Monday, June 30, 2014

Cerita sebelum Ramadhan

Alhamdulillah diberikan nafas untuk sambut Ramadhan 1435H. Ya Allah perbanyakkan ibadatku di bulan mulia ini. Aminnn...

Ok. Cerita sebelum Ramadhan. Hari jumaat minggu lepas Mimie ke SOGO untuk shopping barang raya. Ya Allah ramainya manusia. Sampai Mr. Tajul tanya hari ni hari keje ke hari cuti. Boleh bayang tak? Itu pun kitaorang tak menapak ke Jalan TAR. Tak sanggup rasa. 2 jam dalam kereta je sebelum sampai dalam SOGO.

Lepas shopping barang raya kami terus bertolak balik ke Kuantan sebab ada tahlil di rumah ayahanda dan bonda Mimie. Bertolak dari KL pukul 5.50 petang. Sampai pukul 8 malam. Alhamdulillah sempat tahlil selepas isyak. Hehe..

Seronok balik Kuantan kali ni sebab semua adik beradik balik. Memang havoc la rumah Haji Sabri ni. Bersusun kereta depan rumah sampai ada jiran tanya bonda Mimie ada apa kereta banyak. Bonda Mimie cakap anak-anak semua balik. Memang gembira ibu bapa Mimie ni hehehe.

Hari Sabtu tu kitaorang keluar jalan semua sekali. Ke Megamall Kuantan. Ya Allah jem giler bandar Kuantan macam dah raya. Sabar je la. Tapi yang seronok dapat luang masa dengan family sepanjang hari.
Hari Ahad lepas sahur kami siap-siap nak balik. Alhamdulillah sepanjang perjalanan Allah mudahkan. Bertolak pukul 9 pagi. Sampai pukul 1130 pagi. Alhamdulillah... Permulaan Ramadhan yang baik buat kami  sekeluarga.

3 comments:

  1. salam ramadhan.semoga segala ibadah dibulan mulia ini diterima olehNya.

    ReplyDelete
  2. salam Ramadan dear...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG