Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Amazing date...

Hari ni bangun pukul 5.15 pagi. Cuci muka dan gosok gigi. Lepas tu buat nasi goreng dan French fries untuk suami dan anak-anak. Basuh baju. Sementara nak tunggu mesin basuh siap buatkan sarapan.

5.45 pagi Mr. Hubby bangun. As usually akan peluk Mimie dari belakang dan bagi morning kiss. Itu la rutin setiap pagi sebelum kakinya melangkah untuk mandi. Sementara Mr. Hubby mandi anak-anak pun dah bangun. Siapkan Batrisyia untuk ke taska. Tukar pampers Aqilah.

6.05 pagi Mimie mandi dan siap-siap. Then hubby tunggu untuk solat subuh berjemaah sama-sama. Selesai solat subuh ambil Al-Quran dan baca walaupun sebelah muka. Alhamdulillah.

6.30 pagi mesin basuh siap lepas tu jemur baju. Ambil Aqilah dan terus hantar ke babysitter on the way nak ke tempat kerja. Sampai pejabat punch card 7.23 pagi (masuk WP1 7.30-4.30).

Sampai ofis. Tutup tirai bilik di ofis dan kunci pintu bilik. Mulakan sesi pump susu untuk ebm Aqilah. Tengah pam susu dapat call dari husband.. Sayang.. school Batrisyia tutup.  Selangor cuti.. Ya Allah. Camne boleh lupa ni. Adoii. Tu la kerja Putrajaya. School anak kat Selangor.

Mimie tahu husband memang busy teramat sekarang. So Mimie jumpa boss minta nak bawa anak ke ofis. Bos okay je sebab anak memang tak pernah meragam kalau datang ofis. Kerja pun tak mengganggu dan sangat behave. Alhamdulillah.

So si kakak ni yang jadi bos kecik sekarang. Takpe la kakak. Dah darurat sangat ni. Terpaksa bawa ke ofis mama.

Esok cuti. Kami nak ke utara tanah air.. Yeaahh..!!! Cepat la 4.30 petang.. tak sabar nak balik ni.. (^_^)

4 comments:

  1. bgusnya batrisya... klu hafidh, haru da opis ni

    ReplyDelete
  2. Busy Day kan?..sama lah kita..Alhamdulillah anak sy pun klu bawa ke opis bersifat baik..hehe..
    selamat bercuti2 nti..:)

    ReplyDelete
  3. I pun memang suka sangat kalau husband peluk dari belakang. Rasa disayangi sangat2. Wee~~

    Anyway, nak exchange link boleh sebab Ayu baru tukar URL. My previous URL would be bnsyg-stories.blogspot.com. New URL would be ayuni-stories.blogspot.com Let me know ye? Thank you

    ReplyDelete
  4. bagusnya batrisyia... AF saya... mau lari satu opis... hahah mujur sekarang tak keje dah... so berkejaran je dalam rumah... hahhaha

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG