Tuesday, March 4, 2014

Udara dan Air

Udara dan air adalah anugerah Allah yang tak ternilai. Dugaan buat kami di Selangor sekarang. Catuan air 2 hari ada air 2 hari tiada bekalan air. Apa-apa pun tetap bersyukur dan belajar menerima keserdehanaan hidup. Dalam masa yang sama cuba menghayati nasib insan-insan yang hidup dalam kekurangan sumber air.

Air takde kat rumah semalam dan hari ni. InshaAllah esok akan sambung semula bekalan air. Cukup buat kami sekeluarga. 2 tong air besar untuk simpanan. Tambahan pula ada air tangki di rumah. Kami empat beranak jer pun. Bila time masak terasa macam main pondok-pondok. Ceduk air sikit-sikit untuk basuh beras dan memasak. Sikit-sikit pun mesti jernih air beras tu. Dah tabiat. Heehe..

Kalau ikut hati memang nak makan luar. Tapi kat kedai air pun takde. Risau masalah kebersihan. Tambahan pula anak-anak baru sihat dari demam. Mimie pulak jenis perut sensitif. Senang nak dapat CB kalau makanan tak bersih. Cegah sebelum kena tak salah kan..

Fast Food? Mimie dan suami tak galakkan pemakanan fast food. Especially McD. Lama dah tak makan. Since pregnant Aqilah. Masa tu sibuk boikot Israel terus tak makan hahaha. Fast food paling suka Subway je la. Hehe.. Sandwich yang sihat. KFC dan pizza domino pun suka juga. Cuma macam Mimie cakap tadi. Boleh makan tapi tak boleh selalu. Jaga kesihatan. Sebab penyakit ni bermula dari perut.

Petang semalam keluar ofis untuk balik ambil si kecil Aqilah. Terasa kelam je mata. Teruk betul jerebu dari Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi. Kat kawasan rumah tak hujan lagi. Cuaca teruk sangat. Udara tak bersih. Bau pun macam asap jer. Kesian kat anak-anak tak dapat buat aktiviti luar. Tak dapat ke playground. Tak dapat main basikal. Kesian kakak dan adik. Duk umah tengok kartun je la.

Sekarang weekand kena duk rumah je la selagi udara tak okay. Hurmm.. Semoga hujan turun di kawasan rumah kami.

3 comments:

  1. Samalah di JB ini Mimie. Hujan tak turun merata lagi. Jerebu tapi taklah seteruk di sana. Tapi kelihatan bagaikan mendung tu sama.

    Yg penting jaga anak-anak Mimie yg masih kecil lagi.

    Makan di rumah sebenarnya lagi terjamin apa lagi dlm keadaan air dicatu ni.

    ReplyDelete
  2. mimi... xde air mmg stress...
    uhuhuh semua kena catu. minum air buang air.... tp redha... dugaan mengajar kita jadi lebih baik. =)

    ReplyDelete
  3. MOga krisis Air Selangor ni tak berterusan lah kan..kesian kat warga Selangor...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG