Thursday, February 27, 2014

Bengkak susu

Dugaan bengkak susu. Dah lama tak kena. Malam tadi payudara sebelah kanan sakit sangat. Tak boleh disentuh. Sejuk satu badan. Berbungkus dengan selimut. Temperature badan meningkat 39 darjah celsius. Demam bengkak susu. Tadi pergi klinik dapat MC 2 hari. Sekarang tengah menyusu Aqilah sebanyaknya. Alhamdulillah susu masih banyak untuk Aqilah. Semoga impian menyusu Aqilah sepenuhnya dapat dilaksanakan.

Tuesday, February 25, 2014

Selesai Majlis Aqiqah Aqilah

Alhamdulillah. Selesai menunaikan tuntutan Aqiqah buat puteri kami Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin. Majlis berlangsung dengan meriahnya. Lebih kurang 300 tetamu hadir meraikan majlis puteri kedua kami.

Gambar-gambar sepanjang majlis Mimie letak dalam entry lain. Gambar dalam ni sikit-sikit dulu. Tunggu gambar dari photographer baru update dalam entry lain.

Mimie nak share persiapan dan tempahan yang Mimie buat. Mana la tau kot kot ade yang berkenan nak ambil pakej dari tempahan yang Mimie dah terima ni. Sebagai guideline mommies di luar sana untuk meraikan hari bersejarah anakanda tercinta.

Tempahan katering dan khemah diuruskan oleh Mr. Tajul. Mimie ambil dari Banting. Katering yang sama semasa majlis perkahwinan kami dan aqiqah kakak Batrisyia dulu.

Doorgift Mimie ambil dari FB "Lurvering Doorgift" Masa ni Mimie dapat harga promo 1jar + ribbon + printed sticker = RM1.00 sahaja.

Photographer Mimie dapat murah jugak. Mimie ambil dari FB "Dana Dania" Photographer namanya kak Qis. Tak sabar nak tunggu album. Katanya siap dalam masa seminggu. Harga pakej RM350. Pakej yang di sediakan adalah seperti di bawah. Wah.. Siap promo lagi.. Muahaahahaha...


Buaian berendoi Mimie ambil dari FB "Qalisya Buaian Berendoi" Pakej boleh pilih dari RM150-RM300.

Kumpulan marhaban Mimie ambil dari FB juga. Kumpulan Marhaban dari Shah Alam. Terima kasih sudi   hadir buat Kumpulan Marhaban Nurjannah. Sesiapa memerlukan perkhidmatan mereka boleh ke FB "Marhaban Nurjannah". Alunan zikir dan nasihat sangat-sangat menyentuh hati. Kami sekeluarga sangat-sangat gembira dengan doa-doa semua. Terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah selesai majlis. Lega sangat kami suami isteri. Terima kasih kepada semua keluarga dari Mimie dan suami. Terima kasih juga buat tetamu yang sudi hadir meraikan majlis. Terima kasih atas semua tempahan yang menjayakan majlis kami. Syukur Alhamdulillah.








Wednesday, February 19, 2014

Nostalgia Mimie...

Belek-belek FB terjumpa gambar lama-lama. Since dari sekolah menengah, alam universiti dan alam kerjaya. Kenangan masam manis yang berharga dan telah mendidik Mimie menjadi insan yang berguna sekarang.

Mimie banyak sekolah. Abah Mimie penjawat awam. So merantau satu Malaysia. Satu Malaysia dah travel. Mimie ingat semua sekolah yang Mimie pernah sekolah. Setiap sekolah Mimie ada ramai kawan. Tapi Mimie minta maaf sangat sebab memang tak dapat ingat sebab terlalu banyak sekolah. Mimie cuma ada kawan baik sampai sekarang adalah dari Sekolah Menengah Teknik Terengganu sahaja. Haa... Ni listed sekolah Mimie.. Jangan terkejut pulak readers semua.. Hahaha..

1. Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang (Tahun 1-2)
2. Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Pulai Pinang (Tahun 3)
3. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Pulau Pinang (Tahun 3-6)
4. Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Kuantan, Pahang (Tahun 6)
5. Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kuantan, Pahang (Tingkatan 1)
6. Sekolah Menengah Taman Melati, Kuala Lumpur (Tingkatan 1)
7. Sekolah Menengah Bandar, Kuala Terengganu, Terengganu (Tingkatan 1-3)
8. Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu (Tingkatan 4-5)

Ni adalah perjalanan Mimie sepanjang persekolahan. Tahun depan ingat nak sambung master. Tapi Mr. Tajul nak sambung dulu. So Mimie beri laluan pada suami untuk sambung master dahulu tahun ni. Lepas tu baru Mimie sambung. Mr. Tajul cakap Mimie muda lagi. Mr. Tajul dah meningkat umur. Hahaha.. Beza kami 3 tahun. So kena bagi husband dulu la. hehe

Lagi pun Mimie masih mencari master yang sesuai. Kalau ikut Degree Mimie ada Business study major in finance. So ikut hati nak sambung Master in Business Administration (MBA). Tapi if nak related dengan kerja Mimie ada dua lagi pilihan. Sama ada nak ambil Master in Forensic Accounting and Financial Criminology di UiTM atau Master in Social Science (Corruption Studies) di UKM. Mr. Tajul tak kisah. Mr. Tajul sentiasa support Mimie especially melibatkan kerjaya dan study.

Ok la. Nak share picture lama Mimie. Next time kalau ada picture kami adik beradik masa kecil Mimie akan kongsikan di sini untuk tatapan anak cucu masa hadapan. Hehehe

SMKBDR 1998-2000

SMTT 2001-2002

DIPLOMA ACCOUNTANCY

BACHELOR IN BUSINESS ADMINISTRATION

KOSMA

MIROS

WORK NOW @ KUDAT


Tuesday, February 18, 2014

Lecturer yang disayangi

Hari ni terima wass app dari seorang lecturer yang Mimie sangat senangi semasa di UPM. Paper yang Mimie pernah ambil dengannya adalah Strategic Management dan Corporate Social Policy. Mimie ambil sebab memang selesa sangat dengan Dr. Mejar Abdul Rashid bin Abdullah. He's very nice person. Every argument must have supporting evidence to make your supporting word look strong and acceptable. Kesnye Mimie jemput Dr. Rashid ke majlis aqiqah anak. Lepas tu melarat-larat la tanya khabar, kerja, umur anak berapa. Hehehe. Terima kasih Dr. Rashid atas ucapan tadi.

Hurmm.. Alang-alang cerita pasal lecturer ni, Mimie suka dengan seorang lagi Lecturer masa ambil BBA (Finance) di UPM. Dr. Choo namanya. He's graduate from Harvard University. Core major in Statistic. Mimie ni memang suka subjek kira-kira. So ambil statistik dengan Dr. Choo memang seronok. Dan yang syoknya dapat A subjek statistik. Then next semester subjek kuantitatif still Dr. Choo ajar. So apa lagi. Sanggup daftar masuk kelas Dr. Choo untuk Quantitative. And the result.. Still dapat A untuk paper ni. Memang best lecturer ni. Senang belajar, senang faham dan yang penting berkat.

Ok la. Dah pukul 4.30 petang ni. Nak siap-siap balik ambil Batrisyia di kindergarten. Aqilah tak pergi taska coz Ummie ada di rumah. Jumpa lagi ye readers.. Papai..

Monday, February 17, 2014

Monday Blues...

Alhamdulillah.. Hari Isnin hari pertama setiap minggu memulakan kerja. Monday Blues orang kata.. Hehehe.. Hari ni punch card tepat-tepat 7.30 pagi. Berdebar rasanya ingatkan punch card dah merah. Mertua Mimie dah datang rumah coz Majlis Aqiqah Aqilah minggu ni. Tu yang lambat dan kelam kabut sikit. Malam tadi tido lambat (0_o). Gosok baju kerja husband dan Mimie untuk seminggu punya. Dengan cuaca malam yang terasa panas. Buka air cond so feeling macam gosok baju di Cameron Highland. Hahaha. Pukul 12.30 malam baru siap menggosok.

Lepas gosok baju melihat anak-anak tido dengan nyenyaknya. Seronoknya jadi anak-anak. Selepas cium dahi anak-anak, Mimie melihat raut wajah suami. Hurrmmm.. Kesian suami selesema. Mesti berjangkit dari Mimie ni. Mula-mula kakak Batrisyia selesema. Kakak ni suka sangat cium adik Aqilah. Bila selalu cium adik pulak selesema. Bila adik selesema, Mimie pulak berjangkit selesema dari Aqilah. Lepas tu tido dengan suami, Mr. Tajul pulak selesema. Dah satu family selesema. (T_T)..

Hari ni nak apply cuti untuk hari Jumaat. Mr. Tajul cakap apply la cuti sehari sebelum majlis untuk persediaan majlis. Tak la kelam kabut nanti. Dah telefon buai berendoi datang hari jumaat malam. Mula-mula nak datang khamis malam. Mimie cakap pasang jumaat malam la. Bukan apa. Takut lunyai nanti tempat buaian tu jadi taman permainan kakak dan adiknya haha. Since Aqilah dah pandai merangkak ni merata tempat dah pergi. Tempat favourite adalah bawah meja makan. Hahaha..

Mama Abah Mimie datang jumaat ni. Tak sabar nak tunggu hari majlis sebab time majlis ni la dapat kumpul dua keluarga. Memang seronok. Ok la. Nak attend meeting jap lagi. Mood tak berapa sihat hari ni.. (T_T)


Saturday, February 15, 2014

Tok Abah dan Tok Mama

So sweet Abah dan Mama Mimie. Mentang-mentang anak-anak you all dan besar. So dah tinggal berdua yer sekarang. Ape lagi.. Dating sokmo la jawabnya..

Semoga Abah dan Mama diberikan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kami adik beradik sayang Abah Mama. You all berdua so sweet sangat. Semakin berusia semakin sayang. Hehehe...

Friday, February 14, 2014

Resepi bubur filet ikan dory

Atas permintaan kak Lia, mommy kepada amsyar dan zara, Mimie share resepi untuk our kiddos.

Oh lupa nak cakap sikit tetang ikan dory. Ikan ni kalau rupa sebenar die memang ngeri. Ade mcm piranha haha. Tapi isi die lembut dan putih. Kalau kat tesco memang ade filet frozen ni. Memang isi ikan 100% xde tulang. So amat selamat buat bubur untuk anak tercinta. Kalau fish n chip tu guna ikan dori la. Kaya dengan omega dan sesuai untuk anak-anak.

Step 1:
Ambil 1 slice isi ikan. Gunting kecil2 dan letak ke tepi.

Step 2:
1/2 cup beras basuh dan toskan. Masukkan air dalam beras. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan isi ikan dori. Masukkan kiub pati ikan bilis setengah kiub. Sedikit je gula dan garam buat perasa.

Step 3:
Masukkan 1 sudu besar olive oil atau majerin ke dalam bubur yang tengah didih. Dan tunggu sehingga bubur hancur dan masak untuk di hidang pada anak-anak tercinta.

Olive oil dan majerin tu diletakkan untuk menambah tenaga kepada Aqilah sebab sekarang dah dapat step merangkak. Hehe

Thursday, February 13, 2014

Gigi Oh Gigi

Alhamdulillah princess kedua kami dah berusia 8 bulan. Dah tumbuh gigi sebatang kat bawah. Nampak putih sikit je. Tapi tajam dia kemain lagi terasa. Time gigit pipi Mimie dulu suka la coz gusi je yang gigit. Sekarang jangan cuba-cuba nak try gigit. Kang tak pasal-pasal menjerit hahaha..Tumbuh gigi depan bawah. Alahai.. Ngeri pulak Mama bila menyusu. Sebab Aqilah masih lagi fully breastfeeding. Aqilah kalau geram dia akan gigit sepenuh hati Cik Nen Mimie ni. Mr. Tajul gelak je la tengok telatah anak die. Mama yang tanggung tau. Hahaha...

Ni cerita kakak pulak. Selasa hari tu Mimie bawa Batrisyia ke Klinik Gigi. 1st time check up gigi. Masa dalam kereta excited bukan main anak dara ni. Mama nak check gigi macam upin ipin tau. Tak sakit kan.. Check gigi je kan. Haaa.. Tu la celoteh kakak Batrisyia dalam kereta. Bila sampai klinik gigi ok lagi. Excited ambil nombor dan tunggu giliran. Pastu anak dara ni nervous kot. 2 kali ajak Mama gi toilet. Nak poo poo katanya. Nak tergelak pulak tengok telatah kakak ni.

Bila nombor dah dipanggil, Mimie, Batrisyia dan Aqilah masuk. Dah start la drama hahaha. Kesnya sebab takut tengok doktor tu pakai mask kat muka. Terus tak nak duduk atas chair untuk periksa gigi. Macam-macam pujuk. Last-last nurse minta nak dukung Aqilah sementara Mimie nak handle kakak yang dah tak nak check gigi. Adoi.. Sabar je la..

Last sekali Mimie yang naik atas chair tu. Pastu baru la Batrisyia nak duduk. Tu pun siap request dengan doktor tak nak pasang lampu sebab silau. Haddooyai.. Sabar je la dengan kakak ni. Hahaha.. So the result.. Gigi Batrisyia cantik. So selalu check up 6 month tapi sebab gigi Batrisyia ok lepas setahun baru datang check gigi lagi. Terbaik la anak Mama Ayah ni.. Hehehe

Resepi bubur filet ikan dory tu Mimie hutang dulu dengan Kak Lia as ur request ye kak. Hehehe.. 2 hari tak menulis. Minggu yang busy. Next week lagi busy sebab Mimie nak settle Aqiqah Aqilah Sabtu depan.

Monday, February 10, 2014

Bubur filet ikan dory

Favourite Aqilah sekarang. Bubur filet ika  dory. Senang nak masak. Xperlu nak buang tulang ikan. Beli frozen di tesco.  Isi ikan sepenuhnya. Si kecil pun berselera. Bukan Aqilah je yang makan. Kakak Batrisyia pun sukakannya.

Sunday, February 9, 2014

Abah Mama Travel Lagi...

Abah dan Mama Mimie travel lagi. Untung la... hahaha. Suwitt je Dato' Sabri dan Datin Raimah ni berjalan je. Baru je balik dari Vietnam. Hari ni nak ke Bukit Tinggi, Indonesia pulak.

Hurmm... Bulan 5 ni pulak dah booking ke Guangzhou, China. Nanti bila Mimie dan husband dan level umur macam Abah Mama nak travel macam abah mama sekarang. InshaaAllah jika dipanjangkan usia dan disihatkan tubuh badan..

Semoga Mama Abah selamat pergi dan kembali. Jangan lupa beli kain cantik2 untuk kami semua. Hahaha..

Friday, February 7, 2014

Bila Terjumpa Barang Lama.......

Esok dah weekand.. Fuhh... Cepat la 4.30 petang. Dah tepu duk kat offie. Kerja dah settle. So tengah kemas-kemas bilik di pejabat terjumpa sesuatu yang mengimbau kenangan Mimie dan suami. No telefon lama husband dan Mimie. No ni kami dah buang dan kami menggunakan no yang hampir sama. Just twist 2 nombor belakang. Hahaha.. Sweet je masa couple dulu-dulu. Dah kawin lagi suwwwiiiitttt... Weeeee...

Tajul Ariffin.. 1st time jumpa kami dah macam lama kenal. Maybe orang kata inilah jodoh. Hahaha. Kami tak bercinta lama pun. Kenal dalam 3 bulan Mr. Tajul dah cakap nak bawa family datang merisik dan meminang. Jodoh tu kan kuasa Allah. Mimie bersyukur sangat. Kenapa Mimie terima walaupun kenal sekejap? Sebab pertama Abah Mimie dah kenal dulu peribadi Mr. Tajul ni. Al maklum la anak buah dia masa kerja di Kementerian Kesihatan sebelum jadi PTD sekarang. Sebab kedua sepanjang kenal dan keluar dating (dengan izin Mama Abah Mimie tau) tak pernah tinggal solat bila masuk waktu. Tak pernah ambil kesempatan. Alhamdulillah pilihan kerana agama Mimie bahagia sampai sekarang. Tambahan pula restu dari kedua orang tua kami. Hehehe..

Sebelum kenal dengan Mr. Tajul ni Mimie pun pernah bercinta. Mimie rasa Mimie tak pernah cerita tentang ex-boyfriend Mimie dalam blog ni. Bukan apa. Mr. Tajul baca blog ni. Kang kecik hati pulak suami tercinta hahaa. Husband yang tak baca blog tu boleh la nak story mory cerita dulu-dulu kot. Hahaaha.. My Bestfriend Forever yang baca blog ni mesti kenal my ex-bf tu. Kan Mrs. Kema, Mrs. Na dan Mrs Nieq.

Mimie bertuah sebab sepanjang Mimie kahwin suami tak pernah nak korek cerita cinta Mimie dulu-dulu. Sebab tu harmoni. Dan ex-BF Mimie pulak takde nak ganggu kehidupan kami sekeluarga. Takde la pulak nak try contact Mr. Tajul ke apa. Sebab kami masing-masing dah move on dengan pasangan dan keluarga masing-masing. Mimie pun tak pernah nak ganggu or contact wife ex-bf sebab antara kami memang dah takde apa-apa. Walaupun kami pernah bercinta 8 tahun. Fuhh.. Lama kan. Sejak dari tingkatan 3. Kami bercinta dari sekolah. Tapi jodoh tu kuasa Allah. Bercinta lama pun kalau tu bukan jodoh kita kena terima. Masa putus dulu pun Mimie boleh turun 7 kilo dalam 3 HARI. Frust punya pasal. Hahaha.. Tapi ALLAH tentukan jodoh kita. Dia Maha Agung. Pertemukan kita dengan orang yang salah dulu sebelum jumpa jodoh yang baik untuk kita. Supaya dapat memperbaiki kelemahan supaya menjadi yang terbaik buat pasangan yang dijodohkan oleh Allah sekarang dan selamanya. 

Cerita ni Mimie pernah cerita kepada husband masa mula-mula kenal dulu. Lepas Mimie kenal husband tak pernah pun mengungkit sampai sekarang. Perkara yang lepas dan tak perlu dikenang. Tu yang husband selalu cakap. Yang ada cuma Abang dan Sayang. Tu yang selalu suami beritahu. Dan janjinya pada Mimie untuk bahagiakan Mimie dan anak-anak. 

Tentang ex-GF husband pulak malas nak cerita. Bukan apa banyak sangat cerita dia. Hahaha. Kenapa banyak? Sebab dia muncul dalam hidup Mimie dengan hantar mesej dalam Friendster (dulu-dulu pakai friendster). Siap cerita dilema nak pilih tunang (laki die sekarang) or ex-bf die (hubby I la tu)  pada Mimie tiba-tiba. Walaupun Mimie tak kenal dia. Dan yang best tu cerita dia Mak mertua Mimie sedih sangat-sangat bila tau die putus dengan Mr. Tajul. Bila Mimie cerita kat Mak Mertua Mimie kena gelak ada la. Mak mertua cakap takde la. Lagi pun bukan rapat pun. Bukan selalu jumpa pun. Rasa macam 2 kali jumpa je Mak mertua cerita. Hahaha. Nak gelak pun ada. Itu la titik permulaan Mimie kenal dengan EX-GF hubby. Sepatutnya tak perlu la nak contact Mimie. Kalau tak contact Mimie dalam Friendster dulu sampai sekarang Mimie tak kenal pun sapa ex-gf husband. Mimie pun malas nak korek. Apa lah sangat kalau takat bercinta 2-3 tahun tu. Cerita lain banyak lagi tapi biar la sebab Mimie tak nak cerita. Nanti takut tambah dosa. Sebab banyak yang dikutuk tentang Mimie dalam blog die dulu. Sekarang dah tak blog kot. Maybe sebab Mimie tak layan Haha. Tu tak masuk tuduhan kononya husband Mimie sihir untuk porak peranda keluarganya. Besar sungguh tuduhan tu. Memang kami suami isteri tak boleh maafkan orang yang tuduh sihir-sihir ni. Tambahan pulak zaman moden ni. Ade lagi pemikiran macam ni. Sabar je la. Yang penting kita kenal dan percaya suami. 24 jam bersama. Tahu apa yang suami buat. Jadi tuduhan tu amat berat. Banyak lagi cerita lain. Tapi takpe la. Biar la dia dan dunianya. Hahaha

Hari ni panjang pulak celoteh. Asalnya jumpa barang lama. Sekarang dah melarat cerita lama-lama pulak hahaha. Ok la readers. Lunch time ni nak pergi ambil Batrisyia dan Aqilah balik school coz Tok Mama dan Tok Abah nak datang. Petang ni nak ke masjid besi sebab cousin dari Kuantan kahwin hari ni. Tahniah Abang Annn.. Semoga jodoh berkekalan hingga syurga..

Wednesday, February 5, 2014

Perancang Kehamilan

Tajuk kat atas ni mesti dah biasa buat semua mommies di luar sana kan. Ini la dilema yang Mimie lalui. Penggunaan perancang.

Sebelum Mimie lahirkan Aqilah. Mr. Tajul dah pesan lepas bersalin nanti tak perlu la ambil perancang. If ade rezeki maksudnya itu pemberian Allah kepada kita. Ade setengah ustaz cakap tak boleh ambil perancang. Haram. Seolah-olah menolak rezeki pemberian Allah. Namun ada yang kata boleh atas sebab kesihatan. Wallahualam.

Hurmm.. Lepas bersalin Aqilah, Mimie susah hati. Macam mana kalau Aqilah dapat adik. Aqilah kecil lagi. Macam mana nak breasfeed nanti. Adakah susu berkurangan nanti andai kata betul2 preggy dan Batrisyia dan Aqilah dapat adik. Macam-macam duk fikir.

Pastu Mimie senyap-senyap suntik perancang. Haha. Aipp.. nak kena cubit tak dengar pesanan husband ni.. hahaha..

Yang tak boleh blah tu lepas suntik Mimie cerita kat Mr. Tajul hehe.. Mr. Tajul tak marah. Cuma tanya Mimie niat dan tujuan ambil perancang. Mimie cakap nak bagi Aqilah besar sikit. Nak susukan badan sepenuhnya. Nak bagi kasih sayang.

Mr. Tajul senyum je. Then dengan lembut Mr. Tajul cakap lepas ni tak perlu ambil lagi yer.. hurmmm. Mimie pun jawab yer.. Tak ambil lagi lepas ni. Huhu..

So.. Sepatutnya suntikan bulan ni. Mimie tak ambil. Kita tunggu je la. Mana tau ade rezeki baby lagi haha.. Lagipun tahun depan umur dah masuk 3rd series.

Mana la tau preggy anak ketiga di umur 3rd series. Mesti seronok. Mimie memang suka preggy. Sebab boleh manja lebih-lebih dengan hubby hahaha...

Our Princess

Tuesday, February 4, 2014

Persiapan Aqiqah Aqilah

Alhamdulillah.

Segala persiapan aqiqah Aqilah berjalan dengan lancar. Tempahan buaian, door gift, jurugambar semua selesai. Deposit dah dibuat. Ni semua Mimie uruskan. Maklumlah perempuan ni cerewet sikit. Nak itu ini. Mr. Tajul accept je hehe.

Tempahan makanan baru selesai dibuat hari Ahad. Kambing pun dah siap cari. Tempahan katering dan kambing ambil di Banting. Katering yang sama semasa majlis pernikahan Mimie dan suami dan katering yang sama untuk majlis aqiqah batrisyia dulu.

InshaaAllah kalau takde aral 22 Februari 2014 kami adakan majlis aqiqah di teratak kami. Semoga Allah mudahkan segala urusan kami. Ammminnnn...




WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG