Thursday, April 3, 2014

Vacation Johor Bahru

Entry pertama bulan April. Mood baru balik bercuti. Mood nak menulis ke laut dah ni.. Tapi nak share juga percutian di Johor Bahru. Terima kasih Mr. Tajul atas percutian yang menarik untuk isteri dan anak-anak kita. 

Percutian di Johor Bahru kali ini adalah untuk anak-anak kami. Bawa Batrisyia dan Aqilah ke Hello Kitty Town di Puteri Harbour, Nusajaya. Kami menginap di Puteri Pacific Hotel yang terletak betul-betul di tengah kotaraya Johor Bahru.

Hello Kitty Town ni memang seronok. Tambah-tambah untuk anak yang gugurl macam anak-anak kami. Ade pakej combo Hello Kitty Town dengan The Little Big Club. Tapi bila search pengalaman Mommy Blogger yang pernah bawa anak ke sini, mereka lebih suggest ke Hello Kitty Town sebab more fun.

Hello Kitty Town masuk RM55 per person. Kanak-kanak pun same price start umur 3 tahun dan ke atas. Dalam Hello Kitty Town ada 10 station yang kita boleh enjoy dengan anak-anak. Dan mempunyai 6 aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama anak-anak. Contohnya buat biskut Hello Kitty dan makan, buat jewellery gelang Hello kitty dengan anak-anak. Suka Batrisyia dapat pakai gelang Hello Kitty yang di buat sendiri. Hehehe. Lepas tu ada aktiviti menyelamatkan Hello Kitty yang ditangkap. Part ni Batrisyia tak suka sebab tempat dia horror sikit untuk anak-anak. Dan Batrisyia look upset sebab Hello Kitty kena ikat dalam penjara. Hehehe..

The next day tu kami ke Johor Premium Outlet. Takde menarik sangat sebab tak banyak sale. So lepas cuci mata tu kami pun balik ke KL. Apa-apapun Mama dan Ayah seronok sangat bila anak-anak happy..











2 comments:

  1. wahhhhh menariknyer hello kitty town tu... kena tunggu anak dara tu besar sikit ni he3

    ReplyDelete
  2. seronoknya mama hello kitty tu...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG