Tuesday, July 29, 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Salam lebaran... Mimie dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan segala khilaf sama ada sengaja ataupun tidak.. Maaf zahir dan batin..

Tuesday, July 22, 2014

Mood Raya

Tinggal beberapa hari saja lagi bulan Ramadhan. Hurmm.. bulan penuh keberkatan... Sedih hati.. Semoga tahun depan jumpa lagi andai dipanjangkan usia.. InshaaAllah...

Tahun ni raya tema apa? Mimie sekeluarga warna JDT tahun ni. Haha... Biru merah @ merah biru. Mana-mana la hehe... Raya kedua warna hijau sedondon satu family Hj Sabri masa open house raya kedua. Jemput datang ke teratak ayah bonda Mimie pada raya kedua di Kuantan Pahang.

Raya ketiga balik Dungun sebelah family in law Mimie sampai hari Sabtu. Then Ahad balik Kuantan semula sebelum bertolak balik hari Isnin ke KL. Ya Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Tak sabar rasanya nak menggamatkan lagi keriuhan di rumah ayahanda dan bonda Mimie. Hope adik lelaki yang polis dapat balik.. huhu.. Semua adik beradik kerja government so senang nak balik termasuk la ayahanda Mimie. Tapi adik polis ni je susah nak cuti. Bertugas demi negara. Ceewaah.. haha.. Tinggal adik bongsu je tahun depan baru abis degree kt UTHM.

Okay readers.. Mood raya semakin bertambah ni. Tinggal 2 hari je lagi. Esok dan Lusa. Lepas tu nak balik raya.. Yahooo....!!!!

Thursday, July 17, 2014

Taman Equestrian Putrajaya

Iftar bersama suami dan anak-anak di Taman Equestrian Putrajaya. Yang paling seronok boleh tunggang kuda dengan percuma. So nak dapatkan experience riding horse ni memang excited. 

Aqilah sangat happy. Siap menunggang dengan ayah lagi. Tapi Batrisyia so scare dengan kuda. Tak tau la kenapa takut sangat. Padahal sibuk cakap dengan mama ayah nak naik kuda macam Sofia The First. Tapi last-last takut. Kelakar betul anak mama sorang ni..

Mama Ayah happy sangat dengan anak-anak semua.. Love u all with all my heart.



Wednesday, July 16, 2014

My pinky princess

Alahai anak-anak.. Cepatnya kamu semua membesar.. Membuatkan Mama terasa semakin berusia walaupun belum masuk 3rd series hahaha...

Aktiviti cuti anak-anak ni mandi kolam. Cuaca panas ni memang anak-anak seronok sangat berendam. Berendam dengan cousin dieorang. Anak my sister in law kak ngah. Happy betul semua... nasib kecik je tau kolam tu. Kalau tak dengan mama sekali join hahaha...

Really love both of them. ♥♥♥

Monday, July 14, 2014

Oh Raya...

Lagu raya dah start berkumandang di dalam ofis. Sampai bilik Mimie dengarnya. Sayu hati dengar lagu raya. Teringat nasib saudara di Palestin. Ya Allah selamatkan saudara kami di sana.

Cuti raya dah settle. Start cuti jumaat 25hb Julai sampai 4hb Ogos. Tak sabar rasanya nak jumpa keluarga dan sanak saudara.

Esok cuti Nuzul Al-Quran. Sedaya upaya untuk khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni. InshaAllah..

Monday, July 7, 2014

Masak ke Beli???

Salam 9 Ramadhan.. sekejap je masa berlalu di bulan Ramadhan.. Bulan yang kita patut mengejar dengan amalan yang manfaat.

Bila masuk Ramadhan tentu banyak bazar Ramadhan dengan pelbagai juadah berbuka. Honestly, Mr. Tajul bawa Mimie sekali je ke bazar Ramadhan. Lepas tu tak pergi dah bukan sebab Mr. Tajul taknak bawa tapi sebab Mimie decided untuk memasak dari membeli.

Kami ada 2 pilihan bazar Ramadhan. 1 di Putrajaya. 1 lagi di Bandar Baru Salak Tinggi. Pilihan makanan tersangat la banyak sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Last2 Mimie beli kebab je. Maknanya nafsu membeli makanan waktu berbuka tu memang takde kat bazar. Hahaha..

So Mimie prefer to cook. Mimie pun suka masak untuk berbuka. Then terus untuk sahur. Macam2 dah masak since bulan puasa ni. Sup ayam, bawal masak merah, kari ayam, dory sweet sour, tomyam campur, ayam bbq, masak lemak tempoyak pucuk ubi dengan petai. Memang seronok sangat memasak. Untuk suami dan anak-anak. Hari ni nak try masak asam pedas ikan kembung pulak.. hehehe...

Wednesday, July 2, 2014

Ramainya WP1 (ToT)

Apa tu WP1???

WP1 adalah waktu kerja bagi penjawat awam. Penjawat awam boleh pilih nak masuk kerja sama ada WP1 (7.30 pagi sehingga 4.30 petang) atau WP2 (8.00 pagi sehingga 5.00 petang) atau WP3 (8.30 pagi sehingga 5.30 petang).

Waktu kerja Mimie memang WP1. Selalu sebelum Ramadhan tiba Mimie bertolak dari rumah pada jam 6.45 pagi dan sampai 7.20 pagi. So sempat la punch sebelum 7.30 pagi. Tapi since puasa ni ramai penjawat awam yang tukar ke WP1. Buktinya adalah hari ni Mimie keluar pukul 6.30 pagi kereta dah bersusun atas jalan raya. Dan paling teruk parking yang biasanya lengang sebelum 7.30 pagi dah penuh.. (T_T).. Nangis tau macam ni. huhuhu..

Start bulan puasa ni Mimie bertolak dari rumah 6.15 pagi. So sampai lebih kurang pukul 6.50 pagi. Tapi hari ni terlambat sikit keluar sebab Aqilah nak BF dulu. Lepas BF baru tinggalkan anak-anak pada Mr. Tajul untuk dihantar ke Kindergarten. Balik nanti baru tugas Mimie amik anak-anak pulak. Macam ni rutin kami setiap pagi.

Hari ni bangun pukul 4.30 pagi. Buat nasi goreng huhu.. Tambah dengan lauk filet dory sweet sour. Alhamdulillah. Semoga hari ini lebih baik adri hari sebelumnya. Jom khatam Al-Quran di bulan Ramahdan ini. InshaALLAH. Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran.. (^_^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG