Tuesday, February 25, 2014

Selesai Majlis Aqiqah Aqilah

Alhamdulillah. Selesai menunaikan tuntutan Aqiqah buat puteri kami Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin. Majlis berlangsung dengan meriahnya. Lebih kurang 300 tetamu hadir meraikan majlis puteri kedua kami.

Gambar-gambar sepanjang majlis Mimie letak dalam entry lain. Gambar dalam ni sikit-sikit dulu. Tunggu gambar dari photographer baru update dalam entry lain.

Mimie nak share persiapan dan tempahan yang Mimie buat. Mana la tau kot kot ade yang berkenan nak ambil pakej dari tempahan yang Mimie dah terima ni. Sebagai guideline mommies di luar sana untuk meraikan hari bersejarah anakanda tercinta.

Tempahan katering dan khemah diuruskan oleh Mr. Tajul. Mimie ambil dari Banting. Katering yang sama semasa majlis perkahwinan kami dan aqiqah kakak Batrisyia dulu.

Doorgift Mimie ambil dari FB "Lurvering Doorgift" Masa ni Mimie dapat harga promo 1jar + ribbon + printed sticker = RM1.00 sahaja.

Photographer Mimie dapat murah jugak. Mimie ambil dari FB "Dana Dania" Photographer namanya kak Qis. Tak sabar nak tunggu album. Katanya siap dalam masa seminggu. Harga pakej RM350. Pakej yang di sediakan adalah seperti di bawah. Wah.. Siap promo lagi.. Muahaahahaha...


Buaian berendoi Mimie ambil dari FB "Qalisya Buaian Berendoi" Pakej boleh pilih dari RM150-RM300.

Kumpulan marhaban Mimie ambil dari FB juga. Kumpulan Marhaban dari Shah Alam. Terima kasih sudi   hadir buat Kumpulan Marhaban Nurjannah. Sesiapa memerlukan perkhidmatan mereka boleh ke FB "Marhaban Nurjannah". Alunan zikir dan nasihat sangat-sangat menyentuh hati. Kami sekeluarga sangat-sangat gembira dengan doa-doa semua. Terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah selesai majlis. Lega sangat kami suami isteri. Terima kasih kepada semua keluarga dari Mimie dan suami. Terima kasih juga buat tetamu yang sudi hadir meraikan majlis. Terima kasih atas semua tempahan yang menjayakan majlis kami. Syukur Alhamdulillah.








4 comments:

  1. Salam perkenalan.. saya follow blog awak balik.. Comelnya Aqilah...

    ReplyDelete
  2. comelnya aqila...

    uhuhuh mimi sorry tak sempat datang... busy sampai terlupa... T___T

    ReplyDelete
  3. Allah.... comey nyer anak dara... yg kakak mana? prop pon cantik sgt...

    ReplyDelete
  4. comelllnya Aqilah..merah lagi! sgt cute..dekorasi pun cantik.. Alhamdulillah kan, dah selesai akikah..:)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG