Thursday, October 24, 2013

Jasad Sini Hati kat Lain

Haaa.. Hari ni mood kerja on off. Semalam 2 hari Mimie EL coz anakanda Aqilah got high fever. Susah hati. Hubby suruh hantar NCI (Nilai Cancer Institute) Hospital. Ni je hospital terdekat kat area umah. Hospital ni bukan khusus untuk orang cancer je. Semua hospital ni cover. Bukan nak cerita pasal hospital la...

Hari Isnin 1st day kerja lepas cuti 2 minggu. Mimie balik kerja 4.30 petang. Pukul 5 dah terpacak depan rumah BS Aqilah. Masa ambil tu BS cakap badan Aqilah panas macam nak demam. Pagi tu Aqilah menangis tak nak susu dalam botol. Hurmm.. silap Mimie juga coz 2 minggu cuti DF tak guna botol. Tapi tengah hari tu Alhamdulillah nak susu dalam botol.

Balik rumah Mimie check suhu badan. 38.6 darjah celcius. Mimie lap badan Aqilah. Mandikan Aqilah. Sapu badan, muka dan badan dengan air zam zam. Lapkan juga dengan air asam jawa. Macam2 la kawan2 bagi petua dalm FB untuk Mimie. Terima kasih kawan2.. Sekarang pulak Mimie tengah renovate dapur belakang untuk tambahan. So Aqilah terganggu dengan bunyi bising kat rumah. Kesian anak Mama ni..

Hari semalam badan dah kebah demam. Tapi malam tu Aqilah asyik merengek je. Mata pejam tapi menangis. Maybe tak selesa hidung tersumbat kot. Sampai tengah malam Mimie dan Hubby buat macam-macam untuk lenakan Aqilah. Bagi susu Aqilah tolak. Selalu kalau Mimie nak bagi susu terus menangkap nak susu. Alhamdulillah Kakak Batrisyia behave dan tidur awal. Baik sungguh kakak. Lega Mama dan Ayah. Last2 Mimie meniarapkan Aqilah dan tepuk2 belakang badan. Mula2 merengek lagi. Tak lama tu terus tidur. Pukul 3 pagi Mimie bangun bagi Aqilah susu. Alhamdulillah Aqilah tidur sampai ke pagi selepas tu.

Pagi tadi hantar Aqilah ke rumah BS. Alhamdulillah pagi tadi Aqilah mood seperti biasa. Tadi Mimie call BS untuk tahu perkembangan Aqilah. BS cakap mula2 merengek lagi tak nak botol susu. Lama2 ok. Alhamdulillah dapat BS yang jaga Aqilah sorang. So boleh fokus pada Aqilah je. Tengah hari ni nak pergi rumah BS Aqilah. Risau kalau anak-anak tak sihat.

Demam still tomei anak Mama ni..

Gambar semalam Alhamdulillah semakin sembuh

2 comments:

  1. Sungguhlah kalau anak tak sihat apa lagi masih baby kita kerja pun tak senang. Kalau boleh nak tahu perkembangannya. Moga terus sembuhlah adik ye...

    ReplyDelete
  2. amboi.. debab gak si aqilah ni ye... get well soon aqilah... =)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG