Monday, February 17, 2014

Monday Blues...

Alhamdulillah.. Hari Isnin hari pertama setiap minggu memulakan kerja. Monday Blues orang kata.. Hehehe.. Hari ni punch card tepat-tepat 7.30 pagi. Berdebar rasanya ingatkan punch card dah merah. Mertua Mimie dah datang rumah coz Majlis Aqiqah Aqilah minggu ni. Tu yang lambat dan kelam kabut sikit. Malam tadi tido lambat (0_o). Gosok baju kerja husband dan Mimie untuk seminggu punya. Dengan cuaca malam yang terasa panas. Buka air cond so feeling macam gosok baju di Cameron Highland. Hahaha. Pukul 12.30 malam baru siap menggosok.

Lepas gosok baju melihat anak-anak tido dengan nyenyaknya. Seronoknya jadi anak-anak. Selepas cium dahi anak-anak, Mimie melihat raut wajah suami. Hurrmmm.. Kesian suami selesema. Mesti berjangkit dari Mimie ni. Mula-mula kakak Batrisyia selesema. Kakak ni suka sangat cium adik Aqilah. Bila selalu cium adik pulak selesema. Bila adik selesema, Mimie pulak berjangkit selesema dari Aqilah. Lepas tu tido dengan suami, Mr. Tajul pulak selesema. Dah satu family selesema. (T_T)..

Hari ni nak apply cuti untuk hari Jumaat. Mr. Tajul cakap apply la cuti sehari sebelum majlis untuk persediaan majlis. Tak la kelam kabut nanti. Dah telefon buai berendoi datang hari jumaat malam. Mula-mula nak datang khamis malam. Mimie cakap pasang jumaat malam la. Bukan apa. Takut lunyai nanti tempat buaian tu jadi taman permainan kakak dan adiknya haha. Since Aqilah dah pandai merangkak ni merata tempat dah pergi. Tempat favourite adalah bawah meja makan. Hahaha..

Mama Abah Mimie datang jumaat ni. Tak sabar nak tunggu hari majlis sebab time majlis ni la dapat kumpul dua keluarga. Memang seronok. Ok la. Nak attend meeting jap lagi. Mood tak berapa sihat hari ni.. (T_T)


1 comment:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG