Friday, May 30, 2014

Happy birthday Aqilah

Alhamdulillah Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin is turn 1 hari ni. Genap jam 0837hrs lahir srikandi Mimie dan Mr. Tajul yang kedua. Subhanallah. Terima kasih kepada Allah SWT kerana meminjamkan puteri-puteri yang comel dan sihat. Semoga anak-anak kami menjadi anak yang solehah dan diberkati olehMu Ya Allah. Aminn..

Terkenang detik kelahiran puteri kedua. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan melahirkan anak kepada Mimie. Dari anak pertama dan kedua ni memang sangat mudah bersalin. Masa bersalinkan Aqilah masuk labour room pukul 0825hrs. Baby terus keluar jam 0837hrs ditemankan suami di sisi. Kucupan Mr. Tajul pada dahi Mimie dan ucapan terima kasih dengan kegembiraan sejurus sahaja melahirkan puteri kedua sangat menyentuh hati Mimie. Hilang semua sakit yang dialami saat bertarung nyawa melahirkan anak secara normal.

Alhamdulillah. Allahuakbar. Subhanallah.

Selamat ulang tahun kelahiran Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin. ♥♥♥

**tahun depan mama bagi adik boleh? Hahahaha...

2 comments:

  1. Subhanallah.... da 1 tahun Aqilah... semoga membsesar dgn sihat, sayang family & Allah yer sayang...

    ReplyDelete
  2. selamat ahri lahir buat aqilah..
    moga mjadi insan y bjaya di dunia n akhirat .. amin

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG