Wednesday, July 2, 2014

Ramainya WP1 (ToT)

Apa tu WP1???

WP1 adalah waktu kerja bagi penjawat awam. Penjawat awam boleh pilih nak masuk kerja sama ada WP1 (7.30 pagi sehingga 4.30 petang) atau WP2 (8.00 pagi sehingga 5.00 petang) atau WP3 (8.30 pagi sehingga 5.30 petang).

Waktu kerja Mimie memang WP1. Selalu sebelum Ramadhan tiba Mimie bertolak dari rumah pada jam 6.45 pagi dan sampai 7.20 pagi. So sempat la punch sebelum 7.30 pagi. Tapi since puasa ni ramai penjawat awam yang tukar ke WP1. Buktinya adalah hari ni Mimie keluar pukul 6.30 pagi kereta dah bersusun atas jalan raya. Dan paling teruk parking yang biasanya lengang sebelum 7.30 pagi dah penuh.. (T_T).. Nangis tau macam ni. huhuhu..

Start bulan puasa ni Mimie bertolak dari rumah 6.15 pagi. So sampai lebih kurang pukul 6.50 pagi. Tapi hari ni terlambat sikit keluar sebab Aqilah nak BF dulu. Lepas BF baru tinggalkan anak-anak pada Mr. Tajul untuk dihantar ke Kindergarten. Balik nanti baru tugas Mimie amik anak-anak pulak. Macam ni rutin kami setiap pagi.

Hari ni bangun pukul 4.30 pagi. Buat nasi goreng huhu.. Tambah dengan lauk filet dory sweet sour. Alhamdulillah. Semoga hari ini lebih baik adri hari sebelumnya. Jom khatam Al-Quran di bulan Ramahdan ini. InshaALLAH. Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran.. (^_^)

5 comments:

  1. anum pun sama gerak dari rumah awal jam 6.pg

    ReplyDelete
  2. waaaaahhh...awal nya gi kejeeeeee... asben saya kalau kene naik kereta kene kuar awal gak.. kalau naik motol tu die lenggang kangkung jer.. heheh.. saya baru tau pasal timing tu boleh pilih2 eh...

    ReplyDelete
  3. lin plak masuk pukul 8, balik 4.30

    tapi keluar umah pukul 6.40 sebab taman konoot ni jem semendang.

    ReplyDelete
  4. Paginya Mimie pergi kerja. Kakak bulan ramadhan ini balik pukul 4:30 walaupun masuk kerja pukul 8:00 macam biasa. Tapi biasa kakak belum 7:30 dah sampai office..

    Selamat berpuasa dan bertadarus Mimie.

    ReplyDelete
  5. awalnya masuk kerja. kalau swasta masuk keja sama time, cuma balik awal sejam.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG