Tuesday, July 22, 2014

Mood Raya

Tinggal beberapa hari saja lagi bulan Ramadhan. Hurmm.. bulan penuh keberkatan... Sedih hati.. Semoga tahun depan jumpa lagi andai dipanjangkan usia.. InshaaAllah...

Tahun ni raya tema apa? Mimie sekeluarga warna JDT tahun ni. Haha... Biru merah @ merah biru. Mana-mana la hehe... Raya kedua warna hijau sedondon satu family Hj Sabri masa open house raya kedua. Jemput datang ke teratak ayah bonda Mimie pada raya kedua di Kuantan Pahang.

Raya ketiga balik Dungun sebelah family in law Mimie sampai hari Sabtu. Then Ahad balik Kuantan semula sebelum bertolak balik hari Isnin ke KL. Ya Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Tak sabar rasanya nak menggamatkan lagi keriuhan di rumah ayahanda dan bonda Mimie. Hope adik lelaki yang polis dapat balik.. huhu.. Semua adik beradik kerja government so senang nak balik termasuk la ayahanda Mimie. Tapi adik polis ni je susah nak cuti. Bertugas demi negara. Ceewaah.. haha.. Tinggal adik bongsu je tahun depan baru abis degree kt UTHM.

Okay readers.. Mood raya semakin bertambah ni. Tinggal 2 hari je lagi. Esok dan Lusa. Lepas tu nak balik raya.. Yahooo....!!!!

2 comments:

  1. wah.. dah plan semua ye.. lin ikut je.. tak de mood nak raya sangat. nak cuti tu ye... =D

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG