Tuesday, December 10, 2013

Keletah Anak-anak

Alhamdulillah anak-anak semakin membesar dengan sihat. Semakin membesar dan semakin banyak akalnya.

Kakak Batrisyia tahun depan dah masuk pre school. Mama yang terlebih excited anak nak masuk sekolah. Kakak Batrisyia sekarang dah pandai demand. Mama, eisya nak beg princess. Alahai anak dara yang ni semua nak princess. Nak baju princess. Bekas makanan princess. Botol air princess. Ayoyoyo.. Iye la sayang.. Semoga pre school baru akan menjadikan anak Mama dan Ayah ni anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Amiiinnn...

Si adik pulak dah makin banyak akalnya.. Dah pandai tolong Mama lap lantai.. hehe.. Dah pandai pusing 360°. Move sana sini. Kalau kakak tengah minum susu, si adik ni laju je nak ambil botol susu kakaknya. Comel betul dua beradik ni.. Semoga Aqilah juga membesar menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Amiiinnn.

Alhamdulillah Allah kurniakan dua orang puteri. Sangat senang dididik dan mendengar kata. Tak perlu Mama dan Ayah nak kena menjerit bila nak disuruh buat itu ini. Anak-anak perlu ditegur dan percakapan haruslah sopan. Anak memerhati tindak tanduk dan kelakuan kita. Jaga adap masa bercakap sangat penting sebab anak akan mengikut tindak tanduk ibu bapa. So ibu bapa jangan jadi tarzan dengan anak-anak dengan terjerit terlolong tau. Hehehe..

4 comments:

  1. Ibarat kain putih yg bersih kitalah yg mencorakkannya Mimie..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah akan membesar jadi anak2 yg soleh & solehah ye..betul tu..anak-anak adalah cerminan diri kita..kita yg mencorakkan mrk..:)

    ReplyDelete
  3. inshaAllah..moga kedua puteri ini akan membesar sebagai anak yg solehah berjaya didunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. alololo sweetnya gmbr no 1 tu... hehehe

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG