Friday, February 7, 2014

Bila Terjumpa Barang Lama.......

Esok dah weekand.. Fuhh... Cepat la 4.30 petang. Dah tepu duk kat offie. Kerja dah settle. So tengah kemas-kemas bilik di pejabat terjumpa sesuatu yang mengimbau kenangan Mimie dan suami. No telefon lama husband dan Mimie. No ni kami dah buang dan kami menggunakan no yang hampir sama. Just twist 2 nombor belakang. Hahaha.. Sweet je masa couple dulu-dulu. Dah kawin lagi suwwwiiiitttt... Weeeee...

Tajul Ariffin.. 1st time jumpa kami dah macam lama kenal. Maybe orang kata inilah jodoh. Hahaha. Kami tak bercinta lama pun. Kenal dalam 3 bulan Mr. Tajul dah cakap nak bawa family datang merisik dan meminang. Jodoh tu kan kuasa Allah. Mimie bersyukur sangat. Kenapa Mimie terima walaupun kenal sekejap? Sebab pertama Abah Mimie dah kenal dulu peribadi Mr. Tajul ni. Al maklum la anak buah dia masa kerja di Kementerian Kesihatan sebelum jadi PTD sekarang. Sebab kedua sepanjang kenal dan keluar dating (dengan izin Mama Abah Mimie tau) tak pernah tinggal solat bila masuk waktu. Tak pernah ambil kesempatan. Alhamdulillah pilihan kerana agama Mimie bahagia sampai sekarang. Tambahan pula restu dari kedua orang tua kami. Hehehe..

Sebelum kenal dengan Mr. Tajul ni Mimie pun pernah bercinta. Mimie rasa Mimie tak pernah cerita tentang ex-boyfriend Mimie dalam blog ni. Bukan apa. Mr. Tajul baca blog ni. Kang kecik hati pulak suami tercinta hahaa. Husband yang tak baca blog tu boleh la nak story mory cerita dulu-dulu kot. Hahaaha.. My Bestfriend Forever yang baca blog ni mesti kenal my ex-bf tu. Kan Mrs. Kema, Mrs. Na dan Mrs Nieq.

Mimie bertuah sebab sepanjang Mimie kahwin suami tak pernah nak korek cerita cinta Mimie dulu-dulu. Sebab tu harmoni. Dan ex-BF Mimie pulak takde nak ganggu kehidupan kami sekeluarga. Takde la pulak nak try contact Mr. Tajul ke apa. Sebab kami masing-masing dah move on dengan pasangan dan keluarga masing-masing. Mimie pun tak pernah nak ganggu or contact wife ex-bf sebab antara kami memang dah takde apa-apa. Walaupun kami pernah bercinta 8 tahun. Fuhh.. Lama kan. Sejak dari tingkatan 3. Kami bercinta dari sekolah. Tapi jodoh tu kuasa Allah. Bercinta lama pun kalau tu bukan jodoh kita kena terima. Masa putus dulu pun Mimie boleh turun 7 kilo dalam 3 HARI. Frust punya pasal. Hahaha.. Tapi ALLAH tentukan jodoh kita. Dia Maha Agung. Pertemukan kita dengan orang yang salah dulu sebelum jumpa jodoh yang baik untuk kita. Supaya dapat memperbaiki kelemahan supaya menjadi yang terbaik buat pasangan yang dijodohkan oleh Allah sekarang dan selamanya. 

Cerita ni Mimie pernah cerita kepada husband masa mula-mula kenal dulu. Lepas Mimie kenal husband tak pernah pun mengungkit sampai sekarang. Perkara yang lepas dan tak perlu dikenang. Tu yang husband selalu cakap. Yang ada cuma Abang dan Sayang. Tu yang selalu suami beritahu. Dan janjinya pada Mimie untuk bahagiakan Mimie dan anak-anak. 

Tentang ex-GF husband pulak malas nak cerita. Bukan apa banyak sangat cerita dia. Hahaha. Kenapa banyak? Sebab dia muncul dalam hidup Mimie dengan hantar mesej dalam Friendster (dulu-dulu pakai friendster). Siap cerita dilema nak pilih tunang (laki die sekarang) or ex-bf die (hubby I la tu)  pada Mimie tiba-tiba. Walaupun Mimie tak kenal dia. Dan yang best tu cerita dia Mak mertua Mimie sedih sangat-sangat bila tau die putus dengan Mr. Tajul. Bila Mimie cerita kat Mak Mertua Mimie kena gelak ada la. Mak mertua cakap takde la. Lagi pun bukan rapat pun. Bukan selalu jumpa pun. Rasa macam 2 kali jumpa je Mak mertua cerita. Hahaha. Nak gelak pun ada. Itu la titik permulaan Mimie kenal dengan EX-GF hubby. Sepatutnya tak perlu la nak contact Mimie. Kalau tak contact Mimie dalam Friendster dulu sampai sekarang Mimie tak kenal pun sapa ex-gf husband. Mimie pun malas nak korek. Apa lah sangat kalau takat bercinta 2-3 tahun tu. Cerita lain banyak lagi tapi biar la sebab Mimie tak nak cerita. Nanti takut tambah dosa. Sebab banyak yang dikutuk tentang Mimie dalam blog die dulu. Sekarang dah tak blog kot. Maybe sebab Mimie tak layan Haha. Tu tak masuk tuduhan kononya husband Mimie sihir untuk porak peranda keluarganya. Besar sungguh tuduhan tu. Memang kami suami isteri tak boleh maafkan orang yang tuduh sihir-sihir ni. Tambahan pulak zaman moden ni. Ade lagi pemikiran macam ni. Sabar je la. Yang penting kita kenal dan percaya suami. 24 jam bersama. Tahu apa yang suami buat. Jadi tuduhan tu amat berat. Banyak lagi cerita lain. Tapi takpe la. Biar la dia dan dunianya. Hahaha

Hari ni panjang pulak celoteh. Asalnya jumpa barang lama. Sekarang dah melarat cerita lama-lama pulak hahaha. Ok la readers. Lunch time ni nak pergi ambil Batrisyia dan Aqilah balik school coz Tok Mama dan Tok Abah nak datang. Petang ni nak ke masjid besi sebab cousin dari Kuantan kahwin hari ni. Tahniah Abang Annn.. Semoga jodoh berkekalan hingga syurga..

4 comments:

  1. Kenangan lama kalau manis boleh dikenang tapi yg mengguris pasangan sebaiknya tak payahlah dikenang lagi..

    Beruntung dah bahagia kan sekarang..

    ReplyDelete
  2. kau jangan tun...
    aku risau ada yang buat entry bermuka surat plak pasal ko...
    tapi dia dah move on kot...
    harap harap dah takde aktiviti stalk blog orang dah...

    ReplyDelete
  3. memula sweet je.. .ujung2 da macam garang.. ihhiih

    ReplyDelete
  4. Hahaha trigt jgk cmne sya tkezut giler tau akk clash n tup2 tkezut dpt brita akk dah nak kawen... Tp btl ckp akk jodoh di tgn Allah n Dia lg tau apa yg tbaik utk kita kn? Srnok tgk akk bhagia skrg... :D

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG