Saturday, November 30, 2013

Aqilah 6 month

Alhamdulillah Nur Aqilah Humaira sudah genap 6 bulan. Terima kasih Ya Allah perkenankan doa untuk menyusu Aqilah secara exclusive dengan susu Mimie sepenuhnya tanpa menggunakan susu formula.

Ya Allah semoga dapat menyusu Aqilah mengikut syariatMu Ya Allah. Sesungguhnya susu ibu adalah terbaik di dunia ini. Semoga setiap titisan susu yang diminum Aqilah penuh keberkatan dan rahmatMu Ya Allah.

Semoga puteri-puteri kami membesar dengan sihat dan sempurna. Cemerlang dunia dan akhirat. Menjadi anak2 yang solehah. Amiiinnn....

Notakakitangan : penyedian solid food buat Aqilah.. (^_^)

Friday, November 29, 2013

SKT dan HRMIS

Hujung tahun ni sibuk dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Nak kena key in markah dalam HRMIS. Sapa yang kerja government ni tahu2 je la line untuk HRMIS. Kadang-kadang ok. Kadang-kadang menguji kesabaran betul. Sabar jer la..

Apa-apa pun mesti siapkan sebelum pertengahan Disember 2013. Tak lama dah nak abis tahun 2013. Umur pun meningkat setahun lagi. Sebelum nak masuk 3rd series ni banyak yang nak dicapai. 2015 dah masuk 3rd series.. Semoga dengan izin Allah tercapai apa yang dirancang. Amboi.. Jauhnya fikir sampai 2015. Tahun depan baru 2014. Hehehe..

Ni berblogging sementara menuggu line HRMIS. Nak key in markah sorang-sorang alahai... Sabar Mimie.. U can do it..!!!! Ok reader.. Nanti Mimie terjah you all punyer blog ok..

Thursday, November 28, 2013

Sarawak @ Perlis+Langkawi...???

Percutian keluarga pertengahan bulan Disember ni ada dua pilihan. Antara Sarawak or Perlis+Langkawi. Cer teka Mimie pilih yang mana???

Mula-mula tu memang nak pergi Kuching, Sarawak. Pastu bila Hubby offer nak pergi Perlis package sekali nak ke Langkawi so Mimie pun terus beralih arah ke Utara Malaysia. Bukan tak nak pergi Sarawak tapi rasa nak ke tempat yang lebih santai.

Ok kenapa pilih Perlis+Langkawi? Sebab nak pi Padang Besar nak habiskan duit Hubby (Hubby gaji besor kena la pow banyak2 haha). Takde la. Sebenarnya Hubby ada meeting di Perlis so alang-alang ke Perlis tu Hubby setuju ke Pulau Langkawi. Thank you ye sayang.. Lagipun Perlis ni kecik je. Confirm tak sesat. Haha.. Teringat pulak dulu pernah praktikal di bahagian kewangan Putra Palace Hotel. So nak jumpa kenalan tempat praktikal dulu. Kebanyakkannya dah tak kerja kat Putra Palace Hotel. Ramai yang buat business sendiri. Abang Syah buat business western food.. Kak Anne buka butik baju. Kalau beli confirm diskaun best2 punya. Encik Khamis pulak buka business jual handbag dekat Padang Besar. Tu yang membuatkan hati nak ke Perlis lagi. Hahaha..

Kenapa tak pilih Kuching? Hubby ada meeting jugak kat Kuching (Wah.. Untungnye Pegawai Kerajaan ni meeting jauh2 hehe) Hubby memang ajak sekali ke Kuching tapi Mimie cakap next time la planning betul2 nak ke Kuching. Sebab kat Kuching ni ada Pak Sedara Mimie so takut tak berkesempatan nak jumpa sebab Hubby sibuk meeting. Nanti kecik hati pulak pak sedara tu. Kalau Perlis dan Langkawi ni takde sedara mara. So ikut pandai la nak redah gi mana-mana kan.. hahaha.

So minggu depan Hubby meeting kat Kuching. 2 minggu lagi InshaALLAH kami akan ke Utara Tanah Air untuk cuti-cuti Malaysia. Ok. Nak apply cuti.. Hehehe.. Papaiii... (^_^)

Wednesday, November 27, 2013

Need a vacation

I need a vacation...
Wahhh... ni mood ke laut dah ni...
Seriously sangat2 penat. Tapi tak tau la penat ape.. haha...

Maybe penat mengemas rumah. Selepas renovation extend dapur beberapa minggu yang lalu menyebabkan operasi pengemasan besar besaran. Actually hubby yang lebih buat kerja haha..Mimie ni kemas kecik2 dengan anak2 je. Huhu

Tapi bagusnya Encik hubby ni takde pulak merungut sakit2 badan lepas operasi mengemas2 rumah. Tapi as a good wife yg memahami hubby kena la picit2 dan bagi massage setelah banyak hubby berbakti dalam proses pengemasan (statement tak boleh blah hahaha). Kesian juga hubby. Thank you so much dear tolong cantikkan my territory (dapur kesayanganku).

Vacation....?????
InshaaAllah bulan 12 ni memang musim kami travel. Travel and celebrate our anniversary of wedding and engagement. Kalau takde aral pertengahan bulan 12 ni nak cuti-cuti dalam Malaysia. Bawa anak2 jalan2. Tahun depan kakak Batrisyia dah nak masuk sekolah 4 tahun. Pendedahan awal kepada persekolahan. Semoga anak2 Mama dan Ayah jadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Amiiinnn.

Wednesday, November 20, 2013

Monday, November 18, 2013

SUPERMOKH THE MUSICAL

Hari Sabtu lepas Mr. Hubby bawa menonton SuperMokh the musical di Istana Budaya. Alhamdulillah. Seronok sangat. Lama sangat tak tengok teater. Terima kasih banyak2 ye sayang. Memang seronok...

Alhamdulillah mother in law selamat kembali dari menunaikan haji. So hujung minggu baru2 ni memang berkampung di rumah Mimie. Riuh rendah dengan saudara mara sebelah suami di rumah. Sementara nak menonton teater tu anak2 kami tinggal dengan mak sedara and nenek die. Hehe. Ayah and Mama nak berdatinh malam tu. Hahaha

Apa2 pun persembahan teater menarik. Lagu2 hebat. Tahniah buat Hans Isaac dan Harith Iskandar kerana berjaya mengarahkan teater yang hebat. Tahmiah juga pada Awie dan Maya Karin yang melakonkan watak arwah Mokhtar dan isterinya Datin Zarina.

Rombongan Che Kiah hehe
Ticket teater
Posing jap
Istana Budaya
Really enjoy it..

Wednesday, November 13, 2013

Gaya Bebas

Alahai anak-anak dara tidur. Kakak dengan adik ni tidur semua gaya bebas. Last2 katil Mama Ayah jugak yang dikuasai mereka. Mama Ayah pulak kena tidur bawah bentang toto haha..

Gambar pagi tadi. Gambar last sekali tu ayah tumpang sekaki sebelum ke tempat kerja hahaaha

Sunday, November 10, 2013

Lava Cheesecake

Fenomena baru lava cheesecake. Sedapnyer. Baru order melalui FB. Alhamdulillah ade akak ni buat delivery area uniten. Dapat la kami satu family merasa lava cheese cake ni huhu..

Siap ade peraduan bergambar semasa menikmati lava cheesecake ni haha. Sekarang tengah sejukkan dalam peti. Beli 3bekas × 400g. Flavour almond and chocolate. Tadi dah ngap separuh bekas flavour chocolate. Marvelous betul. Next time boleh order lagi..

Ok. Nak prepare dinner untuk family n anak2.

Note: opss.. ade orang tu nak kurus dgn shaklee coz nak preggy.. ahaksss...

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Alhamdulillah tahun baru azam baru untuk berubah dengan lebih baik dan cemerlang dari tahun sebelumnya.

Setiap kali 1 Muharram kenangan majlis pernikahan Mimie dan suami sentiasa dalam ingatan.

1 Muharram 1431H Mimie dinikahkan oleh abah Mimie sendiri dan dengan rasminya menjadi permaisuri kepada Tajul Ariffin. Alhamdulillah. 4 tahun usia perkahwinan kami. Semoga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah. Amiiinnn.

Hari ni juga kami adik beradik berkumpul. Hantar Mama, Abah dan adik bongsu kami bercuti ke Vietnam. Sweet je Abah dan Mama Mimie. Usia tuanya dihabiskan melancong bersama setelah selesai menunaikan haji. Semoga Mama dan Abah sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Sayang Abah Mama.

Monday, November 4, 2013

Tahniah Tok Gajah

Fuhhh...!!!! Tahniah skuad Tok Gajah kerana berjaya menjulang Piala Malaysia.. Memang riuh rendah rumah Along Mimie bila kami berkumpul tengok bola. Akhirnya kejuaraan milik kita Negeri Pahang Darul Makmur..

Kemarau 21 tahun berakhir. Tahniah buat Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan membawa skuad Tok Gajah ke kejuaraan Piala Malaysia..

Yeaaahhhh...!!!! Hogoh Pahang Hogoh..!!!!

(^___________________^)

Sunday, November 3, 2013

Happy Birthday Batrisyia #3

Alhamdulillah anakanda Batrisyia genap berusia 3 tahun.. Mama dan ayah doakan semoga anak2 semua sihat sentiasa. Diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bijak pandai dalam semua perkara. Taat perintah Allah dan jadi anak solehah..

Kek pilihan birthday girl sendiri.. Bola Kampung. Adoiiii. Geleng kepala Mama dan Ayah tau anak dara sorang ni. Dalam banyak2 kek gambar bola kampung jugak.

Celebration buat kat umah my kak long. Mama abah Mimie datang dari Kuantan. Adik beradik Mimie semua ada. Memang seronok sgt2.

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG