Monday, April 28, 2014

Misi Baju Raya

Tak lama lagi Rejab. Lepas tu masuk Syaaban. Then Ramadhan. Sebelum tempahan menjahit baju ni tutup. Tindakan pantas adalah hantar baju sekarang. Hehehe..

Tailor favourite Mimie adalah makcik Timah yang duduk Presint 11. Makcik Timah ni jahit baju cantik dan kemas. Lepas tu rasa selesa sangat baju bila pakai. Baju nikah Mimie dulu makcik Timah ni la yang jahit.

Hantar kain 7 pasang. Ada baki 5 pasang lagi kain pasang yang tak hantar. Husband suruh hantar separuh dulu. Kenapa la banyak sangat kain pasang ni.. Ni kes baju tak dapat jahit untuk raya tahun lepas sebab lepas preggy tempahan dah tutup. Uwaa... Nangis I.. Hahaha.. Kain banyak pemberian Mama dari Vietnam dan Indonesia.




Wednesday, April 23, 2014

Kursus Faraid 2

Sorry kepada reader semua. Mimie kursus 3 hari bermula semalam sampai esok. Tak dapat nak BW korang. Hutang dulu yer. Balik kursus nanti Mimie terjah blog uolss..

Kursus Faraid di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Alhamdulillah hari kedua banyak ilmu tentang pembahagian harta melalui faraid. Cara pengiraan yang digunakan. Sapa yang boleh terima sapa yang tak boleh. Selalunya fahaman kita kalau ada ada anak lelaki baru kuat nak dapat bahagian pusaka. Mentality masyarakat kita macam tu. Sebenarnya anak perempuan pun boleh dapat bahagian faraid. Nanti ada masa Mimie share cara pengiraan faraid ni dan sapa yang boleh terima.

Ok. Break time tamat. Nak sambung pukul 11 sampai pukul 1.00 petang..

Monday, April 21, 2014

When she praying...

Alhamdulillah... Anakanda Batrisyia membesar dengan pintar. Maghrib malam tadi Mimie berjemaah bersama suami dan Batrisyia. Aqilah pulak duduk celah antara kami masa tengah solat. Sangat behave sebab tak ganggu Mama Ayah dan kakaknya solat.

Sepanjang bersolat, Batrisyia membaca dengan kuat. Haha.. Maybe dekat school teacher ajar melakukan perbuatan dalam solat dengan bacaan yang kuat supaya mudah di hafal. Maksud kuat ni bukan la terjerit-jerit. Bacaan kuat dari kita baca macam selalu.

Bacaan Al-Fatihah sangat lancar. Alhamdulillah. Kemudian bacaan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyyat awal dan akhir sungguh lancar. Mama sangat kagum kakak tak sampai umur 4 tahun dah hafal semuanya. Subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah pinjamkan buat Mama dan Ayah.

Semoga kakak dan adik menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Mama dan ayah sayang sangat anak-anak semua.



Wednesday, April 16, 2014

Tuesday, April 15, 2014

Breastfeeding is Awesome

Alhamdulillah bulan ni Aqilah dah nak masuk 11 bulan. Bersyukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang Mimie menyusu Aqilah fully breastfeeding.

Masa Batrisyia, Mimie sempat menyusu sepenuhnya tanpa susu formula hanya 3 bulan dan meneruskan susu badan sehingga umur Batrisyia 8 bulan. Lepas tu Batrisyia taknak DF dah. Sedih juga masa tu. Sebab tu masa Aqilah, Mimie sedaya upaya untuk menyusu Aqilah tanpa menggunakan susu formula. Target sampai umur 1 tahun. If lebih amat-amat bersyukur dengan limpahan rezeki dari Allah untuk anak kami ni. So far sampai sekarang masih belum menggunakan susu formula. Alhamdulillah.

Tips nak banyakkan susu ni macam-macam Mimie cuba. Mimie amik shaklee untuk banyakkan susu. Then orang cakap banyakkan minum air kurma merah. Air kurma merah ni bukan Mimie je minum. Mr. Tajul pun join sekaki jugak minum hahaha.. Sedap ler tu kot.. hehehe.. Then minum susu kambing, ambil protein lebih. Alhamdulillah berkat usaha dan doa kepada Allah SWT sehingga kini susu masih cukup dan kenyang buat anak kami.

Ok readers nanti Mimie BW korang yer. Mommies yang bakal melahirkan baby dan yang masih menyusu baby jangan give up. Ingat yer.. Usaha+Doa+Tawakal=InshaaAllah berjaya. ♥♥♥

Monday, April 14, 2014

Aktiviti hujung Minggu

Nice date today.. 14.04.14. Hehehe... Semalam weekand Mr. Tajul bawa Mimie dan anak-anak dalam misi mencari bahan bacaan. So destinasi terdekat adalah MPH Alamanda Putrajaya. Hurmmm... Hasil buku non ado... Kenapa???? Ya Allah... Ramainya orang dalam MPH. Susah nak pilih buku. Lagipun buku dah tak banyak pilihan. Buku-buku menarik untuk anak-anak sudah banyak disambar orang.. Huhuhu.. Then masa beratur nak bayar tak payah cakap la Q memanjang. So misi mencari bahan bacaan minggu ini dibatalkan. Next time la kakak dan adik ye Mama dan Ayah bawa kamu semua lagi..

Lepas ke Alamanda kami melawat cousin Mimie dapat baby boy. Hari semalam dah hari ke 20 umur baby. Ariq Tashriq namanya. Sedap betul hehe.. So cerita la pengalaman wife cousin ni bersalin ceaser. Mimie ni dua-dua anak bersalin normal so nak tau jugak pengalaman bersalin ceaser ni. Lepas dengar pengalaman ceaser ni Mimie bersyukur kepada Allah memberi peluang Mimie bersalin secara normal coz bila bersalin normal suami ada di sisi memberi kata-kata semangat semasa berjuang melahirkan zuriat buatnya. Dan yang paling penting sentiasa menghargai isteri setelah melihat isteri bertarung nyawa melahirkan anak. Alhamdulillah. Namun bagi yang ceaser suami juga ada menunggu isteri selesai pembedahan untuk menanti insan yang mereka sayang. Tak kisah la bersalin normal atau ceaser yang penting ibu dan anak selamat.

Lepas maghrib balik sampai je rumah mandikan anak-anak. Then sesi melipat baju dan menggosok baju bermula. Baju kerja Mr. Tajul untuk seminggu, baju kerja Mimie untuk seminggu, uniform sekolah Batrisyia untuk seminggu. Prepare barang anak-anak nak ke sekolah esoknya. Kemas itu ini. Last-last masuk tido hampir jam 1.30 pagi. Anak-anak dan ayahnya dah lama dibuai mimpi.


my sweetheart
Malam tadi punya citer adik kacau kakak tido. look a smile at her face
new fashion wearing bawal for today. creadit to FB. TQ

Thursday, April 3, 2014

Vacation Johor Bahru

Entry pertama bulan April. Mood baru balik bercuti. Mood nak menulis ke laut dah ni.. Tapi nak share juga percutian di Johor Bahru. Terima kasih Mr. Tajul atas percutian yang menarik untuk isteri dan anak-anak kita. 

Percutian di Johor Bahru kali ini adalah untuk anak-anak kami. Bawa Batrisyia dan Aqilah ke Hello Kitty Town di Puteri Harbour, Nusajaya. Kami menginap di Puteri Pacific Hotel yang terletak betul-betul di tengah kotaraya Johor Bahru.

Hello Kitty Town ni memang seronok. Tambah-tambah untuk anak yang gugurl macam anak-anak kami. Ade pakej combo Hello Kitty Town dengan The Little Big Club. Tapi bila search pengalaman Mommy Blogger yang pernah bawa anak ke sini, mereka lebih suggest ke Hello Kitty Town sebab more fun.

Hello Kitty Town masuk RM55 per person. Kanak-kanak pun same price start umur 3 tahun dan ke atas. Dalam Hello Kitty Town ada 10 station yang kita boleh enjoy dengan anak-anak. Dan mempunyai 6 aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama anak-anak. Contohnya buat biskut Hello Kitty dan makan, buat jewellery gelang Hello kitty dengan anak-anak. Suka Batrisyia dapat pakai gelang Hello Kitty yang di buat sendiri. Hehehe. Lepas tu ada aktiviti menyelamatkan Hello Kitty yang ditangkap. Part ni Batrisyia tak suka sebab tempat dia horror sikit untuk anak-anak. Dan Batrisyia look upset sebab Hello Kitty kena ikat dalam penjara. Hehehe..

The next day tu kami ke Johor Premium Outlet. Takde menarik sangat sebab tak banyak sale. So lepas cuci mata tu kami pun balik ke KL. Apa-apapun Mama dan Ayah seronok sangat bila anak-anak happy..











WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG