Wednesday, February 19, 2014

Nostalgia Mimie...

Belek-belek FB terjumpa gambar lama-lama. Since dari sekolah menengah, alam universiti dan alam kerjaya. Kenangan masam manis yang berharga dan telah mendidik Mimie menjadi insan yang berguna sekarang.

Mimie banyak sekolah. Abah Mimie penjawat awam. So merantau satu Malaysia. Satu Malaysia dah travel. Mimie ingat semua sekolah yang Mimie pernah sekolah. Setiap sekolah Mimie ada ramai kawan. Tapi Mimie minta maaf sangat sebab memang tak dapat ingat sebab terlalu banyak sekolah. Mimie cuma ada kawan baik sampai sekarang adalah dari Sekolah Menengah Teknik Terengganu sahaja. Haa... Ni listed sekolah Mimie.. Jangan terkejut pulak readers semua.. Hahaha..

1. Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang (Tahun 1-2)
2. Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Pulai Pinang (Tahun 3)
3. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Pulau Pinang (Tahun 3-6)
4. Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Kuantan, Pahang (Tahun 6)
5. Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kuantan, Pahang (Tingkatan 1)
6. Sekolah Menengah Taman Melati, Kuala Lumpur (Tingkatan 1)
7. Sekolah Menengah Bandar, Kuala Terengganu, Terengganu (Tingkatan 1-3)
8. Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu (Tingkatan 4-5)

Ni adalah perjalanan Mimie sepanjang persekolahan. Tahun depan ingat nak sambung master. Tapi Mr. Tajul nak sambung dulu. So Mimie beri laluan pada suami untuk sambung master dahulu tahun ni. Lepas tu baru Mimie sambung. Mr. Tajul cakap Mimie muda lagi. Mr. Tajul dah meningkat umur. Hahaha.. Beza kami 3 tahun. So kena bagi husband dulu la. hehe

Lagi pun Mimie masih mencari master yang sesuai. Kalau ikut Degree Mimie ada Business study major in finance. So ikut hati nak sambung Master in Business Administration (MBA). Tapi if nak related dengan kerja Mimie ada dua lagi pilihan. Sama ada nak ambil Master in Forensic Accounting and Financial Criminology di UiTM atau Master in Social Science (Corruption Studies) di UKM. Mr. Tajul tak kisah. Mr. Tajul sentiasa support Mimie especially melibatkan kerjaya dan study.

Ok la. Nak share picture lama Mimie. Next time kalau ada picture kami adik beradik masa kecil Mimie akan kongsikan di sini untuk tatapan anak cucu masa hadapan. Hehehe

SMKBDR 1998-2000

SMTT 2001-2002

DIPLOMA ACCOUNTANCY

BACHELOR IN BUSINESS ADMINISTRATION

KOSMA

MIROS

WORK NOW @ KUDAT


2 comments:

  1. mak ai... rajinnya nak sampai master da....
    eh.. muka mimi masa muda macam detektif lim gerak khas... hihiihi

    ReplyDelete
  2. Dkt sek bandar la sy dpt sorg kakak n alhamdulillah still keep in touch until now which is U! Gudluck for your master kak! :D

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG