Friday, March 28, 2014

Rezeki Awal Tahun 2014

Alhamdulillah... Salam Jumaat.. 3 hari tak menulis di blog kesayangan Mimie.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Amiiinnn..

Mimie nak kongsikan berita gembira dalam blog Mimie ni.. Hehehe.. Alhamdulillah hari Selasa baru-baru ni Mimie telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 sebagai kakitangan dan penjawat awam. Dalam tahun ini juga Abah Mimie menerima APC yang sama dengan dengan Mimie. Cuma kami dalam kementeriaan yang berbeza. Dan lagi.. Adik lelaki Mimie yang bertugas sebagai Pegawai Polis menerima sijil Penghargaan sempena Hari Polis ke-207. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat dengan rezeki kurniaan Allah buat kami sekeluarga. Oh hampir lupa.. Sorang lagi adik lelaki Mimie yang akan berkhidmat sebagai guru telah mendapat penempatan di Terengganu pada 1 April 2014. Untung yer.. Dah la bujang. Nasib tak di tempatkan di Sabah Sarawak. Alamatnya susah la nak jumpa.. Hehehe.. Kalau tak salah sekolah di bandar Kemaman, Terengganu. Tak jauh dari Kuantan. Untung la... Hahahaha

Tahun ni tahun kecemerlangan keluarga Haji Sabri dan Hajjah Raimah. Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga. Amiiinnnn..

Ok.. Hari Isnin dan Selasa ni Mr. Tajul nak bawa Mimie dan anak-anak ke Johor Bahru. Orang dah habis cuti baru nak cuti.. hahahaha.. Masih dalam perancangan tempat apa nak melawat nanti di JB. Selalu pergi atas urusan kerja. Ni bila bawa famili kena explore lebih sikit area JB ni. Ok reader.. Jumpa lagi.. Papaii...




6 comments:

  1. Alhamdulillah dan tahniah dari kakak buat Mimie, papa dan adik Mimie juga.

    ReplyDelete
  2. tahniah buat mimie dan family..
    selamat bercuti..

    ReplyDelete
  3. tahniah dear... happy for u...

    ReplyDelete
  4. wow! Alhamdulillah...TAHNIAH Mimie..moga terus cemerlang dlm kerjaya ye...:)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh tahun cemerlang gitu... Tahniah...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..tahniah utk mimie sekeluarga,moga terus dimurahkan rezeki ye

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG