Sunday, August 31, 2014

Merdeka & Happy Birthday

Salam Merdeka ke 57.. Di sini lahirnya sebuah cinta... Hari ni tengok sambutan kemerdekaan di television kat rumah je. Mr. Tajul berarak hari ni. Dapat jugak masuk tv ye abang.. hehe... Mimie tengok abang kat tv je hari ni.. hehehe

29 Ogos adalah ulang tahun kelahiran Mimie yang ke 29.. Tahun terakhir berangka dua. Tahun depan dah 3rd series hahaha... 29 Ogos dikejutkan bangun pagi oleh Mr. Tajul dengan ucapan hari lahir dengan kucupan kasih sayang. Terima kasih cinta... Malam tu sambut birthday di Secret Recipe di Nilai. Terima kasih buat suami dan anak-anak atas ucapan dan sambutan hari lahir...

Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga kebahagiaan sentiasa milik kami... Ammminnn...

Wednesday, August 27, 2014

Pindah Bilik..

Adoiiii... Mengemas bagai nak patah pinggang... Dah 2 hari mengemas pindah bilik. Masih tak settle lagi... Fuhhh... Amik nafas. Amik tenaga.. Hari ni sumbat dulu barang.. Esok la nak ber'deco' bilik ni... Mak surrender dah hari ni... Thankz kepada 3 junior yang baru masuk keje tolong pindahkan barang... Jasamu dikenang... (^_^)


Friday, August 22, 2014

Sedih.. Hiba...

Itu je yang mampu diucapkan sekarang... Kehilangan insan yang kita cintai memang amat memeritkan... Alhamdulillah jenazah MH17 yang telah kembali ke tanah air telah bersemadi dengan aman. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan para salihin..

Sebak sangat melihat kaum keluarga mangsa sewaktu ketibaan jenazah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Banyak kisah menyayat hati di laman sosial terutama kisah Allahyarham Ahmad Hakimi Hanafi.. meninggalkan anak kecil yang masih tak memahami apa yang berlaku sebenarnya.. Ya Allah pelihara dan lindungilah mereka. Berikan ketabahan pada keluarga mereka...

Peristiwa ni buat Mimie tersedar bahawa hidup ini sementara. Kadang-kadang Mimie terlupa hidup ni singkat. Bersama orang yang kita cintai akan lebih Mimie hargai... Di kesempatan ini juga Mimie nak ucapkan terima kasih Tajul Ariffin kerana sudi melimpahkan kasih sayang pada Mimie dan anak-anak... Terima kasih kepada ayahanda dan bonda Mimie serta adik beradik dan keluarga mertua.. Saya sayang sangat pada kamu Tajul Ariffin.. Semoga Allah pelihara cinta kita dan kehidupan keluarga kita di dunia dan akhirat... Ammminnn....

~~~MH17~~~

Hari ni sebanyak 17 keranda jenazah dan 3 bekas abu di terbangkan dari Amsterdam ke Malaysia.. Salah seorangnya adalah uncle kepada classmate Batrisyia. Anak kecil yang kehilangan pakcik yang sama usia dengan Mimie, 29 tahun. Classmate Batrisyia bernama Sumayyah. Uncle Sumayyah merupakan Pembantu Jurutebang (Co Pilot) bernama Ahmad Hakimi Hanapi. Hari ni Little Caliphs BBST meminta ibu bapa memakai anak-anak dengan baju berwarna hitam/putih/warna gelap.

Semoga roh penumpang dan anak kapal MH17 bersemadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.. Ammmiiinnn....

Tuesday, August 19, 2014

Dear Stalker...

Kepada stalker Mimie yang setia.. Tolong jangan jadikan blog kenalan Mimie sebagai platform untuk stalk blog Mimie. Sangat tak beradab dan kurang manis. Kalau nak stalk life Mimie terus je ke blog Mimie ni. Jangan jadikan bloglist kawan Mimie sebagai platform nak stalk blog Mimie.. Ataupun gunakan pendekatan yang lain yang betul-betul membuatkan kamu itu seorang stalker tanpa jejak...

Mimie tak tau motif dan tujuan yang masih nak stalk blog Mimie. Mimie dah pernah minta maaf pada stalker ni if ada kata-kata yang buat stalker ni terasa hati pada Mimie. Mimie pun dah cerita pada Mr. Tajul tentang Mimie minta maaf kepada stalker ni walaupun Mimie tak tahu apa salah Mimie pada die sebab Mimie tak pernah ganggu life die mahupun keluarga die. Dan Mimie tak kenal langsung family die. Mr. Tajul pun dah cakap sebenarnya tak perlu nak minta maaf sebab kita tak pernah ganggu kehidupan mereka. Tapi Mr. Tajul cakap tak salah kalau kita minta maaf walaupun kita memang tak salah. Allah suka hambaNya memohon kemaafan bagi mengelakkan salah faham berterusan. So closed the book.

Sebenarnya dah lama Mimie perhatikan stakler ni stalk menggunakan bloglist kenalan blog Mimie. Hurmm... Motif..?? Tujuan..??? Hurmm.. Mimie tahu dan Mimie hanya memerhati. Tapi makin lama makin kerap pulak stalk Mimie melalui blog orang lain.. Just jaga apa yang kita ada.. Kemaafan itu perkara baik. Tak perlu nak stalk Mimie sebab tiada kisah atau cerita kamu yang menarik perhatian Mimie untuk di coretkan di sini. IT'S ALL ABOUT MY FAMILY AND MY LIFE... So please stop muncul di blog ini. Sekian, terima kasih...

Monday, August 18, 2014

Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut hari kemerdekaan ke 57. Hari ni ramai penjawat awam berkumpul di Istana Kehakiman untuk pelancaran ini termasuklah Mimie. Mr. Tajul takde sebab ke Perak atas urusan kerja. Tapi ayahanda Mimie dari Kuantan pun turut hadir sebab Jabatan ayahanda Mimie adalah urusetia bagi program ini.

Hari ni 1st time jumpa Perdana Menteri kita depan mata dari dekat dan bersalaman. Bukan senang nak jumpa orang no. 1 kat Malaysia ni hehehe.. Jom ramai-ramai kibarkan jalur gemilang dan semarakkan rasa cinta kepada negara..



Thursday, August 14, 2014

Welcome Macbook Pro

BIRTHDAY GIFT IN ADVANCE.... Okay.. rasa nak nangis guling-guling dengan new gadget ni. Thankz a lot Mr. Tajul. I really love u ever n ever.. Sangat memahami taste ur wife yang hantu gadget ni.. Ho Ho Ho... Tak sabar nak explore.. ♥♥♥♥

Tuesday, August 12, 2014

Openhouse Mengejut

1st time seumur hidup buat open house one the spot. Ahad malam Mr. Tajul terima wass app dari group komuniti taman kami. Mesej nak datang beraya rumah malam esok (malam tadi). Kelam kabut kami nak prepare. Dalam mesej katanya lebih kurang 10 keluarga datang. Lepas tu jemput jiran tetangga lain juga. Malam tu jugak beli barang. Menu utama soto.

So semalam kami ni still keje. Takkan nak tetiba EL pulak. Lepas keje start masak. Kebetulan bonda Mimie datang dari Kuantan coz ayahanda Mimie ade meeting di Putrajaya. Menu masakan malam tadi dengan bantuan ayahanda bonda dan adik bongsu Mimie yang tengah cuti semester UTHM:

1. Kuah soto
2. Soon goreng
3. Rebus bihun
4. Sambal kicap
5. Begedil daging
6. Rendang ayam
7. Nasi impit
8. Lemang (beli) tak terdaya nak buat hahaha

Air sarsi dan sirap bandung..
Dessert puding ice cream koktail.

Lebih kurang dekat 50 orang yang datang. Tu pun tak ajak kekawan lain. Just jiran tetangga je sebab Mimie pikir kesian kat kawan yang luar kawasan umah penat nak datang lepas ofis hour.  Hari ni Mimie MC. Demam batuk dan selesema. Penangan masak tak ingat dunia dalam a few hour untuk menu kat atas. Bak kata Mr. Tajul. "Sayangkan super mama..." Akhirnya kecundang hari ni dapat MC.. huhuhu (ToT)

Friday, August 8, 2014

Tips Breastfeeding

Alhamdulillah. Aqilah dah masuk 1 tahun 2 bulan. Yang seronoknya Aqilah masih menyusu badan. Masa balik kampung raya baru-baru ni Mama dan Ummie terkejut tengok Mimie still breastfeed Aqilah. So ayat yang sama bonda-bonda Mimie tanya "Ada susu badan lagi ke?". Alhamdulillah Mama dan Ummie. Ada lagi rezeki Aqilah. Yela.. Masa anak 1st dulu takde la BF sampai lebih umur setahun. (^__^)

Tips nak banyakkan susu ni memang banyak. Tapi semua bergantung pada niat dan usaha kita. Jangan pasang azam kosong lepas tu give up. Confirm memang takkan capai la azam nak menyusu anak secara BF. Kalau tengok kat laman sosial memang banyak produk yang membanyakkan susu ibu. Tapi tak semua sesuai dengan kita. Macam Mimie memang setia dengan shaklee. Set penyusuan Shaklee Mimie ambil Alfalfa dan ESP. Mimie tak pernah amik supplement apa-apa untuk tambah susu sebelum ni. Tapi sekali dah cuba alfalfa dan ESP dengan izin Allah bila pam susu memang sekejap je penuh botol. Tapi ada kawan Mimie cakap shaklee tak sesuai dengannya. Susu tak banyak. Hurm.. Mimie pun tak pasti. Kadang-kadang cara pengambilan pun penting. Ada juga pantang larang bila amik shaklee.. Contohnya JANGAN AMBIL KAFEIN.

Ada juga makanan yang boleh tambahkan susu. Contohnya kurma merah, longan kering. Rendam buat air. Serius memang sedap. Macam Lai Chi Kang rasa die sebab Mimie masak dengan brown sugar. Tapi yang ni Mimie tak amalkan dalam pantang. Tak berani. Muahaha.. Mimie pantang makan nasi kosong dengan ikan bilis tumbuk plus lada hitam. Selain ikan bilis, Mimie makan ikan haruan panggang. Lepas 20 hari baru Mama Mimie masak air sawi bunga letak bawang putih dan lada hitam.

Bagi ibu-ibu dan bakal ibu yang memasang niat nak BF anak kena rajin usaha google tips nak banyakkan susu. Dalami cara penyimpanan susu EBM. Jangan sekadar beli pam dan niat nak pam susu tapi tak tahu cara memang takkan berapa berjaya buat stock EBM. Percayalah sebab masa Mimie anak 1st memang complete pam susu letrik tapi tak belajar cara yang betul teknik pam dan penyimpanan susu. So Batrisyia sempat BF sampai umur 8 bulan. Tapi bila adiknya Aqilah Mimie belajar dari kesilapan dan perbaiki. Alhamdulillah. Still BF until now.. Thank you Allah..

Thursday, August 7, 2014

Cerita tentang Babysitter

Banyak dah dengar isu babysitter. Banyak juga dah tengok kat laman sosial berkaitan tindakan tak bermoral babysitter terhadap anak majikan mereka. Kali ni terjadi kepada Bapa Saudara Mr. Tajul. Kami panggil Pok Din dan wife die Che Nida. Mereka husband and wife bekerja sebagai guru di SK Cheneh, Kemaman.

Nak dijadikan cerita kejadian ni berlaku seminggu sebelum raya. Anak ketiga mereka nama Aqeef. Umur sama dengan Aqilah. Beza sebulan jer dengan Aqilah anak Mimie. Dari cerita Che Nida dapat call dari pengasuh minta datang ke rumah tapi tak bagitau masalah apa. So Che Nida terus ke rumah babysitter. Sampai di rumah babysitter cakap kulit Aqeef tak tahan basuh dengan air suam. So Che Nida tengok. Memang terkejut yang teramat sangat bila tengok kulit kat punggung dengan peha dah takde. Logik ker air panas macam tu. Then Che Nida kata kepada Pok Din yang ada sama waktu tu. NI BUKAN AIR SUAM, NI AIR PANAS KALAU MACAM NI!!!! Then terus bawa pergi klinik private yang terdekat. Sampai klinik doktor bagitahu kena refer Hospital. So Pok Din decided bawa ke Hospital Ampuan Afzan di Kuantan. Sampai hospital lepas doktor periksa dan keluarkan laporan perubatan bahawa Aqeef kena kecederaan melecur TAHAP DUA. 

Che Nida tak puas hati call babysitter tanya macam mana boleh jadi macam tu. Babysitter tu still standing dengan word die kena air suam. Then Che Nida minta Pok Din ke rumah babysitter minta pampers yang Aqeef pakai lepas melecur. Nak tau apa babysitter tu cakap. Pampers tu dah buang ke belakang sungai. Logik tak korang rasa in same day nak buat semua tu. Sampai hari ketiga still babysitter tu cakap air suam dan taknak cerita perkara apa yang jadi sebenarnya.

Mimie dan husband datang melawat 2 hari sebelum raya sebab dah balik Kuantan masa tu. Memang kesian sangat tengok Aqeef. Ye la.. Besar Aqilah. 1 tahun baru umur dia. Bagi Mimie memang kejam sangat babysitter tu. Mimie suruh report polis jer. Ye la. Payah sangat nak cerita apa yang jadi. At least kalau tak sengaja sekalipun cerita la hal sebenar. Sakit hati betul.. Kesian juga kena raya kat Hospital. Hari raya tu kami datang melawat lagi bawa juadah makanan. Semoga Aqeef cepat sembuh ye sayang..

Wednesday, August 6, 2014

Aktiviti Pantai (●◆●)

Pantai Teluk Bidara. Aktiviti tiap kali balik Dungun rumah in law memang tak sah kalau tak mandi pantai. Batrisyia opkoss la excited sebab anak dara sorang ni memang suka sangat mandi pantai. Tapi bagi Aqilah yang 1st time menikmati pantai dah pandai takut mula-mula. Siap peluk kakak takut dengan ombak menghempas pantai. Ceewaah ayat hahaha...

Yang best tu Mama dan Ayah sibuk tanam anak-anak dengan pasir hahaha.. Aqilah pulak senyap je bila kena tanam. Siap makan lagi pasir. Nak tahu sedap.ke tak kot pasir tu.. Maklum la baru nak explore. Aishhh... Anak dara sorang ni..








Saturday, August 2, 2014

Salam Lebaran 1435H

Salam Aidilfitri.. Raya yang meriah dan seronok. Semua ada kecuali adik polis yang bertugas di Kelantan tak dapat balik. Tapi dapat jugak berkumpul semua adik beradik pada raya ke-4. Coz adik polis ni balik kejap jumpa kami sekeluarga. Hehe..

Raya pertama di Kuantan~Muadazam Shah. Kampung Mimie di Muadzam. Nenek Mimie berusia 91 tahun. Ahamdulillah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Kepada ayahanda dan bonda.. Selamat hari raya. Maaf kesalahan dan kesilapan anakandmu ini.

Kepada suami tercinta. Salam lebaran. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan milik kita hingga akhir usia. Maaf zahir dan batin yer sayang.. Sayang kamo ketat-ketat. Hehe.. ♥♥♥

Kepada anakanda srikandi mama dan ayah. Selamat hari raya. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, cerdik pintar, cergas dan cerdas. Sayang princess mama dan ayah ni.

Kepada adik beradik, Along, Abang, Achik dan Adik. Angah mohon ampun dan maaf sepanjang kita bersama.. Salam Aidilfitri.

Kepada keluarga mertua. Abah dan ummie serta ipar duai.. Selamat hari raya.. Terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bahagi.. ♥♥♥

Kepada sahabat handai serta my best friend forever Mrs. Akma, Mrs. Azlina dan Mrs. Nieq Selamat Hari Raya guys.. Mohon maaf andai terkasar kata sepanjang perkenalan.

Kepada blogger and stalker yang rajin mengunjungi blog kesayangan Mimie. Selamat hari raya. Mohon maaf di atas coretan yang tercoret di blog kesayangan Mimie.

Gambar raya akan upload selepas entry ni. Panjang pulak menulis hari ni. Hehe... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG