Thursday, October 10, 2013

Anugerah Terindah

Alhamdulillah. Anugerah Allah yang terindah.. Nur Batrisyia Zahra dan Nur Aqilah Humaira. Terima kasih yang mendoakan Mimie dapat anak-anak perempuan..


Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin

Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin
Alhamdulillah Allah panjangkan usia Mimie, suami, ibu bapa kami, anak-anak kami, adik beradik kami. Semoga perancangan dari semasa ke semasa seperti di rancangkan.

Alhamdulillah Batrisyia sekarang dah tak pakai lampin pakai buang. Alhamdulillah perancangan untuk Batrisyia tak pakai drypers sebelum umur 3 tahun tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesabaran dan memudahkan Batrisya belajar. Dari segi pembelajaran Batrisyia suka bertanya. Mama ni kenapa? Lepas tu apa? Masalahnya apa? Ni ofis sapa? Ni rumah sapa? Mama apa tu? Adoii dah macam polis tanya macam2. Tapi bagus sangat2 sebab Batrisyia dalam proses learning. So setiap pertanyaan Mama Ayah akan cuba jawab sebaik mungkin. Jangan sekat anak berfikir.. Hehe.. Mama sayang kakak Batrisyia.

Alhamdulillah Aqilah juga membesar dengan sihat. Masa umur 87 hari dah meniarap. Mama Ayah bangga sangat dengan anak-anak semua. Umur 3 bulan dah angkat montot hehe.. Aqilah dah move ke belakang sekarang. Gambar kat atas tu try test walker kakak Batrisyia dulu coz Aqilah suka duduk. Cuma Mama takkan bagi pakai walker ni dulu coz Aqilah baru 4 bulan. Mama pun sayang Aqilah.

InshaAllah.. Jika dipanjangkan lagi usia, semoga Allah memudahkan perancangan anak ketiga 2 tahun lagi. Tak boleh imagine pulak macam mana bila preggy masa umur 30 tahun nanti coz 2 tahun lagi masuk 3rd series. Apa2 pun mesti maintain. Niat utama cantik untuk suami. Weee...

Ni gambar terbaru kami lepas anak kedua (^_^)



6 comments:

  1. dua-dua anak dara tu comey ;)

    ReplyDelete
  2. Aqilah makin cantik la.. boking wat menantu... kikikik...
    tu la mimi... anak2 makin besar makin ragam... kena bnyk sabar mendidik dorang... tp selalu gak lin mendidih bila jaga dorang... huhuhuh

    2 tahun lagi da merancang untuk ke3? hebat la mimi... lin 6 tahun lagi br nak anak ke3.. ihihih... kami da serender...

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking utk hafidh ke booking utk harris.. hehehe
      merancang je lin.
      hari tu rancang nak dapat aqilah alhamdulillah Allah makbulkan.
      anak2 sangat baik untuk jaga tu yang macam nak tambah lagi 2 tahun haha

      Delete
  3. Anak juga tanggungjawab kita menjadikan mereka yg terbaik.
    Dua tahun lagi adik dah besar macam kakak dia juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH kakzakie..
      semoga Allah permudahkan..

      Delete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG