Thursday, November 28, 2013

Sarawak @ Perlis+Langkawi...???

Percutian keluarga pertengahan bulan Disember ni ada dua pilihan. Antara Sarawak or Perlis+Langkawi. Cer teka Mimie pilih yang mana???

Mula-mula tu memang nak pergi Kuching, Sarawak. Pastu bila Hubby offer nak pergi Perlis package sekali nak ke Langkawi so Mimie pun terus beralih arah ke Utara Malaysia. Bukan tak nak pergi Sarawak tapi rasa nak ke tempat yang lebih santai.

Ok kenapa pilih Perlis+Langkawi? Sebab nak pi Padang Besar nak habiskan duit Hubby (Hubby gaji besor kena la pow banyak2 haha). Takde la. Sebenarnya Hubby ada meeting di Perlis so alang-alang ke Perlis tu Hubby setuju ke Pulau Langkawi. Thank you ye sayang.. Lagipun Perlis ni kecik je. Confirm tak sesat. Haha.. Teringat pulak dulu pernah praktikal di bahagian kewangan Putra Palace Hotel. So nak jumpa kenalan tempat praktikal dulu. Kebanyakkannya dah tak kerja kat Putra Palace Hotel. Ramai yang buat business sendiri. Abang Syah buat business western food.. Kak Anne buka butik baju. Kalau beli confirm diskaun best2 punya. Encik Khamis pulak buka business jual handbag dekat Padang Besar. Tu yang membuatkan hati nak ke Perlis lagi. Hahaha..

Kenapa tak pilih Kuching? Hubby ada meeting jugak kat Kuching (Wah.. Untungnye Pegawai Kerajaan ni meeting jauh2 hehe) Hubby memang ajak sekali ke Kuching tapi Mimie cakap next time la planning betul2 nak ke Kuching. Sebab kat Kuching ni ada Pak Sedara Mimie so takut tak berkesempatan nak jumpa sebab Hubby sibuk meeting. Nanti kecik hati pulak pak sedara tu. Kalau Perlis dan Langkawi ni takde sedara mara. So ikut pandai la nak redah gi mana-mana kan.. hahaha.

So minggu depan Hubby meeting kat Kuching. 2 minggu lagi InshaALLAH kami akan ke Utara Tanah Air untuk cuti-cuti Malaysia. Ok. Nak apply cuti.. Hehehe.. Papaiii... (^_^)

4 comments:

  1. wah.. jeles... part yang paling jeles big boss dia koje gomen... jeles lagi.. uhuhuh

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti-cuti Malaysial Mimie.

    ReplyDelete
  3. bestnya cuti-cuti...nory ada usha jugak tiket ke kuching utk taun depan,murahh giler...tapiii taktaw nak beli ke taknak...takut tak jadiii je kalau beli awal2 ni..hehe

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG