Wednesday, December 31, 2014

Bye bye 2014

Entry terakhir di tahun 2014.. Banyak perkara tang berlaku sepanjang tahun 2014. Kenangan pahit dan manis yang berlaku dalam hidup Mimie dan orang-orang yang Mimie sayangi disekeliling Mimie..

Terima kasih Allah atas kurniaan nikmat pada tahun ini. Semoga tahun hadapan lebih barakah InshaaAllah... Amminnn...

Semoga Allah melindungi dan memberi rahmat buat kami sekeluarga, ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan muslimin muslimat seluruh dunia.. Aaaminnn...

Kepada rakan blogger yang rajin menjenguk blog kesayangan Mimie yang banyak dicoret perjalanan hidup Mimie dan keluarga, Mimie ucapkan terima kasih.. (^_^)

Kita jumpa tahun hadapan yer... Papai...

Monday, December 29, 2014

Pray 4 Pantai Timur

Ya Allah... Selamatkanlah bumi Malaysia dari musibah... Aaminnn...

Sedih sangat bila buka FB tengok post pasal banjir terutama di pantai timur... Alhamdulillah rumah mama dan abah Mimie di Kuantan tidak termasuk dalam kawasan banjir..

Kepada adik lelaki Mimie yang bertugas sebagai pegawai polis di Kelantan selamat bertugas.. Jaga diri baik-baik.. Risau tengok gambar tempat bertugas naik air di kelantan.. Semoga semuanya selamat..

Hampir ke penghujung tahun 2014... Bermacam-macam dugaan rakyat Malaysia tahun ni.. Kehilangan pernebangan MH370.. Terhempasnya MH17.. Kehilangan kapal terbang Air Asia Indonesia.. Banjir Bah besar... Semoga tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.. Aaminnn....

Thursday, December 25, 2014

Kedai Makan Upin Ipin @ Ayer 8 Putrajaya

Bawa anak-anak menikmati hidangan upin ipin yang terletak di Ayer 8 @ Presint 8 Putrajaya..

Anak-anak bukan main happy lagi. Tambahan pulak dengan hidangan ayam goreng upin ipin memang seronok sangat anak-anak..

Suasana dalam kedai ni menarik minat anak-anak sebab banyak karakter upin ipin dan kawan-kawan. Sambil makan sambil tengok tv upin ipin.

Cuma satu je masalah kat kedai upin ipin ni. Servis lambat.. kena banyak bersabar walaupun tak ramai customer.. huhu.. Apa-apa pun yang penting anak-anak happy...






Tuesday, December 23, 2014

Penang 2014

Cuti utara... Bercuti bersama keluarga di Penang. 3 hari 2 malam yang sangat seronok.. Terima kasih Mr. Tajul coz sudi melayan tekak your wife ni nak makan macam-macam kat Penang.. hahaha.. Gigih mencari.. Credit kepada Encik Waze kerana memudahkan pencarian destinasi kami.. hehehe

Ok.. Kami menginap di Hotel Jen di tengah bandar Georgetown. So far hotel ni dari segi service dan makanan semua tip top. Tapi masalah toilet yang takde paip. Haha... Bukan apa.. Susah bagi anak-anak kecik tetutamanya nak PU or PO. Hehe.
Destinasi kunjungan kami ke Penang Art Street. Kemudian ke Padang Kota Lama layan anak-anak main layang-layang.. Lepas tu kami ke pantai di Balik Pulau. Lupa pulak nama pantai tu.. Kemudian ke Penang street untuk cari buah tangan buat kawan-kawan dan keluarga. Hehe..

Percutian kali ni lebih kepada tumpuan mencari makanan. Bukit bendara kami tak pergi sebab Mr. Tajul cakap dah pernah sampai so kami decided pergi ke tempat yang tak pernah kami lawati. Malam sebelum balik tu kami singgah di Tapak Pesta Pulau Pinang. Oleh sebab hujan kami tak jadi turun.. kesian kat anak-anak nanti. Masuk tapak pesta ni murah je. Dewasa RM3. Kanak-kanak RM1. Boleh la kalau nak bawa anak-anak sebab pesta ni sampai 31 Disember ni kalau tak silap Mimie.

Percutian penutup bagi tahun 2014.. Awal tahun depan pulak kita bercuti.. Tiket flight dah beli.. Jangan terlepas lagi macam hari tu sudah.. hahaha.. Semoga Allah permudahkan.. Ammmiiinnn....






Monday, December 22, 2014

Selamat Bertunang Achik (^_^)

Tahniah adik Mimie Cikgu Shafiq. Selamat bertunang. InshaaAllah tahun depan majlis perkahwinan pulak.. Bakal adik ipar pun cikgu jugak.. hehe.. Welcoming future in law.. Noor Carolnisak.. Semoga serasi dengan family kami yang havoc sepanjang masa.. hehe...

Mama with her future in law.. 

Wednesday, December 3, 2014

Welcome December 2014

Opsss... dah 3rd December baru nak welcoming December hehehe.. Busy terlajak.. hujung tahun dengan penilaian SKT pegawai. Adooiii...Pening mak...

Focus keje.. minggu depan Mr. Tajul nak ajak bercuti.. Wahhh... cuti lagi... Sampai kawan-kawan tegur kerap vacation dengan family sekarang.. muahahaha... Nak buat macam mana friends.. Dah Mr. Hubby ajak.. I follow je la.. Hujung minggu ni kami nak ke belah utara.. Kat mana tu? Jeng... Jeng... Jeng... Nanti bagitau okay.. Tak sabar betul.. huhuhu..

Then lepas balik cuti adik lelaki Mimie yang cikgu ni nak tunang bulan ni. Alhamdulillah.. Tambah lagi ahli keluarga kami tahun depan inshaaAllah.. Persiapan macam biasa la.. Kakak-kakak ni ler yang jadi mangsa gubahan... hahaha...

December yang penuh kenangan.. Bulan December bulan kami suami isteri bertunang. Bulan December bulan kami diijab kabul sebagai suami isteri.. Banyak kenangan dan celebration untuk bulan ni..

Ok.. nanti celoteh lagi.. hehe.. papai...

Thursday, November 27, 2014

Serikandi kami...

Pengaruh Upin Ipin pada anak-anak memang kuat. Bukan saje kakak Batrisyia. Yang si kecil Aqilah pun bukan main lagi dengan Upin Ipin ni.. sampai ayam goreng pun boleh berebut dengan kakak untuk dapatkan drumstick.

So sekarang kalau nak beli drumstick kena beli dua. Dah tak boleh share dengan kakak. Tak cukup.. nampak je kecik Aqilah ni. Tapi selera makan boleh tahan.. Aqilah ni ikut genetik ayahnya yang banyak.. Rangka kecik dan tinggi.. Fuhh.. kembang Mr. Tajul hehehe..

Tahun depan Batrisyia dah 5 tahun.. Mimie dan Mr. Tajul still hantar kat Little  Caliph. Sebab pembelajaran sangat bagus. Anak-anak dididik boleh membaca dan solat pada usia 4 tahun. Termasuk boleh hafal surah-surah pendek.. Alhamdulillah..

Cuma next year fees untuk monthly payment Little Caliph akan meningkat sedikit.. Hurmm.. semua barang naik kan.. So tahun depan tahun memastikan kewangan keluarga diurus dengan  berhemah (iye la tu mimie oooiiii... hahaha)

Ok readers.. tengah berkursus ni di KL.. nanti jumpa lagi.. papai...

Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin

Wah... rata-rata mommy blogger  post pasal karnival upin ipin.. seriously  memang ramai.. tengok orang parking kereta pun dah menyeramkan Mimie dan suami. Tapi oleh kerana dah berjanji dengan anak-anak kami gagahkan jugak la ke karnival ni. Yang penting anak-anak happy..

As usually ramai yang merungut coz  ruangan tak dapat menampung pengunjung yang ramai.. maybe penganjur tak menjangka sambutan yang begitu menggalakkan. Maklumlah cuti sekolah lagi.. Fuhh.. memang berasak-asak la. Mama dan Ayah la jadi mangsa meredah lautan manusia. Batrisyia dan Aqilah happy je sebab dapat tengok upin ipin..

Maybe next time kalau buat lagi perlu di tempat terbuka dengan layar perak yang besar. At least  boleh tonton melalui screen kan.. hehe.. just suggestion je. Apa-apa pun anak tetap gembira..

So next week punya program adalah MAHA 2014.. sekali lagi bakal meredah manusia huhu...

Tuesday, November 18, 2014

Visit Kelantan 2014

3D2N di Kelantan. Kami menginap di Hotel Perdana, Kota Bahru. Perjalanan kami bermula Jumaat malam. Sampai pagi di Kelantan.

Singgah solat di Kota Bahru kemudian menuju terus ke Pengkalan Kubor. Kat sini Mimie borong coklat haha. Harga lebih kurang dengan Langkawi jugak. Huhu..

Lepas ke Pengkalan Kubor kami singgah ke Kampung Talak. Kat sini Mimie dapat pengalaman mewarna batik. Boleh lihat macam mana proses membuat batik. Seronok. Pengalaman baru dan pengetahuan baru.

Lepas balik dari tengok batik kami check in di hotel. Berehat sekejap sebelum ke Pasar Siti Khadijah. Seronok tengok suasana perniagaan di sini. Memang takkan jumpa di Kuala Lumpur..

Ok lepas balik dari Pasar Siti Khadijah balik semula ke hotel untuk berehat. Malam tu kami dinner di restoran cina muslim di Restoran Four Season. Lepas makan malam terus ke Wakaf Che Yeh.. Seronok sangat. Balik hotel lebih kurang 1130 malam. Terus pengsan hahaha..

Esok paginya lepas breakfast terus check out. Then menuju ke Rantau Panjang. Kat sini Mimie shopping buah-buahan je. Ade ciku manis, limau bali dan delima merah. Sedap sangat. Baju-baju anak dan barang-barang lain dah abis modal kat pengkalan kubor, pasar siti Khadijah  dengan Wakaf  Che Yeh.. hahaha..

Lepas abis di Rantau Panjang terus balik ke Kuantan rumah mama dan abah Mimie. Pukul 12 malam baru sampai rumah.. Penat dan seronok. Hari ni nak ke Kuala Terengganu coz ada konvesyen sampai hari Jumaat.. Ok.. Nak rehat dulu. Petang sikit nak drive ke KT.. papai...







Thursday, November 13, 2014

Nikmat hidup berkeluarga ♥♥♥

Dah lama tak menaip di entry ni.. kekangan kerja menyebabkan penulisan semakin kurang. Malam esok nak ke Kelantan. Minggu depan seminggu ade konvensyen di Kuala Terengganu. Lepas tu direct kursus di Jalan Duta KL. Kerja oh kerja..

Dah lama tak bercerita perkembangan anak-anak.. Batrisyia dah empat tahun. Aqilah dah nak masuk setahun 6 bulan. Cepat masa berlalu. Melihat perkembangan anak-anak depan mata.

Dulu hidup bujang. Kemudian jumpa Mr. Tajul hidup berdua. Lepas berdua bertiga pulak dengan hadirnya puteri sulung kami Nur Batrisyia Zahra. Then lahir puteri kedua kami Nur Aqilah Humaira. Keluarga semakin besar. Amanah dan tanggungjawab semakin besar juga.

Alhamdulillah rezeki pun semakin meluas. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan dan kebahagiaan ini. Dikurniakan suami yang penyayang dan sangat suka membantu urusan rumah dan keluarga. Anak-anak yang pintar dan cerdas. Semoga sentiasa berpanjangan. ♥♥♥

Thursday, November 6, 2014

AQUARIA KLCC

Entry sebelum ni Mimie post pasal terlepas penerbangan ke Pulau Langkawi so sekaligus cancel percutian ke Pulau Lagenda tersebut. So untuk ganti percutian yang terbatal tu pada anak-anak, Mimie dan Mr. Tajul bawa mereka bercuti ke Aquaria KLCC.

Untuk makluman, harga tiket untuk masuk ke Aquaria adalah seperti berikut:

               Dewasa          : RM38.00
               Kanak-kanak : RM28.00

Seronok pengalaman dalam Aquaria ni. Macam-macam spesis hidupan laut dah kami jumpa. Sangat unik dan menarik. Anak-anak pun teruja terutama sekali bila ikan jerung besar melintas atas kepala kita.. Pengalaman yang menarik.. Indah sungguh ciptaan Allah..

Okay readers.. Enjoy our photos..... (^_^)








Tuesday, November 4, 2014

Terlepas Flight (ToT)

Cerita minggu lepas. 1hb Nov sampai 3hb Nov sepatutnya kami ke Langkawi untuk bercuti. Tapi terpaksa cancel sebab terlepas penerbangan.

Sebab kenapa kami terlepas penerbangan kerana IC anak-anak tertinggal di pejabat Mr. Tajul. Hurmmm... Memang rasa frust sebab dah siap semua tempahan flight, hotel dan kereta sewa. Last-last semua burn.. Memang rasa sedih sebab dah janji dengan anak-anak nak bawa berjalan. Tapi bak kata Mr. Tajul anggap semua ada hikmahnya. Dah bukan rezeki kami lagi. So kena redha.

Oleh sebab tak jadi percutian ke Langkawi so Mr. Tajul pujuk ajak ke Lost World of Tambun. Sebab kitaorang dah apply cuti hari isnin. Tapi Mimie dah hilang mood nak travel jauh-jauh. So Mr. Tajul ajak bercuti area Klang valley je. So kami decided ke Aquaria KLCC. Seronok sangat anak-anak. Dapat tengok hidupan laut. Nanti next entry Mimie update pasal Aquaria KLCC. Ok. Nak pi masak dinner. Hurrmmm.. Menu dinner hari ni nak masak lemak ketam dengan ayam paprik. Ok readers.. papai..

Monday, November 3, 2014

HAPPY BIRTHDAY BATRISYIA (^_^)

Dear my little princess...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke empat buat Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin... Mama dan Ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan buat anak-anak. Semoga diberikan kesihatan yang baik, bijak, pintar, solehah, mempunyai akhlak yang terpuji, menghormati yang lebih tua dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. Ammiinnn...

Mama dan Ayah bangga sangat dengan anak-anak... Batrisyia dan empat tahun. Banyak dah pandai. Bertambah bijak sekarang. Pandai membaca simple word, pandai mengira, dan paling Mama Ayah bangga Batrisyia dah boleh solat dengan lancar dari bacaan niat sehingga bacaan tahiyyat akhir. Sejuk perut Mama mengandungkan kamu tau. Semoga terus membesar dengan solehah ye sayang. Nanti ajar adik-adik jugak...


Monday, October 27, 2014

Saya nak cuti... (^_^)

Salam Maal Hijrah. Tahun baru. Azam baru. Hijrah baru. 1 Muharram genap pernikahan kami yang ke 5. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami dan sekeluarga.. Ammminnnnn... ♥♥♥

Dah lama tak pergi cuti-cuti Malaysia. Rindunya nak travel dan berehat melihat ciptaan Allah bersama suami dan anak-anak.. Anniversary kami yang ke 5 ni sambut lambat sikit. Al maklum la Mr. Tajul ni tiap-tiap tahun terlibat dengan perhimpunan Maal Hijrah. So sambut lewat sikit takpe untuk buat perkara baik kan..

So esok nak pi holiday. 3D2N nak ke Port Dickson. Honeymoon dengan anak-anak sekali.. haha.. Then 1 November ni nak travel dengan flight pulak. Ala... cuti-cuti dalam Malaysia jer pun.. hehe.. Tak kisah la dalam ke luar negara. Yang penting masa dengan keluarga.. Ohhh.. tak sabarnya esok... (^_^)

Friday, October 24, 2014

Viral Asam Boi

Okay.. kalau buka FB sekarang kebanyakkannya post pasal mangga asam boi.. Terliur tau tengok mangga tu muahahaha.. Oleh kerana itu akhirnya Mimie pun terjebak. Mula-mula tu beli dulu. Masa beli tu penjual tu baru nak buat mangga asam boi. So Mimie pun tengok cara die buat. Takde susah pun. Gaul je semua bahan.

Oleh kerana dah terjebak. Semalam Mimie mulakan experiment. Mula-mula buat mangga asam boi. Lepas tu Mimie cuba kedondong asam boi. Marvellous. Serius sedap.. Kalau ada nak cuba buat bahan die hanya perlukan gula, garam, cili api, asam boi dan mangga/kedondong. Then gaul semua bahan tu. Perap dalm peti 4-5 jam dan boleh makan.. yummm... yummm...

Tuesday, October 21, 2014

Setiap berlaku ada hikmahnya...

Birthday boy celebration. Khas buat suami tercinta Mr. Tajul Ariffin..

Balik kerja semalam Mimie ambil Aqilah di Taska KBS. Then ambil tempahan kek untuk birthday husband. Then ambil Batrisyia dari kindergarten. Balik rumah siapkan anak-anak coz Mr. Tajul dah cakap nak sampai rumah sebelum pukul 7.

So Mimie pun tunggu sampai la dah masuk maghrib. Mr. Tajul still tak balik. Then bila Mimie call tak angkat. Huh.. risaunya hanya Allah sahaja yang tahu.. Mimie solat maghrib sementara menunggu Mr. Tajul pulang.

Lepas solat maghrib Mr. Tajul call yang die lewat coz berenti solat di masjid tapi lewat sampai sebab mengalami kemalangan terlanggar anak babi. Risau bukan main lagi Mimie. Then Mr. Tajul cakap kereta dan Mr. Tajul ok so nak terus pergi basuh kereta.

Hurmmm.. tertangguh agenda dinner dengan Mr. Tajul untuk celebrate birthday.  Lebih kurang pukul 8.30 baru Mr. Tajul sampai rumah. So lepas Mr. Tajul mandi kami siap-siap dinner di luar.. Alhamdulillah. Semua selamat..

Malam tu kami dinner di The Windmill Station. Makanan ala barat tapi still ade local food. Kami order western mix local.. nak buat macam mana.. dah memang tekak melayu hahaha.. So far makanan kat sini memang sedap.. 1st time makan.. Harga pun berbaloi.. kakak Batrisyia habiskan 2 mangkuk mushroom soup.  Si adik pulak dengan French fries die.. Selera mat salleh betul dua beradik ni.. Apa-apa pun memang happy sangat... hehe... ♥♥♥ Setiap berlaku ada hikmahnya.. Kita merancang tetapi perancangan Allah Maha Hebat...

Brithday's cake untuk Ayah aka My love

The Windmill Station @ Komplek Sukan Airport

Chenta Hati saya

Mushroon soup

Grill Chicken with pineapple fried rice (Hubby punyer)

Lamb chop with fried rice (saya punyer)

Monday, October 20, 2014

Happy Birthday Mr. Tajul

Selamat ulang tahun kelahiran buat suami tercinta Mr. Tajul Ariffin. Semoga Allah memberi abang kebahagiaan. Dilimpahkan rezeki yang meluas. Diberikan kesihatan yang baik dan dipenuhi rasa cinta buat isteri dan anak-anak..

Malam ni kita celebrate tau.. hehe.. pagi tadi bangun tido Mimie terus wish.. Amboi.. umur sendiri pun dah lupa Mr. Tajul ni masa Mimie wish. Perasan muda ler tu.. haha.. Apa-apa pun terima kasih buat abang coz muncul dalam hidup Mimie dan diberikan serikandi yang bijak untuk kita sebagai amanah buat kita.

HAPPY BIRTHDAY MR. TAJUL ARIFFIN. MAMA AND KIDDOS LOVE YOU FOREVER AND EVER... ♥♥♥

Sunday, October 19, 2014

Welcome nephew

My sister in law dah selamat lahir baby boy di Hospital Sungai Buloh pada 13hb Oktober 2014. So semalam kami melawat baby yang diberi nama Muhammad Faris Ais'y di Kuala Selangor. Susah tau mak anjang nak menyebut nama hehe.. Semoga baby dah ibu sentiasa sihat hendaknya...

Esok 20.10.2014... jeng...jeng...jeng...
Birthday boy in da house.. Kek Mimie dah tempah untuk husband.. Just nak cari tempat untuk celebrate.. Oh my hubby.. You're getting old haha.. Love you forever... ♥♥♥

Friday, October 17, 2014

Penyusuan Susu Ibu

Just nak share bagi ibu-ibu yang tengah atau pun berusaha untuk menyusu bayi. Sekarang memang penyusuan ibu ni semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kalau di klinik kesihatan memang ada ceramah berkaitan penyusuan ibu ni.

Alhamdulillah Mimie berjaya menyusu anak secara exclusive. Exclusive breastfeeding adalah menyusu anak sehingga umur 6 bulan tanpa ada makanan tambahan atau pun campuran susu formula yang lain.
Pertama sekali memang Mimie bersyukur pada Allah sebab dari anak pertama sehingga kedua air susu memang dah keluar semasa mengandung 8 bulan. So masa anak-anak lahir Mimie dah dapat menyusu terus anak. Alhamdulillah.

Apa yang penting pada susu ibu?
Sebenarnya banyak sangat kelebihan penyusuan ibu. Pertama sekali boleh lindung bayi dari jangkitan. Then dapat kurangkan risiko alahan pada bayi. Selain tu untuk ibu-ibu boleh kurus badan tau. Boleh kurangkan risiko diabetes, darah tinggi dan obesiti (Alhamdulillah tak pernah ada sepanjang mengandung).

Okay macam mana nak simpan susu perahan ibu?
Susu yang diperah boleh disimpan dipeti sejuk bahagian beku dan boleh tahan selama 3 bulan. Kalau letak dalam peti sejuk bukan bahagian beku boleh tahan 6-8 hari sahaja. Tapi kalau ibu-ibu memang banyak sangat susu sampai takde tempat nak letak boleh beli deep freezer. Harga dalan RM500. Susu boleh tahan dalam 6 bulan. Okay susu yang nak guna dan dah dicairkan perlu diberi anak untuk sekali minum. Sekiranya ada lebihan susu sila Buang susu tersebut. Jangan simpan semula dalam peti sejuk.

Jadual perahan susu...
Haa.. bab ni memang kena rajin kalau nak menyusu anak tanpa susu formula. Macam mimie.. Jadual pam susu Mimie pada pukul 7.00pagi selama 20 minit buat double pump. Then pukul 10.00 pagi. Lepas tu pukul 1 petang. Lepas tu pukul 5 petang. Malam memang tak pam sebab direct feed pada anak. Tapi bangun pukul 3 pagi untuk pam (masa ni memang susu banyak). Lepas tu ulang balik waktu. Seeloknya timing mesti sama. Bukan apa senang susu nak keluar sebab dah masa yang biasa dipam. Kalau double pump memang cepat dan mudah penuh botol susu. Amik masa cuma 20-25minit satu sesi.

Makanan tambahan untuk tambah susu.
Kalau kita tengok kat laman sosial memang banyak sangat produk untuk tambah susu. Bagi Mimie tak perlu sangat bergantung pada supplement. Apa yang penting adalah mindset kita. Kalau kita telan berpuluh supplements tapi mindset cakap 'susu saya tak banyak' 'puting saya kecil anak tak dapat hisap'.. so memang takkan berjaya. Tanam dalam mindset 'susu saya banyak' 'anak saya puas menyusu' InshaaAllah usaha kita untuk menyusu anak akan tercapai.

Letakkan target nak menyusu anak tanpa susu formula sampai 6 bulan. Bila dah berjaya 6 bulan tetapkan target sehingga 8 bulan dan seterusnya..
Ok readers.. semoga berjaya... ♥♥♥

Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha 1435H

Alhamdulillah. Semoga ibadah korban tahun ini diterima Allah..

Mimie sekeluarga pulang berhari raya hari Jumaat malam selepas balik kerja. Raya haji tahun ni beraya di rumah in law di Dungun. Sebelum balik Dungun kami singgah bermalam di Kuantan. Semua adik beradik Mimie balik ke Kuantan sebelum Mimie dan kakak bertolak ke rumah mertua masing-masing.

Oleh sebab hari sabtu tu semua dah berkumpul, so dah macam raya sehari awal. Hehe.. Pagi tu Mama buat nasi dagang. Tengah hari pulak menu rendang ayam hutan dengan daging goreng rusa. Memang marvellous. Lepas lunch Mimie bertolak ke Dungun manakala kak long Mimie bertolak ke Negeri Sembilan rumah in law masing-masing.

Pagi raya Aidiladha kami menunaikan solat Aidiladha di masjid terdekat dengan rumah mertua. Lepas tu ziarah pusara arwah datuk Mr. Tajul. Then ziarah rumah sedara mara Mr. Tajul.

Hari esok hari rabu baru balik ke KL. Kalau balik cuti memang tak sah kalau tak lama.. hahaha.. take advantage sebab anak tak sekolah kan.. So tak perlu bersesak jem.. hehe.. ok readers. Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H. ♥♥♥



Monday, September 15, 2014

Cuti-cuti Melaka 2014

Hari Ahad semalam Mr. Tajul ade program Fit For Life di Dataran Pahlawan Melaka. So alang-alang kerja tu Mimie dan family pun menumpang la ikut. Hehehe. Kami bawa Ummie aka MIL sekali. Lepas tu kakak ipar Mimie kak ngah pun nak ikut bawa family dieorang jugak.

So kami bertolak hari Sabtu pagi dalam pukul 11. Sampai Melaka terus cari asam pedas. Hehe.. menu wajib datang melaka. Lepas tu jalan-jalan di sekitar bandaraya Melaka. Mr. Tajul ajak naik Menara Taming Sari. Tiket dewasa RM15. Kanak-kanak RM10. Siap bagi goodies muffin dan air kotak.

Lepas naik Menara Taming Sari kami makan malam di Restoran Parameswara di Umbai. Serius sedap butter prawn yang dimasak. Habis diet okay.. hahaha..
The next day tu Mr. Tajul ade program Fit For Life dari pagi sampai tengah hari. So tengah hari tu kitaorang checkout then lunch kat Johnny's Restaurant di Dataran Pahlawan. Lepas lunch kami naik beca pusing satu Melaka. Total 1 beca pusing 1 Melaka RM50. Then beli belacan dan cencaluk. 1st time makan cencaluk. Baru ku tahu cencaluk itu sangat sedap hahaha. So terus beli 3 botol muahaahaha.. 3 botol RM10. Belacan pun 3 ketul RM10. Kudap-kudap pisang salai 2 paket RM10 jugak.
So sebelum balik singgah ke Pantai Klebang. Terus cari Coconut Shake Original Klebang. Beratur 55 minit baru dapat coconut shake. Serius ramai giler. So Mr. Tajul la beratur. Mimie tunggu dalam kereta dengan anak-anak.. Hehe..

Lepas minum coconut shake kami melawat makan Hang Tuah di Tanjung keling. Sementara tu singgah solat di masjid Tanjung Keling. Lepas tu baru kami balik. Balik memang jem teruk. Kami singgah RNR Seremban untuk dinner. Fuyooo... Nak masuk pun beratur panjang ke RNR. Lebih kurang 1000 malam baru kami sampai rumah...
Penat sungguh tapi memang menyeronokkan. Malam ni pulak nak ke Bukit Beruntung rumah Pak Sedara Mr. Tajul pulak coz ade jamuan.. ♥♥♥








WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG