Thursday, August 7, 2014

Cerita tentang Babysitter

Banyak dah dengar isu babysitter. Banyak juga dah tengok kat laman sosial berkaitan tindakan tak bermoral babysitter terhadap anak majikan mereka. Kali ni terjadi kepada Bapa Saudara Mr. Tajul. Kami panggil Pok Din dan wife die Che Nida. Mereka husband and wife bekerja sebagai guru di SK Cheneh, Kemaman.

Nak dijadikan cerita kejadian ni berlaku seminggu sebelum raya. Anak ketiga mereka nama Aqeef. Umur sama dengan Aqilah. Beza sebulan jer dengan Aqilah anak Mimie. Dari cerita Che Nida dapat call dari pengasuh minta datang ke rumah tapi tak bagitau masalah apa. So Che Nida terus ke rumah babysitter. Sampai di rumah babysitter cakap kulit Aqeef tak tahan basuh dengan air suam. So Che Nida tengok. Memang terkejut yang teramat sangat bila tengok kulit kat punggung dengan peha dah takde. Logik ker air panas macam tu. Then Che Nida kata kepada Pok Din yang ada sama waktu tu. NI BUKAN AIR SUAM, NI AIR PANAS KALAU MACAM NI!!!! Then terus bawa pergi klinik private yang terdekat. Sampai klinik doktor bagitahu kena refer Hospital. So Pok Din decided bawa ke Hospital Ampuan Afzan di Kuantan. Sampai hospital lepas doktor periksa dan keluarkan laporan perubatan bahawa Aqeef kena kecederaan melecur TAHAP DUA. 

Che Nida tak puas hati call babysitter tanya macam mana boleh jadi macam tu. Babysitter tu still standing dengan word die kena air suam. Then Che Nida minta Pok Din ke rumah babysitter minta pampers yang Aqeef pakai lepas melecur. Nak tau apa babysitter tu cakap. Pampers tu dah buang ke belakang sungai. Logik tak korang rasa in same day nak buat semua tu. Sampai hari ketiga still babysitter tu cakap air suam dan taknak cerita perkara apa yang jadi sebenarnya.

Mimie dan husband datang melawat 2 hari sebelum raya sebab dah balik Kuantan masa tu. Memang kesian sangat tengok Aqeef. Ye la.. Besar Aqilah. 1 tahun baru umur dia. Bagi Mimie memang kejam sangat babysitter tu. Mimie suruh report polis jer. Ye la. Payah sangat nak cerita apa yang jadi. At least kalau tak sengaja sekalipun cerita la hal sebenar. Sakit hati betul.. Kesian juga kena raya kat Hospital. Hari raya tu kami datang melawat lagi bawa juadah makanan. Semoga Aqeef cepat sembuh ye sayang..

5 comments:

  1. sakitnya hati ni baca... gila apa letak air panas kat bontot budak tu?? tu kan bahagian sensitif... cer letak kat bontot dia. grrr....

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak report polis Mimie? Bukan apa pada kakak kalau tak akan dtg kena pada anak org lain pulak mana tahu.

    Kesian anak tu. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. ya Allah.. elok bs tu merasa sekali kene siram ngan air panas macamane rasa.. nak curah2 kat anak orang..memang geram baca..ksian kat anak kecik tu sakit nya... haaa..memang kene report macam tu.. eeeii... geram lah...

    ReplyDelete
  4. YA ALLAHHH. sangat melampau. tak ada hati perut.. pelik... dia x de anak?

    ReplyDelete
  5. Kesian anak kecil itu mimie.. tak bertanggungjawab betul babysitter tu.. semoga anak saudara mimie tu cepat sembuh..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG