Friday, May 30, 2014

Happy birthday Aqilah

Alhamdulillah Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin is turn 1 hari ni. Genap jam 0837hrs lahir srikandi Mimie dan Mr. Tajul yang kedua. Subhanallah. Terima kasih kepada Allah SWT kerana meminjamkan puteri-puteri yang comel dan sihat. Semoga anak-anak kami menjadi anak yang solehah dan diberkati olehMu Ya Allah. Aminn..

Terkenang detik kelahiran puteri kedua. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan melahirkan anak kepada Mimie. Dari anak pertama dan kedua ni memang sangat mudah bersalin. Masa bersalinkan Aqilah masuk labour room pukul 0825hrs. Baby terus keluar jam 0837hrs ditemankan suami di sisi. Kucupan Mr. Tajul pada dahi Mimie dan ucapan terima kasih dengan kegembiraan sejurus sahaja melahirkan puteri kedua sangat menyentuh hati Mimie. Hilang semua sakit yang dialami saat bertarung nyawa melahirkan anak secara normal.

Alhamdulillah. Allahuakbar. Subhanallah.

Selamat ulang tahun kelahiran Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin. ♥♥♥

**tahun depan mama bagi adik boleh? Hahahaha...

Wednesday, May 28, 2014

PELIHARA TALI SILATURRAHIM

Sabda Nabi s.a.w : " Hubungilah orang yang telah memutuskan hubungan denganmu dan berilah orang yang memberikan kepadamu serta maafkanlah orang yang menganiyai dirimu.



Semoga Allah memberi keberkatan hidup dan diberikan petunjuk ke jalan yang benar. Niat semua kerana Allah SWT..

Sunday, May 25, 2014

Mermaid katanya...

Hurmmm siapa lagi kalau bukan kakak Batrisyia. Suka bebenor main air. Nak jadi mermaid katanya. She's so brave sampai berani meniti tepi pool di tempat dalam tanpa pelampung. Sabar je la. Tapi nak larang memang Mimie tak buat. Nak bagi kakak explore sendiri. Mama proud dengan kakak. Hehehe...

Adik pulak atas dukung mama. Main air di tangga pool. Suka juga budak kecik ni main air. Mengelekek ketawa. Ohh lupa pulak. Mr. Tajul bawa kami ke Johor Bahru. Hurmm JB lagi kan. Nak buat macam mana dah jadi panel temuduga di JB. So datang la lagi kat sini. Esok baru balik. Lepas habis interview baru Mr. Tajul dapat bawa Mimie dan anak-anak jalan. Nak cari lai chee kang sedap kat tempat kami makan sebelum ni. Terbayang-bayang pulak..

Ok readers.  Till we meet again... papaiii...

Thursday, May 22, 2014

Hari Belia 2014

Masuk bulan Mei acara tahunan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Hari Belia 2014. Dari Belia untuk Belia.. Tahun lepas masa tengah sarat mengandung Aqilah sempat lagi menapak Hari Belia ni. Tahun ni InshaaAllah akan menjelajah gerai-gerai di Hari Belia. Mr. Tajul dah sibuk bertugas sepanjang Hari Belia tahun ni.

Malam ni dah mula acara Belia Berselawat. Esok akan bermula acara-acara lain. Selain tu Jom Heboh pun ada. Gerai dan pameran. Aktiviti sukan and bikers. Banyak acara yang ada. Jom la datang beramai-ramai.. hehehe

Sekarang ni Jalan area Putrajaya dah banyak yang tutup. Pentas utama melintang depan Presint 2 dekat MOF. Gerai sepanjang jalan. Hurmmm... Yang pasti start malam ni sampai hari Ahad confirm jemmm...

Mr. Tajul bertugas sampai hari Sabtu. Sabtu petang Mr. Tajul akan ke Johor Bahru sebagai panel temuduga untuk jawatan Pegawai Belia. Hari Ahad dah mula interview coz Johor sekaranng dah mula kerja hari Ahad. 3D 2N. Interview hari Ahad dan Isnin. Mimie pun apply cuti hari Isnin sebab nak teman hubby.. Kekekeke... Actually nak bawa anak-anak jalan sekali. Luangkan masa untuk anak-anak. That's why this week tak banyak menulis sebab focus 100% pada work supaya nak cuti hari isnin nanti takde orang calling-calling pasal kerja. Hehehe

Ok readers.. Papaiii.........

Thursday, May 15, 2014

Frozen

When my daughter fall in love with this movie.. hurmm... Sabar je la... Dah tak tau berapa kali langgan dengan astro. Sekali langgan sepuluh hinggit. Tak campur tax lagi. Nampaknya memang kena cari DVD ni. Baru berbaloi.

Kakak dan adik ni suka betul dengan frozen. Princess Elsa of course la kakak Batrisyia. Suka sangat bila nyani let it go dengan tarian sekali. Then second song lagu Do you want to build a snowman. Suka betul dua beradik ni..

Cerita ni bagus coz kasih sayang antara dua beradik.. semoga anak-anak Mama dan Ayah sentiasa bersama-sama dan berjaya di bawah rahmat Allah. Aminn..

Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu buat Mama dan Ummie. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesihatan buat bonda-bonda Mimie tercinta. Hari ni nak celebrate dengan Mama Mimie coz Mama datang KL. Sayang Mama dan Ummie selamanya..

Saturday, May 10, 2014

New hobby

Hobby baru yang tak pernah selesai. Alahai.. bila la nak ada betul-betul masa untuk menjahit. Bermula dengan mesin kecil comel ni. Tapi tak berkesempatan nak menggunakannya. Bila dah expert bileh mintak Mr. Tajul belikan mesin besau... hehehe ♥♥♥

Wednesday, May 7, 2014

Tak perlu nak compare kot...

Setiap pasangan mempunyai kelebihan masing-masing. So tak perlu la kot nak compare or cemburu dengan kehidupan alam rumah tangga orang lain.

Macam Mimie dan suami memang suka bergambar bersama. Kami pun memang suka upload gambar kami di FB or insta. Mimie pun memang suka upload gambar kami bersama dan anak-anak di blog Mimie. So yang rasa sentap nak tengok tu tak payah la tengok yer.

Lagipun bersyukur la dengan pasangan masing-masing. Redha dengan jodoh ketentuan Allah. Mimie bertuah dapat berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia dan bujang. So yang mana dapat kahwin dengan bekas laki orang or bukan orang Malaysia redha je la. Tu kan pilihan hati sendiri. Yang penting bahagia okay.

Teringat pada seorang cousin Mimie yang berkahwin dengan orang Indonesia yang dah bercerai dan mempunyai seorang anak. Banyak kali Mimie bising sebelum dia kahwin. Tapi bila dah kahwin dan boleh bahagiakan cousin rapat Mimie membuatkan Mimie gembira. Jaga apa yang ada. So jangan kisahkan kehidupan orang lain.

Tuesday, May 6, 2014

Selfie

Kami ni memang suka posing. Pantang jumpa kamera. Asyik nak posing jer. Hahaha... Minat dan hobby yang sama. Thankz yer Mr. Tajul. You're the best man in the world. My Imam and my love..

Sunday, May 4, 2014

Sepetang di pantai

Aktiviti cuti petang semalam bersama family in law di pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu. Seronok picnic mandi laut. Pantai di pantai timur ni jernih dan bersih. Memang syokk giler. Isnin baru balik KL. Cuti tak ingat dunia hahaha...


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG