Wednesday, January 22, 2014

Semoga Allah mudahkannya..

Mimie tuang minyak pagi tadi. Lepas tuang minyak di petronas Presint 16 Mimie pam tayar kereta. Dah hampir 2 minggu tak pam tayar.

Masa tengah pam datang seorang pak cik tanya teksi tak banyak ke lalu kat sini. Mimie cakap jarang teksi lalu sebab ramai guna bas nadi putra area Putrajaya ni. Pakcik tunjuk kereta sebelah kereta Mimie tu kereta dia. Sedih pulak hati bila pakcik tu cakap minyak kereta dah habis. Dompet tertinggal kat rumah. Mimie tanya rumah pakcik kat mana. Pakcik tu cakap kat semenyih. Tadi ada teksi lalu tapi pakcik tu tak naik sebab dari putrajaya ke semenyih teksi ambil RM80. Sedih pulak cerita pakcik ni. Mimie terus pam tayar. Mimie tengok pakcik tu duk dalam kereta. Memang muka pakcik tu nampak susah hati. Tua dah pakcik ni. Dalam 50an.

Lepas pam tayar Mimie tanya pakcik tu. Kereta pakcik ni memang takde minyak langsung ke. Pakcik cakap kalau balik semenyih memang tak sampai. So Mimie hulur la RM10 untuk pakcik tuang minyak. Pakcik cakap macam mana nak bayar balik. Mimie cakap takpe la pakcik. Saya halalkan. Mimie naik kereta terus u turn. Lepas tu tengok2 jugak kereta pakcik tu. Nampak kereta pakcik tu tengah isi minyak.  Semoga Allah mudahkanlah urusan pakcik tu..

4 comments:

  1. Kesian plak kat pakcik tu..mudah2an di permudahkan perjalanan nya balik Semenyih...TQ mimie sbb sudi menolong..

    ReplyDelete
  2. Tak apalah Mimie.. percayalah memudahkan org lain insya-allah satu hari mimie pun dimudahkan juga..

    ReplyDelete
  3. kesian pakcik tu,moga Allah mudahkan urusan dia, syukur dia jumpa mimie yg dah mudahkan sikit urusan pakcik tu

    ReplyDelete
  4. kesiannya...nasib ade insan baik hati macam mimie, kalau tak,apalah nasib pakcik tu kan...hhuhuuh

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG