Friday, March 28, 2014

Rezeki Awal Tahun 2014

Alhamdulillah... Salam Jumaat.. 3 hari tak menulis di blog kesayangan Mimie.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Amiiinnn..

Mimie nak kongsikan berita gembira dalam blog Mimie ni.. Hehehe.. Alhamdulillah hari Selasa baru-baru ni Mimie telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 sebagai kakitangan dan penjawat awam. Dalam tahun ini juga Abah Mimie menerima APC yang sama dengan dengan Mimie. Cuma kami dalam kementeriaan yang berbeza. Dan lagi.. Adik lelaki Mimie yang bertugas sebagai Pegawai Polis menerima sijil Penghargaan sempena Hari Polis ke-207. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat dengan rezeki kurniaan Allah buat kami sekeluarga. Oh hampir lupa.. Sorang lagi adik lelaki Mimie yang akan berkhidmat sebagai guru telah mendapat penempatan di Terengganu pada 1 April 2014. Untung yer.. Dah la bujang. Nasib tak di tempatkan di Sabah Sarawak. Alamatnya susah la nak jumpa.. Hehehe.. Kalau tak salah sekolah di bandar Kemaman, Terengganu. Tak jauh dari Kuantan. Untung la... Hahahaha

Tahun ni tahun kecemerlangan keluarga Haji Sabri dan Hajjah Raimah. Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga. Amiiinnnn..

Ok.. Hari Isnin dan Selasa ni Mr. Tajul nak bawa Mimie dan anak-anak ke Johor Bahru. Orang dah habis cuti baru nak cuti.. hahahaha.. Masih dalam perancangan tempat apa nak melawat nanti di JB. Selalu pergi atas urusan kerja. Ni bila bawa famili kena explore lebih sikit area JB ni. Ok reader.. Jumpa lagi.. Papaii...




Wednesday, March 19, 2014

Musim Kahwin

Haaaa.... Minggu depan dah start cuti sekolah. So banyak la dapat jemputan perkahwinan. Tahniah kepada rakan-rakan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Semoga bahagia sehingga akhir usia.

Minggu ni Mimie balik pahang. Sepupu perempuan Mimie kahwin di pahang. Pasangannya orang Negeri Sembilan. 29hb nanti majlis sambut menantu. Kalau takde aral boleh datang juga majlis sambut menantu ni. Mimie, suami dan anak-anak nak balik Pahang 23hb Mac ni. Pergi balik hari jer. Huhu.. Betul-betul kena datang sebab memang close sangat dengan cousin Mimie sorang ni. Semoga bahagia dengan pasangan pilihan hati sehingga syurga..

Opsss.. Lupa nak share satu lagi berita gembira. Alhamdulillah.. Tahun ni Mimie dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013. Syukur atas rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT buat Mimie dan keluarga. Cantik dah buku servis Mimie.. Hahahaha... (^_____^)

Notakakitangan: Hidup itu indah bila bersama orang yang dicintai.. Weeee............

Monday, March 17, 2014

Weekand with Our Kiddos



Weekand dengan suami dan anak-anak ni memang seronok.. Hari minggu ni la nak kemas rumah, hari minggu ni la anak-anak penuhkan aksesori mereka kat ruang rumah. Hahaha..

Apa-apapun memang seronok melihat perkembangan anak-anak setiap hari. Semoga anak-anak Mama dan Ayah membesar dengan sihat, cemerlang dan solehah.. Ammminnnn..

Thursday, March 13, 2014

Kalau dah gugurl

Lately ni suka bebenor mewarna (^_^)

Mama : Kenapa muka Noddy warna purple?
Batrisyia : Mestila sebab saya suka purple dan pink.

Erkk.. Macam mana terpengaruh dengan warna pink and purple ni..
Topi Noddy tu warna biru sebab Mama yang suruh guna warna lain. Kalau tak semuanya jadi warna purple dan pink. Oh anak dara sorang ni..

Hasil tangan kakak Batrisyia

Tuesday, March 11, 2014

Turun 5 Kilo....???

Hari ni tergerak hati nak menimbang berat badan. Masa Aqiqah Aqilah hari tu memang nampak chubby habis. Hahaha.. Sampai kawan ofis Mr. Tajul yang datang meraikan majlis aqiqah pun tegur Mimie nampak berisi. Muahahaha..

So bila dah ada yang tegur macam tu hati ni pun gundah gulana. Mau taknya.. Dah ada tegur Mimie chubby.. Hehehe.. Diet...??? Hurmm.. Tak la diet. Mimie cuma ambil breakfast jer sekarang. Lunch dah malas nak ambil sebab habiskan masa dengan Aqilah di Taska KBS. Mr. Tajul ajak lunch sama tapi Mimie tak makan hehe... Teman jer.. Dinner mesti masak tapi untuk Mr. Tajul dan anak-anak. Kira diet ke ni? Hahahaha..

So tadi timbang dah turun 5 kilo. Fuh.. Lega rasanya. Kita ni memang tak perasan badan naik. Tambah-tambah Mimie. Mana taknya sebab baju masa zaman anak dara dulu masih boleh pakai. Tu la pasal tak sedar diri badan duk naik hehe.. Ke sebab baju anak dara dulu besar-besar? Ish.. Mana mungkin.. Anak dara dulu slim melim badan haha.. Sekarang tak la slim macam anak dara. Tapi Tak gemuk gedempol haha.. BMI still ok. BMI cukup-cukup nafas nak limited je.. Hahaha..

Jaga kesihatan melalui pemakanan. Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Muahahaaha....

Ni adik bongsu Mimie

Kami ni mmg suka gmbr haha


Monday, March 10, 2014

Hati Manusia pelbagai rupa...

Hati manusia ni kita tak boleh duga. Kalau dulu pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain dah tak boleh pakai sebab rambut sekarang pun dah macam-macam warna apatah lagi hati manusia.

Memang senang nak nasihat orang. Tak baik buat macam tu. Maafkan orang. Saya maafkan awak. Kena positive. Hurmm... Semua nasihat kat atas ni elok kan. Tapi ada juga hamba Allah ni dok canang perkara baik dan bagi nasihat positive kat orang dan kononnya diri memaafkan orang lain tapi dalam masa sama dok sibuk doa perkara tak baik pada orang lain. Dok sibuk mengutuk sakit hati dengan orang lain. Dok sibuk bagi fitnah dengan cerita benda-benda tak betul dgn kenalannya.

Hurmm.. Mr. Tajul nasihat tak baik buruk sangka atau beri andaian buruk pada orang. Masalahnya bukan buruk sangka. Sudah terang lagi bersuluh. Tapi Mr. Tajul ni selalu beri nasihat positive. Penting ada suami yang menenangkan dan mendamaikan ni. He's very nice person. Mr. Tajul sangat baik orangnya. Even ade hamba Allah yang tuduh bukan-bukan pasal die pun die akan ambil positive. Tu antara die dengan Allah. Dosa fitnah yang hamba Allah ni sebarkan biarlah hamba Allah ni tanggung.

Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Allah menentukan segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai manusia kena redha pada qada dan qadar. Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya perkara yang baik itu sentiasa dari Allah SWT. Dan yang buruk itu dari kekurangan manusia. Sebagai hamba Allah kita perlu perbaiki diri supaya lebih baik dari sebelumnya. Yang buruk dijadikan sempadan. Yang baik dijadikan teladan.

Thursday, March 6, 2014

Mama.. Nak adik baby dalam perut..

Ayoyoyo...

Ni statement kakak Batrisyia. Mama.. Boleh tak icha nak adik baby dalam perut mama lagi? Opppsss... Nak jawab ape bila kakak Batrisyia tanya macam ni. Ni kes buat 3D Aqilah dulu. Teringat la tu baby Aqilah dalam perut Mama..

Mimie cakap tanya ayah boleh ke tak. Then kakak tanya ayah boleh tak nak baby dalam perut Mama. Mr. Tajul ni boleh sengih pandang Mimie dan cakap BOLEH. Wah wah wah.. Anak beranak ni. Kemain lagi yer.. Hahaha..

Mimie sekarang tak ambil perancang. Risau juga la if tetiba Aqilah dapat adik. Bukan nak tolak rezeki tapi Mimie sekarang tengah fully breastfeeding Aqilah. Mimie ni pulak jenis cepat lekat. Memang risau. Hahaha. Tapi if ade rezeki kami tak tolak. InshaaAllah..

Hari ni Mr. Tajul balik dari kursus di Perak. Hurmm.. Tak sabar nak tunggu 4.30 petang. Nak terus balik ambil anak-anak dan sediakan dinner yang sedap-sedap. Lepas dinner boleh la nak berkepit sepanjang malam ni dengan Mr. Tajul. Muahahaha.. (^_________^)


Tuesday, March 4, 2014

Udara dan Air

Udara dan air adalah anugerah Allah yang tak ternilai. Dugaan buat kami di Selangor sekarang. Catuan air 2 hari ada air 2 hari tiada bekalan air. Apa-apa pun tetap bersyukur dan belajar menerima keserdehanaan hidup. Dalam masa yang sama cuba menghayati nasib insan-insan yang hidup dalam kekurangan sumber air.

Air takde kat rumah semalam dan hari ni. InshaAllah esok akan sambung semula bekalan air. Cukup buat kami sekeluarga. 2 tong air besar untuk simpanan. Tambahan pula ada air tangki di rumah. Kami empat beranak jer pun. Bila time masak terasa macam main pondok-pondok. Ceduk air sikit-sikit untuk basuh beras dan memasak. Sikit-sikit pun mesti jernih air beras tu. Dah tabiat. Heehe..

Kalau ikut hati memang nak makan luar. Tapi kat kedai air pun takde. Risau masalah kebersihan. Tambahan pula anak-anak baru sihat dari demam. Mimie pulak jenis perut sensitif. Senang nak dapat CB kalau makanan tak bersih. Cegah sebelum kena tak salah kan..

Fast Food? Mimie dan suami tak galakkan pemakanan fast food. Especially McD. Lama dah tak makan. Since pregnant Aqilah. Masa tu sibuk boikot Israel terus tak makan hahaha. Fast food paling suka Subway je la. Hehe.. Sandwich yang sihat. KFC dan pizza domino pun suka juga. Cuma macam Mimie cakap tadi. Boleh makan tapi tak boleh selalu. Jaga kesihatan. Sebab penyakit ni bermula dari perut.

Petang semalam keluar ofis untuk balik ambil si kecil Aqilah. Terasa kelam je mata. Teruk betul jerebu dari Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi. Kat kawasan rumah tak hujan lagi. Cuaca teruk sangat. Udara tak bersih. Bau pun macam asap jer. Kesian kat anak-anak tak dapat buat aktiviti luar. Tak dapat ke playground. Tak dapat main basikal. Kesian kakak dan adik. Duk umah tengok kartun je la.

Sekarang weekand kena duk rumah je la selagi udara tak okay. Hurmm.. Semoga hujan turun di kawasan rumah kami.

Monday, March 3, 2014

Latihan dan Ujian Menembak

Minggu lepas arahan dari pihak atasan wajib LULUS ujian menembak. Dibekalkan 22 butir peluru hidup. Syarat lulus 100 markah sahaja. Hurmm... Bullets yang diambilkira hanya 20 bullets sahaja. lagi 2 bullets tu untuk regangan tangan sebelum menembak. Senjata digunakan Glock.

Ahamdulillah dah lulus. Dah hampir 2 tahun tak menembak. Skill masih sama. Hahaha. Last menembak tahun 2012. Johan kumpulan menembak jabatan. 2010 masa mengandung Batrisyia dulu naib johan menembak wanita bahagian Mimie. Terboyot-boyot bawa perut masa ambil medal. Ramai sorak tau. Sapa kata wanita mengandung tak boleh menembak tepat. Hahaha

Di sini kami menembak

Detail sedia..

175/200 bullets Ada berani kah? Hahaha

Saturday, March 1, 2014

1 Mac 2008 ♥♥♥ 1 Mac 2014

Happy Anniversary perkenalan kami yang ke 6. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah genap 6 tahun perkenalan kami bermula dari satu panggilan telefon dan seterusnya melangkah step by step ke step bercinta lepas tu step bertunang lepas tu step perkahwinan sehingga kini. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami hingga akhir usia Amiiinnn....

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG