Thursday, January 30, 2014

Mood Cuti CNY

Hari ni drive pergi office jalan dah mula lengang.. Tak banyak kereta.. Maybe ramai dah start cuti sebab anak-anak yang sekolah dah mula cuti hari ni. Termasuk la my sister Along dah balik Kuantan satu family.. Uwaaa... Macam nak nangis je sebab tak amik cuti.. (T_T)

Esok dah mula cuti. Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. Cuti Chinese New Year dan Hari Wilayah Persekutuan. Hurmm... 4 hari cuti. Dah la tak balik kampung. Apa la nak buat. Macam nak ajak jalan-jalan kat Jalan TAR dan SOGO je. Mesti tak ramai orang coz ramai balik kampung.. Harap-harap la. If orang kita balik kampung, yang tinggal warga asing yang menapak kat bandaraya KL ni. Hurmmm...

Ok la.. Mood dah ke laut.. Fikir nak cuti dah esok. Cepat la 4.30 petang. Aiyaaa.. Kerja pun tak mula lagi.. hahaha.. Ok readers.. Hari ni Mimie BW korang. Sebab mood happy nak cuti.. Kerja dah banyak settle. So free-free nanti Mimie datang visit ok. Papaiiii...........

Wednesday, January 29, 2014

Subway @ Galeria Presint 4

My favourite sandwich. Mimie ni memang hantu Subway. Sebelum ni kalau nak beli subway mesti ke Alamanda. Serius tak tahu langsung ade Subway sebelah kementerian Hubby.

Aqilah sekarang kan dah hantar ke taska Kementerian Belia dan Sukan (KBS). So setiap kali lunch hour Mimie akan datang untuk menyusu Aqilah. Then akan lunch dengan husband tercinta.

Semalam lepas susu Aqilah di taska, Mr. Hubby dah tunggu kat sofa taska untuk ajak Mimie lunch. Biasanya kami ke cafe KBS je la. Tapi semalam hubby tanya kereta letak kat mana. Mimie pun tunjuk la depan taska. Lepas tu hubby pun ajak naik kereta untuk lunch kat luar.

So naik la kereta. Then boleh pulak Mr. Hubby ni U turn je dan berenti di Galeria sebelah kementeriannya. Kalau kat galeria ni tak payah naik kereta pun takpe. Tapi nak suprise punya pasal naik la kereta. Macam la jauh sangat kan. Hahaha. Then Hubby cakap Jom abang belanja subway. Fuhh... berbunga tau hati coz husband ni memang tahu Mimie ni suka dengan subway haha...

So semalam Mimie, husband dan Aqilah je ada. Kakak Batrisyia school. Next time Mama Ayah bawa kakak datang subway yer..

tuna and meatball
nak makan pun nak pakai tag nama haha
mama mimie (^_^)
Aqilah and mama

Tuesday, January 28, 2014

Family Gathering

Bowling time...
Ni la anak-anak Haji Sabri dan Hajjah Raimah.. Bila jumpa ade je planning.
Abah dan Mama Mimie memang sporting dengan anak-anak. Seronok berkumpul melakukan aktiviti sama-sama.

Selain travel, kami ni memang suka buat aktiviti yang tak dirancang bersama. Yang penting happy giler dengan family.

Next time ingat nak pi Sunway Lagoon lagi. Bawa semua family. Bagi baby aqilah dan anak sedara baby naufal besar sikit. Baru seronok dan havoc. Haha

My chenta hati
Pilih pilih ball
Happy
Me and my mama.. Oppss.. Aqilah behind us
Happy family

Saturday, January 25, 2014

Rasulullah S.A.W

Subhanallah.
Rasa seronok sangat bila Batrisyia dapat belajar dengan baik di sekolahnya.

Perbualan ayah dan Batrisyia tadi buat Mimie tersenyum. Alhamdulillah semoga anak-anak kami menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirant. Amminnn.

Ayah: Siapa nama ayah nabi?
Batrisyia: Abdullah.

Ayah: Siapa nama ibu nabi?
Batrisyia: Siti Aminah.

Ayah: Siapa nama nabi kita?
Batrisyia: Muhammad Rasulullah.

Ayah: Siapa nama isteri nabi?
Batrisyia: Siti Khadijah.

Satu lagu yang paling Batrisyia suka nyanyi di rumah adalah lagu dari Voice of Ummie tajuk Al-fatihah. Subhanallah Batrisyia dapat hafal sampai habis. Surah Al-fatihah pun dah berjaya di hafal.

Wednesday, January 22, 2014

Semoga Allah mudahkannya..

Mimie tuang minyak pagi tadi. Lepas tuang minyak di petronas Presint 16 Mimie pam tayar kereta. Dah hampir 2 minggu tak pam tayar.

Masa tengah pam datang seorang pak cik tanya teksi tak banyak ke lalu kat sini. Mimie cakap jarang teksi lalu sebab ramai guna bas nadi putra area Putrajaya ni. Pakcik tunjuk kereta sebelah kereta Mimie tu kereta dia. Sedih pulak hati bila pakcik tu cakap minyak kereta dah habis. Dompet tertinggal kat rumah. Mimie tanya rumah pakcik kat mana. Pakcik tu cakap kat semenyih. Tadi ada teksi lalu tapi pakcik tu tak naik sebab dari putrajaya ke semenyih teksi ambil RM80. Sedih pulak cerita pakcik ni. Mimie terus pam tayar. Mimie tengok pakcik tu duk dalam kereta. Memang muka pakcik tu nampak susah hati. Tua dah pakcik ni. Dalam 50an.

Lepas pam tayar Mimie tanya pakcik tu. Kereta pakcik ni memang takde minyak langsung ke. Pakcik cakap kalau balik semenyih memang tak sampai. So Mimie hulur la RM10 untuk pakcik tuang minyak. Pakcik cakap macam mana nak bayar balik. Mimie cakap takpe la pakcik. Saya halalkan. Mimie naik kereta terus u turn. Lepas tu tengok2 jugak kereta pakcik tu. Nampak kereta pakcik tu tengah isi minyak.  Semoga Allah mudahkanlah urusan pakcik tu..

Friday, January 17, 2014

Balik kampung

Alhamdulillah selamat sampai pagi ni di Dungun rumah family in law. Bertolak pukul 1.00 pagi tadi. Mr. Hubby of coz la semangat. Balik kampung sendiri. Hehe..

Hari ni ada agenda peminangan. Adat merisik dan bertunang untuk adik ipar lelaki Mimie. So lepas solat jumaat kami akan ke rumah pihak perempuan di Paka, Terengganu. Alhamdulillah. InshaaAllah Tambah menantu ummie dan abah tahun depan.

Sebenarnya Mimie tak berapa sihat sangat. Food poison agaknya. Semalam jadi Facilitator untuk latih amal kadet di tempat kerja. Tak tau la silap makan apa terus muntah n CB. Ok readers. Mimie hutang BW korang yer.. Nanti Mimie jenguk2 uolss.. papai...

Wednesday, January 15, 2014

Power Bank

Penting pada zaman sekarang.. Ada 3 jenis power bank Mimie beli.. Tamak haloba betul kan.. Hahaha.. Satu model ni untuk Abah Mimie, Abah mertua dan Kak Long Mimie jenis pineng original set. Satu lagi model samsung untuk note 2 Mimie.. Hurmm.. Bila la dapat beli note 3.. huhu.. Dan last yang comel warna pink tu power bank key chain dapat free gift sebab beli banyak-banyak. Mimie ni pantang tau beli banyak-banyak mesti mintak free gift. Dah tabiat yang tak boleh dielakkan. hahahaha..

Monday, January 6, 2014

1st Day School

Alhamdulillah. Anakanda Nur Batrisyia Zahra binti Tajul Ariffin dah masuk 4 tahun. Sekejap masa berlalu. Anak-anak membesar dengan sihat. Alhamdulillah.

Hari ni kakak Batrisyia dah masuk sekolah. 1st day school Alhamdulillah. Walaupun muka macam confius sebab new school and new environment. Tapi kakak Batrisyia dah sesuaikan diri. Letak kasut kat rak kasut terus masuk kelas. Bagus kakak. Semoga anak-anak Mama dan Ayah menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat. Amiiinnn. Mama dan Ayah bangga sangat dengan anak-anak semua.

Tak sabar nak tunggu kakak Batrisyia balik. Mesti banyak cerita nanti. Hehe..

Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year 2014

Alhamdulillah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki lagi dalam tahun 2014. Semoga sentiasa di rahmati dan diberkati..

Off day today. Public holiday sempena tahun baru. Kawan-kawan di Johor selamat bekerja hari ini. Hehe.. Tukar tune keje untuk tahun 2014. Hehe...

Hari nak berjalan-jalan dengan hubby dan anak-anak. Ke Nilai 3 mencuci mata. Esok bonus.. Yahooo.....!!! Untuk kakitangan kerajaan yang muslim dah dapat bonus jangan lupa zakat ok. Wajib tau. Alhamdulillah Allah akan menambahkan rezeki lagi. InshaaAllah.

Preparation untuk Aqiqah Aqilah. Dah terlewat dah ni. Banyak sangat nak buat. So sebelum terlambat mesti buat Aqiqah Aqilah secepatnya. Katering dan kambing akan ambil kat Banting. Dulu masa Batrisyia pun ambil katering dan kambing kat sini. Marhaban pun dari Banting. Hehe..

Okay.. Next buai berendoi anak. Oleh sebab kakaknya dulu berbuai bagai so adiknya harus dapat sama macam kakaknya dapat. Mama dan Ayah mesti adil dengan anak-anak kan.. hehe..

Door gift.. Dulu tak beli kat nilai 3 pun door gift ni. Beli kat House of favour. Unik dan menarik. Hurmm... Tapi takkan nak bagi door gift sama kot.. masih tercari-cari idea untuk door gift.. Any suggestion tak?

Okay.. Nak siap-siap keluar dengan family tercinta. Nak jumpa kakak Mimie kat rumah baru dia kat Nilai 3. Semalam baru dapat kunci. Tahniah kakak akhirnya rumah dah siap dan dapat kunci. Ok readers nanti mimie visit blog you all k.. Selamat Tahun Baru 2014.

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG