Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal 2013

Entry terakhir di tahun 2013. Banyak kenangan suka duka dan pahit manis di sepanjang tahun 2013. Azam tahun baru 2014 sama seperti azam 1435H dalan entry Maal Hijrah 1435H.

Kenangan manis dan perkara yang tak boleh dilupakan bagi tahun 2013 terlalu banyak untuk dikongsikan di sini. Apa-apa pun Mimie kongsi sedikit sebanyak perjalanan 2013.

2013 dikurniakan puteri yang kedua. Alhamdulillah Allah kurniakan puteri sebagai anak kedua kami. Boleh jadi kawan buat kakaknya. Boleh bantu mama dan ayah. Anak-anak penghibur hati kami suami isteri. Next time boleh plan untuk baby boy sebab kakak dah ada kawan gugurl kan.. hehe Amiiinnn....

2013 juga Mimie dan suami bercuti ke Indonesia. Family trip. Abah, Mama, Mimie and family dan Kak Long and family. Seronok percutian keluarga.

2013 my mom in law menunaikan haji di tanah suci. Alhamdulillah kedua orang tua Mimie dan kedua orang tua suami masing-masing dan menunaikan haji. Kami suami isteri sangat gembira sebab ibu bapa kami sudah menunaikan haji.

2013 renovation besarkan dapur. Yang ni paling manis sebab Mr. Tajul hadiahkan renovation dapur pada Mimie. Thankz hubby. You're great husband in world hehe...

Sebenarnya banyak lagi kenangan 2013. Mimie bersyukur kerana tirai 2013 berlabuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan buat Mimie dan keluarga.

2014...???? Hope 2014 adalah tahun yang dapat memberikan lebih kebahagiaan kepada Mimie dan keluarga. Dimurahkan lebih rezeki Mimie dan keluarga dan dikurniakan baby untuk Mimie dan keluarga. Ehhh... baby lagi??? Hehe.. Gurau je.. Tunggu tahun 2015 or 2016 untuk our 3rd kids. Bagi Aqilah besar sikit dan dah geng dengan kakaknya baru Mama boleh bagi adik. Hehehe..

Opppsss... Sebelum terlupa.. Terima kasih kepada pengunjung blog ni. Maaf salah dan silap di sepanjang penulisan tahun 2013. Terima kasih sudi menjengah blog Mimie dan sudi meninggalkan  komen buat entry Mimie. Mimie dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.

Nanti Mimie jalan-jalan blog korang yer. Selasa depan baru masuk keje. Excited nak hantar Batrisyia masuk sekolah. Mama yang over tau. Amik cuti lama anak nak sekolah. Hehehe...

1 comment:

  1. alhamdulillah.. berahir tahnun 2013 .. y myimpan 1001 suka duka dlm khidupan.. smoga 2014 dpt dilalui dgn sebaiknya.amin

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG