi tengah hari tu Alhamdulillah nak susu dalam botol.

Balik rumah Mimie check suhu badan. 38.6 darjah celcius. Mimie lap badan Aqilah. Mandikan Aqilah. Sapu badan, muka dan badan dengan air zam zam. Lapkan juga dengan air asam jawa. Macam2 la kawan2 bagi petua dalm FB untuk Mimie. Terima kasih kawan2.. Sekarang pulak Mimie tengah renovate dapur belakang untuk tambahan. So Aqilah terganggu dengan bunyi bising kat rumah. Kesian anak Mama ni..

Hari semalam badan dah kebah demam. Tapi malam tu Aqilah asyik merengek je. Mata pejam tapi menangis. Maybe tak selesa hidung tersumbat kot. Sampai tengah malam Mimie dan Hubby buat macam-macam untuk lenakan Aqilah. Bagi susu Aqilah tolak. Selalu kalau Mimie nak bagi susu terus menangkap nak susu. Alhamdulillah Kakak Batrisyia behave dan tidur awal. Baik sungguh kakak. Lega Mama dan Ayah. Last2 Mimie meniarapkan Aqilah dan tepuk2 belakang badan. Mula2 merengek lagi. Tak lama tu terus tidur. Pukul 3 pagi Mimie bangun bagi Aqilah susu. Alhamdulillah Aqilah tidur sampai ke pagi selepas tu.

Pagi tadi hantar Aqilah ke rumah BS. Alhamdulillah pagi tadi Aqilah mood seperti biasa. Tadi Mimie call BS untuk tahu perkembangan Aqilah. BS cakap mula2 merengek lagi tak nak botol susu. Lama2 ok. Alhamdulillah dapat BS yang jaga Aqilah sorang. So boleh fokus pada Aqilah je. Tengah hari ni nak pergi rumah BS Aqilah. Risau kalau anak-anak tak sihat.

Demam still tomei anak Mama ni..

Gambar semalam Alhamdulillah semakin sembuh

Monday, October 21, 2013

All in One (^_^)

All in One. Tak tau nak letak title ape hehe. Sebenarnya hari ni 1st day kerja selepas 2 minggu cuti.

1st sekali semalam birthday my room mate a.k.a Mr. Hubby tercinta. Selamat ulang tahun kelahiran cinta hati Mama dan anak2. Semalam dah wish banyak2 kan.. haha..

Tiramisu for ayah
My chenta hati

2nd story nak cerita tentang raya Aidiladha di Kuantan. Seminggu duk umah Mama dan Abah. Raya makan tak ingat dunia. Last2 Mr. Hubby tegur.. Abg tgk ayg selera betul skrg. Hahaha... Takpe la abang sayang. This week ayang kembali diet haha...

Kami di pagi Aidiladha 2013

Suasana Malam Raya

Pagi raya Mama and Kiddos

Day after Aidiladha

Pulut kuning, daging kerutup, nasi arab, ayam rempah, nasi impit, kuah kacang

Mama dan ayah.. Semoga bahagia until Jannah

3rd story nak cerita vacation ke Genting Highland. Ni keep story for next day la. Apa2 pun cuti sangat2 menggembirakan. Thankz to my hubby for the great holiday for us. We love you...

Thursday, October 10, 2013

Anugerah Terindah

Alhamdulillah. Anugerah Allah yang terindah.. Nur Batrisyia Zahra dan Nur Aqilah Humaira. Terima kasih yang mendoakan Mimie dapat anak-anak perempuan..


Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin

Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin
Alhamdulillah Allah panjangkan usia Mimie, suami, ibu bapa kami, anak-anak kami, adik beradik kami. Semoga perancangan dari semasa ke semasa seperti di rancangkan.

Alhamdulillah Batrisyia sekarang dah tak pakai lampin pakai buang. Alhamdulillah perancangan untuk Batrisyia tak pakai drypers sebelum umur 3 tahun tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesabaran dan memudahkan Batrisya belajar. Dari segi pembelajaran Batrisyia suka bertanya. Mama ni kenapa? Lepas tu apa? Masalahnya apa? Ni ofis sapa? Ni rumah sapa? Mama apa tu? Adoii dah macam polis tanya macam2. Tapi bagus sangat2 sebab Batrisyia dalam proses learning. So setiap pertanyaan Mama Ayah akan cuba jawab sebaik mungkin. Jangan sekat anak berfikir.. Hehe.. Mama sayang kakak Batrisyia.

Alhamdulillah Aqilah juga membesar dengan sihat. Masa umur 87 hari dah meniarap. Mama Ayah bangga sangat dengan anak-anak semua. Umur 3 bulan dah angkat montot hehe.. Aqilah dah move ke belakang sekarang. Gambar kat atas tu try test walker kakak Batrisyia dulu coz Aqilah suka duduk. Cuma Mama takkan bagi pakai walker ni dulu coz Aqilah baru 4 bulan. Mama pun sayang Aqilah.

InshaAllah.. Jika dipanjangkan lagi usia, semoga Allah memudahkan perancangan anak ketiga 2 tahun lagi. Tak boleh imagine pulak macam mana bila preggy masa umur 30 tahun nanti coz 2 tahun lagi masuk 3rd series. Apa2 pun mesti maintain. Niat utama cantik untuk suami. Weee...

Ni gambar terbaru kami lepas anak kedua (^_^)



Monday, October 7, 2013

Mood cuti Raya 2minggu

Mood bercuti 2 minggu.. yeeehaaa... seronok duduk umah bersama anak2.. hari ahad ni balik kuantan. Sambut raya haji di kuantan. Tak sabar nak balik kampung.

Kemudian balik raya nak bercuti-cuti dalam Malaysia. Wishlist vacation bersama suami dan anak2 akan cuba dipenuhi..

Petang2 bila hubby mula berkebun kat our mini garden, Mimie sediakan minum petang. Berkelah depan rumah.. huhu.. yg penting masa sentiasa dimanfaatkan untuk anak2 kami. (^_^)




Friday, October 4, 2013

Semoga peroleh Haji Mabrur

Malam tadi Mimie dan FIL ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk mengiringi MIL menunaikan haji. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami suami isteri bersyukur sangat akhirnya kedua ibu bapa kami telah melaksanakan ibadah haji

Semoga Ummie selamat pergi dan kembali.. Kami menunggu kepulangan Ummie..

Si kecil Aqilah dengan Pak Lang

Aqilah dgn Mak Long, Pak Lang dan Ucu

Ni my chenta hati

Kakak Batrisyia dengan nenek

With my FIL

Semoga dimudahkan segala urusan

Mama and kiddos

Bahagian pelepasan jemaah di TH Kelana Jaya

Tuesday, October 1, 2013

Two Months Ago...

Pejam celik pejam celik kita tinggal 2 bulan lagi nak menamatkan tahun 2013.. Wishlist 2013 dah complete ke belum? Alhamdulillah 2013 ni banyak yang dirancang. Alhamdulillah juga coz kebanyakan perancangan berjalan dengan lancar.

Dalam beberapa hari lagi kita akan meraikan hari raya aidiladha. Lusa 3hb Okt 2013 my MIL akan menunaikan haji di tanah suci. Alhamdulillah kedua ibu bapa Mimie dan FIL telah dijemput ke Makkah. Mama dn Abah Mimie dan selamat pergi dan kembali dari tanah suci. My FIL dah selamat juga pergi dan kembali. Tahun ni giliran MIL pulak. Semoga Allah memberikan Haji Mabrur buat MIL.

Hari ni kelam kabut sikit. Kerja banyak. Banyak perkara nak diselesaikan sebelum Mimie cuti minggu depan dan minggu raya haji. Tahun ni raya haji cuti 2 minggu. Lepas tu perancangan nak bawa anak2 ke Genting Highlands. Luangkan masa dengan family.

Semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT. InshaALLAH...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG