Monday, December 16, 2013

Family Trip ♥ Perlis Indera Kayangan

Mood baru masuk kerja selepas bercuti. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari negeri kecil yang menarik.

Perlis sahaja??? Mana Langkawi??? Tu ler pasal.. Tak jadi pi Langkawi. Tak sempat. (ToT) Tapi Hubby dah janji akan pergi jugak. Dan setuju naik flight je ke Langkawi nanti coz pengalaman memandu ke Perlis memakan masa yang cukup cukup cukup cukup panjang..

Khamis perjalanan ke Perlis. Sebelum pergi tu Mimie dan family register new pre school buat Batrisyia. Lepas register terus bertolak ke Perlis. Entry sebelum ni pasal Little Caliph Kindergarten tu Mimie update masa on the way ke Perlis la. Dalam kereta.. Haha canggih betul sekarang kan..

Ding dong ding dong registration pukul 1030 pagi bertolak dari KL. Berenti lunch dan solat kat RnR Sungai Perak. Lepas tu sambung lagi perjalanan dan selamat tiba pada jam 5.30 petang. Check in at Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis. Banyak hotel dah full booked. Pastu rehat dan dinner. Lepas tu tido.. penat giler perjalanan kali ni..

Bangun pagi esok Hubby ade kerja. So tunggu sampai tengah hari sebab jumaat rehat awal. Balik dari solat Jumaat kami lunch. Lepas lunch kami bertolak ke Taman Anggur Perlis. Buah anggur ade tapi tak banyak. So nak petik memang tak dapat la kan. Tengok je la. Tapi sebab tak banyak jadi tak berapa syok la pulak haha.. Lepas ke Taman Anggur Perlis kami bertolak ke Gua Kelam. Mimie dan Aqilah tak masuk ke Gua tu.  Ayah dan Batrisyia je. Mimie dan Aqilah lepak minum air kelapa dan makan goreng-goreng kat stall depan Gua Kelam je sementara tunggu dua beranak tu balik hehe. Pastu terus balik coz dah nak maghrib. Malam tu ada dinner kat Koma Laut Kuala Perlis. Seafood.. Nyum.. Nyum.. Dah makan balik tido la..

Sabtu pagi after breakfast kemas2 dan checkout. Lepas checkout terus menuju ke Wang Kelian. Ehem.. Ehem... Bermula episod menghabiskan fulus.. haha.. Tapi Masalahnya bukan Mimie atau Hubby yang banyak shopping. Si kecil Batrisyia ni yang paling banyak beli. Sampai penuh tangan Ayah dan Mama. So nak beli lebih2 kang kena tax pulak huhu.. 

Sabar je la dengan anak dara sorang ni.. Ikut perangai sapa la agaknye.. hahaha.. Batrisyia beli toto princess.. blanket princess. . Bag princess.. semua la princess. Adoiiii memang dah pandai memilih anak dara sorang ni. Mama dapat la satu Narita dan mangkuk tingkat untuk bawa balik. Ingat nak beli kukus baru. Tapi tangan dah tak dapat menampung barangan lagi. So next time je la beli.. Aqilah dapat set alat music untuk kids. Ayah pulak dapat penat bawa barang.. hahaha.. kesian abang.. hehe

So lebih kurang pukul 3 baru bertolak balik KL. Berenti 2x kat RnR Gurun dan RnR Tapah sebelum sampai ke rumah. Memang penat yang amat. Sabar je la. Pukul 12 malam sampai rumah semua dah pengsan. Barang-barang dalam kereta esok pagi baru angkat masuk rumah. Memang penat sangat-sangat. Alhamdulillah hari Ahad boleh rehat sepuas hati sebelum nak kerja hari ni. Kalau tak mesti dah lemau haha..

Morning kiddos

RnR Gurun

Dah boleh duduk dalam baby chair

Behave sangat duduk kat belakang

Suke la tu dengan princess

Adik pun nak jugak..

Notakakitangan : Suka sangat permandangan hijau sawah padi yang terbentang luas. Sangat mendamaikan...

11 comments:

  1. adik da boleh duduk yek mimi?? harris blum lagi. klu duduk kan dia, nnt tersujud dia... ihhiih

    ReplyDelete
  2. Dah boleh lin..
    suap makanan dalam baby chair.
    kalau kat restoran senang dah nak makan sebab dah boleh duduk dalam baby chair.
    InshaAllah nanti Harris pun sama Aqilah..

    ReplyDelete
  3. salam...
    ololo comeynyer adik..pipi tembam...
    saya 2 minggu lepas pergi sana jugak best lepas tu naik gunung jerai cantik sangat...

    ReplyDelete
  4. amboi princess icha suka ngat dia yer...
    memang geng sungguh dgn afiqah.

    ReplyDelete
  5. wslm lizz..
    Alhamdulillah..
    anak-anak membesar dengan sihat..

    ReplyDelete
  6. akma..
    memang sesangat la princess die..
    ni kes kartun princess sofia.
    suka betul dengan princess..
    satu geng dengan afiqah la.. hehe

    ReplyDelete
  7. Adik dgn kakak relax aje. Bangun pagi pun fresh. Itulah mimie kita rasa penat tapi mereka berdua ok aje kan..

    Seronoklah tu:)

    ReplyDelete
  8. kakzakie..
    anak-anak banyak tenaga..
    mereka tau seronok..
    hehe

    ReplyDelete
  9. Jauh juga hingga ke Perlis..
    next time Langkawi plak kan.. mmg indah pemandangan sawah padi sis..seronok tgk anak2 gembira:)

    ReplyDelete
  10. Singgah selasa jenguk anak2 comel..:)

    ReplyDelete
  11. gigirl mesti la beli yg princess kan, anak akak yg sulung tu asyik lori je..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG