Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal 2013

Entry terakhir di tahun 2013. Banyak kenangan suka duka dan pahit manis di sepanjang tahun 2013. Azam tahun baru 2014 sama seperti azam 1435H dalan entry Maal Hijrah 1435H.

Kenangan manis dan perkara yang tak boleh dilupakan bagi tahun 2013 terlalu banyak untuk dikongsikan di sini. Apa-apa pun Mimie kongsi sedikit sebanyak perjalanan 2013.

2013 dikurniakan puteri yang kedua. Alhamdulillah Allah kurniakan puteri sebagai anak kedua kami. Boleh jadi kawan buat kakaknya. Boleh bantu mama dan ayah. Anak-anak penghibur hati kami suami isteri. Next time boleh plan untuk baby boy sebab kakak dah ada kawan gugurl kan.. hehe Amiiinnn....

2013 juga Mimie dan suami bercuti ke Indonesia. Family trip. Abah, Mama, Mimie and family dan Kak Long and family. Seronok percutian keluarga.

2013 my mom in law menunaikan haji di tanah suci. Alhamdulillah kedua orang tua Mimie dan kedua orang tua suami masing-masing dan menunaikan haji. Kami suami isteri sangat gembira sebab ibu bapa kami sudah menunaikan haji.

2013 renovation besarkan dapur. Yang ni paling manis sebab Mr. Tajul hadiahkan renovation dapur pada Mimie. Thankz hubby. You're great husband in world hehe...

Sebenarnya banyak lagi kenangan 2013. Mimie bersyukur kerana tirai 2013 berlabuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan buat Mimie dan keluarga.

2014...???? Hope 2014 adalah tahun yang dapat memberikan lebih kebahagiaan kepada Mimie dan keluarga. Dimurahkan lebih rezeki Mimie dan keluarga dan dikurniakan baby untuk Mimie dan keluarga. Ehhh... baby lagi??? Hehe.. Gurau je.. Tunggu tahun 2015 or 2016 untuk our 3rd kids. Bagi Aqilah besar sikit dan dah geng dengan kakaknya baru Mama boleh bagi adik. Hehehe..

Opppsss... Sebelum terlupa.. Terima kasih kepada pengunjung blog ni. Maaf salah dan silap di sepanjang penulisan tahun 2013. Terima kasih sudi menjengah blog Mimie dan sudi meninggalkan  komen buat entry Mimie. Mimie dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.

Nanti Mimie jalan-jalan blog korang yer. Selasa depan baru masuk keje. Excited nak hantar Batrisyia masuk sekolah. Mama yang over tau. Amik cuti lama anak nak sekolah. Hehehe...

Thursday, December 26, 2013

New look for new year

1st time potong rambut Batrisyia. Sebelum ni sejak botakkan kepala Batrisyia masa umur 7 hari kami hubby and wife tak pernah potong rambut kakak Batrisyia ni. Just potong yang bawah sikit-sikit untuk elak bercabang. Tapi semalam bila tanya kakak Batrisyia nak gunting rambut x? Si cilik ni nak potong.

So semalam jalan-jalan Alamanda. Kami ke Hairven Salon. Bukan main lagi si cilik ni bila nak gunting rambut. Duduk je kat kerusi salon terus request "Mama.. Icha nak baca buku tu" (sambil tangan tunjuk magazine). Amboi.. kemain lagi tau anak dara sorang ni. Hahaha. Tapi comel sangat la kakak.. hehehe...

Sepanjang potong rambut sangat-sangat behave. Sikit pun tak meragam. Seronok la tu orang dok belai-belai rambut. Haha.. Mama dan Ayah sayang Batrisyia dan Aqilah. Love you kids...

Wednesday, December 18, 2013

Happy Anniversary #4

Entry kali ini mungkin panjang. Untuk tatapan Mimie dan keluarga di masa hadapan. Sesiapa yang sudi membaca terima kasih kerana sudi membaca coretan hidup Mimie...

Alhamdulillah... 18 Disember 2009 ~ 18 Disember 2013... 4 tahun bergelar isteri kepada Tajul Ariffin. Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan pasangan dan teman hidup yang membimbing ke jalanMu dan teman setia yang memahami di kala susah mahupun senang...

Perkenalan dengan suami merupakan anugerah Allah yang terhebat. Mimie tahu Hubby juga membaca coretan di blog ini. Dan kat sini Mimie nak sampaikan yang Sayang sangat bahagia dan bertuah mempunyai suami yang penyayang dan membimbing sayang dan anak-anak ke jalan Allah...

Kami mula berkawan pada 1 Mac 2008. Menerusi panggilan telefon. Sebenarnya sebelum tu Mr. Hubby ni dah terpaut pada potret family Mimie di kediaman Abah dan Mama. Mimie pun dah pernah cerita perkenalan Hubby. Boleh rujuk kat entry KLIK DI SINI

Sepanjang perkenalan dengan suami Mimie sangat bahagia. Suami seorang pelindung yang baik terhadap Mimie dan anak-anak. Biar la orang nak kata Mimie puji suami melambung-lambung pun. Mimie tak kisah sebab hakikatnya Mimie kenal suami Mimie sebaik-baiknya. Kalau setakat yang pernah couple dengan hubby Mimie dulu takkan boleh judge die sesuka hati sebab dieorang kenal luaran sahaja. Hakikatnya luaran dan dalaman ni Mimie dah masak sangat la. Hahahaha...

Mimie bersyukur dikurniakan suami yang mempunyai pegangan agama yang dapat membimbing Mimie. Tak pernah sekali pun Mimie melihat suami meninggalkan solatnya. Tahkala sakit sekali pun Hubby akan solat walaupun duduk. Selain itu, jika ada kelapangan terutama di hujung minggu Hubby akan ke masjid untuk berjemaah solat subuh, maghrib dan isyak. Selesai solat akan ada tazkirah. Teringat kata-kata suami.. Abang ke masjid mendengar ceramah agama supaya abang dapat berkongsi dengan sayang bila balik ke rumah. Itu yang mampu abang lakukan untuk mendidik isteri dan anak-anak. Memang terharu bila dengar suami meluahkan kata-kata ni.

Pakaian Mimie sentiasa di jaga. Bila pakai tudung mesti menutupi dada. Baju-baju kebaya memang takde la sejak kenal dengan Hubby ni coz suami Mimie sangat menjaga supaya hak miliknya tidak pada pandangan orang lain. Apa yang Mimie suka adalah cara teguran yang diberikan. Sangat lemah lembut. Jika suami Mimie nak tegur sesuatu Hubby akan pastikan Mimie duduk rapat dengannya dan menegur secara berhemah. Demi Allah memang Mimie tak pernah terasa hati dengan tegurannya.

Suami seorang yang sangat rajin dalam membantu urusan keluarga. Ya Allah sangat bersyukur dapat suami yang ringan tulang. Sudi membantu Mimie mengemas rumah, menjemur dan membasuh baju tanpa disuruh. Menguruskan anak-anak di  kala Mimie sibuk mengenai sesuatu. Sangat memahami dan understanding.

Semakin lama hidup berumah tangga semakin memahami kehendak apa yang disuka dan tak disuka oleh suami tercinta ni. Mimie memang suka memasak. Dan Mimie bertuah dapat suami yang suka sangat makan masakan Mimie. Jarang la nak makan luar. Terima kasih sayang...

Hubby tak pernah memaksa Mimie dalam sesuatu perkara. Perkara yang paling Mimie suka adalah suami Mimie sangat mudah di bawa berbincang. Semua isu yang rasa tak sefahaman akan di bawa berbincang. Yang bagusnya kami boleh menilai baik buruk sesuatu perkara bila di bawa berbincang. So memang takkan ada yang makan hati atau terasa sebab persetujuan akan diperolehi terhadap perkara yang dibincangkan.

Marah??? Tipu la kalau Hubby tak pernah marah kan.. Setiap suami kalau tak pernah marah mesti something wrong somewhere. Haha.. Tapi marah suami ada tempatnya. Contohnya kalau suami Mimie risaukan perkara berkenaan dengan Mimie dan anak-anak mesti Hubby akan marah. Yang peliknya bukan marah pada Mimie tapi marah pada diri sendiri sebab risau. Yang ni kalau readers tak paham takpe sebab  Mimie dan suami sahaja memahami cara marah Hubby tahkala risau mengenai Mimie dan anak-anak.. Hehehehe

Apa-apa pun coretan panjang ni Mimie catatkan buat tatapan suami tercinta. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 4 sayang.. Semoga kebahagiaan dan rahmat Allah sentiasa melimpahi kehidupan kita sekeluarga. Amminnn.. I really love you.. Semoga berkekalan sehingga akhir usia.








Monday, December 16, 2013

Family Trip ♥ Perlis Indera Kayangan

Mood baru masuk kerja selepas bercuti. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari negeri kecil yang menarik.

Perlis sahaja??? Mana Langkawi??? Tu ler pasal.. Tak jadi pi Langkawi. Tak sempat. (ToT) Tapi Hubby dah janji akan pergi jugak. Dan setuju naik flight je ke Langkawi nanti coz pengalaman memandu ke Perlis memakan masa yang cukup cukup cukup cukup panjang..

Khamis perjalanan ke Perlis. Sebelum pergi tu Mimie dan family register new pre school buat Batrisyia. Lepas register terus bertolak ke Perlis. Entry sebelum ni pasal Little Caliph Kindergarten tu Mimie update masa on the way ke Perlis la. Dalam kereta.. Haha canggih betul sekarang kan..

Ding dong ding dong registration pukul 1030 pagi bertolak dari KL. Berenti lunch dan solat kat RnR Sungai Perak. Lepas tu sambung lagi perjalanan dan selamat tiba pada jam 5.30 petang. Check in at Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis. Banyak hotel dah full booked. Pastu rehat dan dinner. Lepas tu tido.. penat giler perjalanan kali ni..

Bangun pagi esok Hubby ade kerja. So tunggu sampai tengah hari sebab jumaat rehat awal. Balik dari solat Jumaat kami lunch. Lepas lunch kami bertolak ke Taman Anggur Perlis. Buah anggur ade tapi tak banyak. So nak petik memang tak dapat la kan. Tengok je la. Tapi sebab tak banyak jadi tak berapa syok la pulak haha.. Lepas ke Taman Anggur Perlis kami bertolak ke Gua Kelam. Mimie dan Aqilah tak masuk ke Gua tu.  Ayah dan Batrisyia je. Mimie dan Aqilah lepak minum air kelapa dan makan goreng-goreng kat stall depan Gua Kelam je sementara tunggu dua beranak tu balik hehe. Pastu terus balik coz dah nak maghrib. Malam tu ada dinner kat Koma Laut Kuala Perlis. Seafood.. Nyum.. Nyum.. Dah makan balik tido la..

Sabtu pagi after breakfast kemas2 dan checkout. Lepas checkout terus menuju ke Wang Kelian. Ehem.. Ehem... Bermula episod menghabiskan fulus.. haha.. Tapi Masalahnya bukan Mimie atau Hubby yang banyak shopping. Si kecil Batrisyia ni yang paling banyak beli. Sampai penuh tangan Ayah dan Mama. So nak beli lebih2 kang kena tax pulak huhu.. 

Sabar je la dengan anak dara sorang ni.. Ikut perangai sapa la agaknye.. hahaha.. Batrisyia beli toto princess.. blanket princess. . Bag princess.. semua la princess. Adoiiii memang dah pandai memilih anak dara sorang ni. Mama dapat la satu Narita dan mangkuk tingkat untuk bawa balik. Ingat nak beli kukus baru. Tapi tangan dah tak dapat menampung barangan lagi. So next time je la beli.. Aqilah dapat set alat music untuk kids. Ayah pulak dapat penat bawa barang.. hahaha.. kesian abang.. hehe

So lebih kurang pukul 3 baru bertolak balik KL. Berenti 2x kat RnR Gurun dan RnR Tapah sebelum sampai ke rumah. Memang penat yang amat. Sabar je la. Pukul 12 malam sampai rumah semua dah pengsan. Barang-barang dalam kereta esok pagi baru angkat masuk rumah. Memang penat sangat-sangat. Alhamdulillah hari Ahad boleh rehat sepuas hati sebelum nak kerja hari ni. Kalau tak mesti dah lemau haha..

Morning kiddos

RnR Gurun

Dah boleh duduk dalam baby chair

Behave sangat duduk kat belakang

Suke la tu dengan princess

Adik pun nak jugak..

Notakakitangan : Suka sangat permandangan hijau sawah padi yang terbentang luas. Sangat mendamaikan...

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Amazing date...

Hari ni bangun pukul 5.15 pagi. Cuci muka dan gosok gigi. Lepas tu buat nasi goreng dan French fries untuk suami dan anak-anak. Basuh baju. Sementara nak tunggu mesin basuh siap buatkan sarapan.

5.45 pagi Mr. Hubby bangun. As usually akan peluk Mimie dari belakang dan bagi morning kiss. Itu la rutin setiap pagi sebelum kakinya melangkah untuk mandi. Sementara Mr. Hubby mandi anak-anak pun dah bangun. Siapkan Batrisyia untuk ke taska. Tukar pampers Aqilah.

6.05 pagi Mimie mandi dan siap-siap. Then hubby tunggu untuk solat subuh berjemaah sama-sama. Selesai solat subuh ambil Al-Quran dan baca walaupun sebelah muka. Alhamdulillah.

6.30 pagi mesin basuh siap lepas tu jemur baju. Ambil Aqilah dan terus hantar ke babysitter on the way nak ke tempat kerja. Sampai pejabat punch card 7.23 pagi (masuk WP1 7.30-4.30).

Sampai ofis. Tutup tirai bilik di ofis dan kunci pintu bilik. Mulakan sesi pump susu untuk ebm Aqilah. Tengah pam susu dapat call dari husband.. Sayang.. school Batrisyia tutup.  Selangor cuti.. Ya Allah. Camne boleh lupa ni. Adoii. Tu la kerja Putrajaya. School anak kat Selangor.

Mimie tahu husband memang busy teramat sekarang. So Mimie jumpa boss minta nak bawa anak ke ofis. Bos okay je sebab anak memang tak pernah meragam kalau datang ofis. Kerja pun tak mengganggu dan sangat behave. Alhamdulillah.

So si kakak ni yang jadi bos kecik sekarang. Takpe la kakak. Dah darurat sangat ni. Terpaksa bawa ke ofis mama.

Esok cuti. Kami nak ke utara tanah air.. Yeaahh..!!! Cepat la 4.30 petang.. tak sabar nak balik ni.. (^_^)

Tuesday, December 10, 2013

Keletah Anak-anak

Alhamdulillah anak-anak semakin membesar dengan sihat. Semakin membesar dan semakin banyak akalnya.

Kakak Batrisyia tahun depan dah masuk pre school. Mama yang terlebih excited anak nak masuk sekolah. Kakak Batrisyia sekarang dah pandai demand. Mama, eisya nak beg princess. Alahai anak dara yang ni semua nak princess. Nak baju princess. Bekas makanan princess. Botol air princess. Ayoyoyo.. Iye la sayang.. Semoga pre school baru akan menjadikan anak Mama dan Ayah ni anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Amiiinnn...

Si adik pulak dah makin banyak akalnya.. Dah pandai tolong Mama lap lantai.. hehe.. Dah pandai pusing 360°. Move sana sini. Kalau kakak tengah minum susu, si adik ni laju je nak ambil botol susu kakaknya. Comel betul dua beradik ni.. Semoga Aqilah juga membesar menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Amiiinnn.

Alhamdulillah Allah kurniakan dua orang puteri. Sangat senang dididik dan mendengar kata. Tak perlu Mama dan Ayah nak kena menjerit bila nak disuruh buat itu ini. Anak-anak perlu ditegur dan percakapan haruslah sopan. Anak memerhati tindak tanduk dan kelakuan kita. Jaga adap masa bercakap sangat penting sebab anak akan mengikut tindak tanduk ibu bapa. So ibu bapa jangan jadi tarzan dengan anak-anak dengan terjerit terlolong tau. Hehehe..

Monday, December 9, 2013

Welcome My New Stuff

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya memiliki yang diidamkan selama ini.. muahahaha... Bye-bye Spectra 3. Jasamu sangat2 dikenang sejak kelahiran puteri sulung kami. Breast pump pertama yang tak mungkin dilupakan sampai bila2. Banyak sangat jasa since dari Batrisyia sehingga pada Aqilah. Dengan berat hati Mimie melepaskan pam susu pertama Mimie kepada ipar Mimie untuk menyusu babynya. Hope jasa Spectra 3 berterusan pada sepupu Batrisyia dan Aqilah iaitu Muhammad Faris Naufal bin Mohd Fadlullah Syah. 

Welcome my new breast pump. Medela Freestyle. Dengan semangat berkobar-kobar menyimpan sedikit demi sedikit untuk memiliki medela FS ni.. Alhamdulillah. Semoga semangat untuk menyusu Aqilah secara sepenuhnya dapat dilaksanakan agar menuruti segala yang telah Allah SWT syariatkan. Aminnn...

(^_^)
15 minutes pumping session

Thursday, December 5, 2013

Astro Njoi

3 hari lepas dapat satu call. "Cik ada apply Astro Njoi?" Hurmmm... Sebenarnya dah lama apply sampai terlupa bila apply. Agak-agak dekat sebulan yang lalu kot. Register by online. Lamanya nak amik tindakan. Nasib I tak merajuk tau.

Ok sambung cerita. So dua hari lepas datang la dua orang dari astro njoi ni buat pasangan. So lepas pemasangan and install apa yang patut. Then sain borang itu ini so siap la astro njoi dipasang di kediaman kami. Rumah kami dah ada astro. Amik pakej superpack tu. Yg ade movie, astro box office, sport dan macam-macam la yang ada dalam pakej superpack ni. Untuk detail sila tengok website astro ye.. Ehh.. Dah ada astro buat apa nak pasang lagi astro njoi.. Kan membazir.. Ada ker yang cakap macam tu? hahaha

Oh lupa nak kenalkan apa tu astro njoi. Astro Njoi ni ada dua pakej. Satu guna dekoder 2nd hand (Harga RM280) dan dekoder baru (Harga RM408). Mimie ambil yang second hand sahaja sebab dua-dua dekoder ni baru atau second hand ada warranty 1 tahun. Dah untuk makluman semua just bayar harga RM280 atau RM408 sahaja dan tak perlu BAYAR BULAN-BULAN. Best tak? Astro Njoi ada 22 saluran. Kalau nak saluran lain boleh beli guna kad top up. Satu kad RM20 untuk 15 hari.

Rumah Mimie ada 4 TV. 1 TV pasang Astro Beyond PVR.  1 TV untuk education dvd for anak-anak. 1 TV kat dalam bilik tidur kami. Dan 1 TV yang diruangan hall tingkat atas tu yang kami pasang Astro Njoi coz malas nak berantena bagai. Hehehe...

Ruangan Hall tingkat atas

Misi carian signal

Ni detail serba sikit mengenai Astro Njoi melalui gambar di bawah..

2nd hand decoder. it's look like new.

Rujukan if nak beli channel..

No contract No monthly payment 

Channel yang disediakan




Wednesday, December 4, 2013

Banjir di Kuantan

Ya Allah lindungilah kedua ibu bapaku dan keluarga kami dari musibah.. Amiinnn...

Mood risau sangat2. Hari ni tak dapat call abah dan mama Mimie. Kawasan rumah abah dan mama tak banjir. Tapi laluan nk ke rumah abah dan mama di Kuantan yang disekat. Bekalan elektrik tak ada masa Mimie call abah dan mama semalam.

Yang bertambah risau lagi hari ni tak dapat call abah mahupun mama di Kuantan. Maybe bateri telefon habis dan tak dapat dihubungi. Ni gara-gara ketiadaan bekalan elektrik. Ohhh....!!!! Kuantan dah darurat ke.. Adoii. Mood risau bebenor dah ni..

Kalau balik Kuantan lepas tak nak sampai rumah abah mama Mimie.. (ToT)

Tuesday, December 3, 2013

Pancit oh Pancit

Insiden yang tak dapat dielakkan. Alahai.. kenapa terjadi di saat ini.. Di saat Mr. Hubby outstation di Sarawak.. (ToT)

Alhamdulillah ada abang ipar tolong settlekan. Tahu-tahu je la urusan kereta ni bukan bidang kerja orang pompuan. Tukar 2 bijik terus.. Amik ko.. Kopak Mak tau.. Nanti Hubby I balik I claimed semula hahaha..

Mimie bersyukur sangat masa sedar pancit ni dekat parking kereta rumah kakak. Alhamdulillah kakak pun ade dua kereta. So Kakak Mimie bagi pinjam kereta dia. Kakak kena gi kerja dengan husband dia. So Mimie nak settle cepat-cepat. Tak mau susahkan kakak walaupun akak Mimie and husband dia tak kisah. Terima kasih Along and abang Long. Tolong adikmu ini.. (^___^)



Notakakitangan : Menghitung hari Mr. Hubby balik hari Khamis ni. Serius rasa janggal bila husband takde kat sisi masa tidur sebab Mr. Tajul selalu ada time tidur... Sunyi sungguh takde geng nak sembang dan gaduh-gaduh manja.. Uwaaaaa...... (ToT)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG