Wednesday, December 18, 2013

Happy Anniversary #4

Entry kali ini mungkin panjang. Untuk tatapan Mimie dan keluarga di masa hadapan. Sesiapa yang sudi membaca terima kasih kerana sudi membaca coretan hidup Mimie...

Alhamdulillah... 18 Disember 2009 ~ 18 Disember 2013... 4 tahun bergelar isteri kepada Tajul Ariffin. Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan pasangan dan teman hidup yang membimbing ke jalanMu dan teman setia yang memahami di kala susah mahupun senang...

Perkenalan dengan suami merupakan anugerah Allah yang terhebat. Mimie tahu Hubby juga membaca coretan di blog ini. Dan kat sini Mimie nak sampaikan yang Sayang sangat bahagia dan bertuah mempunyai suami yang penyayang dan membimbing sayang dan anak-anak ke jalan Allah...

Kami mula berkawan pada 1 Mac 2008. Menerusi panggilan telefon. Sebenarnya sebelum tu Mr. Hubby ni dah terpaut pada potret family Mimie di kediaman Abah dan Mama. Mimie pun dah pernah cerita perkenalan Hubby. Boleh rujuk kat entry KLIK DI SINI

Sepanjang perkenalan dengan suami Mimie sangat bahagia. Suami seorang pelindung yang baik terhadap Mimie dan anak-anak. Biar la orang nak kata Mimie puji suami melambung-lambung pun. Mimie tak kisah sebab hakikatnya Mimie kenal suami Mimie sebaik-baiknya. Kalau setakat yang pernah couple dengan hubby Mimie dulu takkan boleh judge die sesuka hati sebab dieorang kenal luaran sahaja. Hakikatnya luaran dan dalaman ni Mimie dah masak sangat la. Hahahaha...

Mimie bersyukur dikurniakan suami yang mempunyai pegangan agama yang dapat membimbing Mimie. Tak pernah sekali pun Mimie melihat suami meninggalkan solatnya. Tahkala sakit sekali pun Hubby akan solat walaupun duduk. Selain itu, jika ada kelapangan terutama di hujung minggu Hubby akan ke masjid untuk berjemaah solat subuh, maghrib dan isyak. Selesai solat akan ada tazkirah. Teringat kata-kata suami.. Abang ke masjid mendengar ceramah agama supaya abang dapat berkongsi dengan sayang bila balik ke rumah. Itu yang mampu abang lakukan untuk mendidik isteri dan anak-anak. Memang terharu bila dengar suami meluahkan kata-kata ni.

Pakaian Mimie sentiasa di jaga. Bila pakai tudung mesti menutupi dada. Baju-baju kebaya memang takde la sejak kenal dengan Hubby ni coz suami Mimie sangat menjaga supaya hak miliknya tidak pada pandangan orang lain. Apa yang Mimie suka adalah cara teguran yang diberikan. Sangat lemah lembut. Jika suami Mimie nak tegur sesuatu Hubby akan pastikan Mimie duduk rapat dengannya dan menegur secara berhemah. Demi Allah memang Mimie tak pernah terasa hati dengan tegurannya.

Suami seorang yang sangat rajin dalam membantu urusan keluarga. Ya Allah sangat bersyukur dapat suami yang ringan tulang. Sudi membantu Mimie mengemas rumah, menjemur dan membasuh baju tanpa disuruh. Menguruskan anak-anak di  kala Mimie sibuk mengenai sesuatu. Sangat memahami dan understanding.

Semakin lama hidup berumah tangga semakin memahami kehendak apa yang disuka dan tak disuka oleh suami tercinta ni. Mimie memang suka memasak. Dan Mimie bertuah dapat suami yang suka sangat makan masakan Mimie. Jarang la nak makan luar. Terima kasih sayang...

Hubby tak pernah memaksa Mimie dalam sesuatu perkara. Perkara yang paling Mimie suka adalah suami Mimie sangat mudah di bawa berbincang. Semua isu yang rasa tak sefahaman akan di bawa berbincang. Yang bagusnya kami boleh menilai baik buruk sesuatu perkara bila di bawa berbincang. So memang takkan ada yang makan hati atau terasa sebab persetujuan akan diperolehi terhadap perkara yang dibincangkan.

Marah??? Tipu la kalau Hubby tak pernah marah kan.. Setiap suami kalau tak pernah marah mesti something wrong somewhere. Haha.. Tapi marah suami ada tempatnya. Contohnya kalau suami Mimie risaukan perkara berkenaan dengan Mimie dan anak-anak mesti Hubby akan marah. Yang peliknya bukan marah pada Mimie tapi marah pada diri sendiri sebab risau. Yang ni kalau readers tak paham takpe sebab  Mimie dan suami sahaja memahami cara marah Hubby tahkala risau mengenai Mimie dan anak-anak.. Hehehehe

Apa-apa pun coretan panjang ni Mimie catatkan buat tatapan suami tercinta. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 4 sayang.. Semoga kebahagiaan dan rahmat Allah sentiasa melimpahi kehidupan kita sekeluarga. Amminnn.. I really love you.. Semoga berkekalan sehingga akhir usia.








4 comments:

  1. alhamdulillah..dah 4 tahun ye,selamat ulangtahun ye mimie,moga ikatan perkahwinan mimie dan suami berkekalan hingga ke syurga...

    bersyukur dapat suami yg baik, cakap2 negatif org lain x perlu la kita dgr kan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah dulu dari kakak buat Mimie & Tajul. Moga kebahagiaan itu berkekalan hingga ke syurga.

    Happy anniversary!!

    ReplyDelete
  3. So sweet N3 ni Mimie..
    Happy Anniversary ya sis.. moga bahagia hingga ke syurga.. amin!
    Tahniah ya:)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG