Monday, June 30, 2014

Cerita sebelum Ramadhan

Alhamdulillah diberikan nafas untuk sambut Ramadhan 1435H. Ya Allah perbanyakkan ibadatku di bulan mulia ini. Aminnn...

Ok. Cerita sebelum Ramadhan. Hari jumaat minggu lepas Mimie ke SOGO untuk shopping barang raya. Ya Allah ramainya manusia. Sampai Mr. Tajul tanya hari ni hari keje ke hari cuti. Boleh bayang tak? Itu pun kitaorang tak menapak ke Jalan TAR. Tak sanggup rasa. 2 jam dalam kereta je sebelum sampai dalam SOGO.

Lepas shopping barang raya kami terus bertolak balik ke Kuantan sebab ada tahlil di rumah ayahanda dan bonda Mimie. Bertolak dari KL pukul 5.50 petang. Sampai pukul 8 malam. Alhamdulillah sempat tahlil selepas isyak. Hehe..

Seronok balik Kuantan kali ni sebab semua adik beradik balik. Memang havoc la rumah Haji Sabri ni. Bersusun kereta depan rumah sampai ada jiran tanya bonda Mimie ada apa kereta banyak. Bonda Mimie cakap anak-anak semua balik. Memang gembira ibu bapa Mimie ni hehehe.

Hari Sabtu tu kitaorang keluar jalan semua sekali. Ke Megamall Kuantan. Ya Allah jem giler bandar Kuantan macam dah raya. Sabar je la. Tapi yang seronok dapat luang masa dengan family sepanjang hari.
Hari Ahad lepas sahur kami siap-siap nak balik. Alhamdulillah sepanjang perjalanan Allah mudahkan. Bertolak pukul 9 pagi. Sampai pukul 1130 pagi. Alhamdulillah... Permulaan Ramadhan yang baik buat kami  sekeluarga.

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan.  Bulan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari sebelumnya.. Amiinnn...

Tuesday, June 24, 2014

Akhirnya tercapai..

Sambungan entry semalam. Mimie bagitau nak balik kampung. Kampung Mimie kat Kuantan. Kampung la sangat kan. Hahaha.. Lagipun ada tahlil sempena sambutan Ramadhan kat rumah ayahanda dan bonda Mimie.

Balik rumah semalam Mr. Tajul cakap "Sayang.. Kita balik Kuantan minggu ni.." Ya Allah.. Mana suami Mimie tau ye yang wife die ni mengidam nak balik Kuantan. Hahaha.. Then Mimie tanya "mana abang tahu sayang nak balik Kuantan?" Then Mr. Tajul ni senyum sambil cakap "abang tahu apa dalam hati sayang walaupun tak cakap.." Alololo... sweetnye hubby ni. Ala.. Mimie tau abang baca blog kan.. sebab tu tau Mimie nak balik kan. Hehehe...

So Mr. Tajul cakap lepas shopping baju raya kat KL boleh terus balik Kuantan. Alhamdulillah. Thankz hubby. Sayang abang dunia akhirat.. ♥♥♥

Monday, June 23, 2014

Nak balik kampung

Dilema nk balik kampung menyambut Ramadhan.. Jumaat ni Mr. Tajul ajak cuti untuk shopping baju raya sebab alasan tak mau cari dalam bulan puasa. Sebab kakak Batrisyia dah mention yang anak dara ni nak puasa tahun ni. Maybe kat school teacher bagitau bulan puasa dah nak dekat. Huhuhu.. so kesian pulak kat kakak Batrisyia kalau berjalan time puasa nanti.

Jumaat mlm sabtu ni jugak ayahanda dan bonda Mimie nak buat tahlil sempena Ramadhan hampir tiba. Hurmm.. dilema tau.. nak balik... nak balik.. (ToT)

Saturday, June 21, 2014

Bonus Raya

Bonus raya??? Hurmm.. doakan la government dapat bonus kan.. hehehe

Tapi Mimie bukan nak cerita bonus dari government. Ni bonus keluarga Haji Sabri hehe. Time dekat nak puasa dan raya ni ayahanda Mimie ni suka bagi bonus pada anak-anaknya. Almost RM500 jugak untuk setiap anak-anaknya. Katanya bonus dari abah untuk anak menantu cucu semua. Hurmm... Thanks alot Abah. Angah sayang abah mama dan keluarga kita dunia dan akhirat. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita sekeluarga.

Time raya nanti pun Mimie, husband dan anak-anak dapat duit raya dari abah jugak. Hahaha. Abah Mimie ni memang murah hati dengan anak-anak die. Tapi Mimie pun bagi jugak kepada abah dan mama duit raya di pagi raya. Raya tahun ni kat Kuantan.. yahoooo!!! Nak cuti 2 minggu boleh tak.. muahahaha...

Tema apa korang semua tahun ni? Mimie masih cari tema untuk pakai pagi raya. Untuk open house rumah family Mimie raya kedua dah ade baju.. Yang pagi raya takde lagi.. hurmm.. cari yg ready made je la coz hari tu dah hantar 7 pasang kat makcik Timah untuk jahitkan baju..

Okay readers. Happy weekand ♥♥♥

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day

Selamat Hari ayah buat suami tercinta. Terima kasih menjadi ayah buat anak-anak kita. Jadi suami yang baik buat Mama jugak.. I really love you so much dear. And Selamat Hari Abah buat ayahanda Mimie. Angah sayang abah jugak. Semoga kebahagiaan milik keluarga kita bersama. Ammminnnn...

#setiaphariadalahharibapa ♥♥♥

Thursday, June 12, 2014

Nisfu Syaaban

Alhamdulillah dah masuk pertengahan bulan Syaaban. Semakin hampir ke bulan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Hari ni hari khamis. So Mimie dan husband berpuasa. Bangun pagi tadi pukul 4.30 pagi untuk siapkan sahur.

Program balik kerja petang ni Mr. Tajul dah ajak ke masjid untuk majlis agama sempena Nisfu Syaaban. Semoga Allah memudahkan urusan kami sekeluarga. Aminnn...

Mendekatkan diri pada Allah akan menjadikan segala urusan dipermudahkan dan mendapat kedamaian jiwa dan rohani. Alhamdulillah

Wednesday, June 11, 2014

Fulltime Housewife

Hari ni jadi fulltime housewife buat suami dan anak-anak. Bangun pagi sediakan breakfast. Then nak menlaundry pakaian. Then lipat baju. Kemas rumah. Masak lunch sampai dinner nanti. Then nak mengemas rumah mop lantai. Basuh toilet. Tukar cadar katil.

Fuhhh.... Bila dah bergelar isteri dan Mama ni memang takkan berhenti dari buat kerja. Nama je cuti rehat masa mohon cuti di government haha. Hakikatnya nan hado okay. Hahaha..

Takpe la.. Mr. Tajul cakap bila anak dah empat boleh berhenti kerja. So sekarang tengah planning untuk anak ketiga pulak coz tahun depan Aqilah dah 2 tahun. So beranak cepat-cepat boleh duduk rumah layan suami dan anak-anak sahaja. Muahahahaa...

Tuesday, June 10, 2014

Tahniah Achik

10 Jun 2014 Konvokesyen anak ke-4 Haji Sabri dan Hajah Raimah. Tahniah Achik. Semoga menjadi guru terbaik mendidik anak bangsa.

Lepas ni boleh la kahwin kan.. hahaha

Congrates Muhammad Shafiq Afandi...

Thursday, June 5, 2014

Happy Birthday Abah

Selamat ulang tahun kelahiran buat abah tersayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesihatan buat abah. Angah sayang abah dan mama juga..

Dato' Haji Mohd Sabri bin Abdullah. You're the best daddy in the world. I'm proud to be your daughter.

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG