Monday, April 14, 2014

Aktiviti hujung Minggu

Nice date today.. 14.04.14. Hehehe... Semalam weekand Mr. Tajul bawa Mimie dan anak-anak dalam misi mencari bahan bacaan. So destinasi terdekat adalah MPH Alamanda Putrajaya. Hurmmm... Hasil buku non ado... Kenapa???? Ya Allah... Ramainya orang dalam MPH. Susah nak pilih buku. Lagipun buku dah tak banyak pilihan. Buku-buku menarik untuk anak-anak sudah banyak disambar orang.. Huhuhu.. Then masa beratur nak bayar tak payah cakap la Q memanjang. So misi mencari bahan bacaan minggu ini dibatalkan. Next time la kakak dan adik ye Mama dan Ayah bawa kamu semua lagi..

Lepas ke Alamanda kami melawat cousin Mimie dapat baby boy. Hari semalam dah hari ke 20 umur baby. Ariq Tashriq namanya. Sedap betul hehe.. So cerita la pengalaman wife cousin ni bersalin ceaser. Mimie ni dua-dua anak bersalin normal so nak tau jugak pengalaman bersalin ceaser ni. Lepas dengar pengalaman ceaser ni Mimie bersyukur kepada Allah memberi peluang Mimie bersalin secara normal coz bila bersalin normal suami ada di sisi memberi kata-kata semangat semasa berjuang melahirkan zuriat buatnya. Dan yang paling penting sentiasa menghargai isteri setelah melihat isteri bertarung nyawa melahirkan anak. Alhamdulillah. Namun bagi yang ceaser suami juga ada menunggu isteri selesai pembedahan untuk menanti insan yang mereka sayang. Tak kisah la bersalin normal atau ceaser yang penting ibu dan anak selamat.

Lepas maghrib balik sampai je rumah mandikan anak-anak. Then sesi melipat baju dan menggosok baju bermula. Baju kerja Mr. Tajul untuk seminggu, baju kerja Mimie untuk seminggu, uniform sekolah Batrisyia untuk seminggu. Prepare barang anak-anak nak ke sekolah esoknya. Kemas itu ini. Last-last masuk tido hampir jam 1.30 pagi. Anak-anak dan ayahnya dah lama dibuai mimpi.


my sweetheart
Malam tadi punya citer adik kacau kakak tido. look a smile at her face
new fashion wearing bawal for today. creadit to FB. TQ

6 comments:

  1. mimi pun terpengaruh dgn tudung cmtu gak ye... hihihi

    ReplyDelete
  2. lin.. asalkan menutup dada hihihi

    ReplyDelete
  3. singgah n follow back
    keep in touch

    ReplyDelete
  4. Adik belum mengantuk kacau kakak yg dah lena ye:) Tak mengantuk atau sebab mummy tak tidur adik pun tak tidur lagi:)

    Bawal kalau pandai gayakan pun cantik juga..

    ReplyDelete
  5. tudung menarik..!! tetibe rasa nak buat pada tudung bawal saya yang banyak2 tu.. :)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG