Saturday, August 2, 2014

Salam Lebaran 1435H

Salam Aidilfitri.. Raya yang meriah dan seronok. Semua ada kecuali adik polis yang bertugas di Kelantan tak dapat balik. Tapi dapat jugak berkumpul semua adik beradik pada raya ke-4. Coz adik polis ni balik kejap jumpa kami sekeluarga. Hehe..

Raya pertama di Kuantan~Muadazam Shah. Kampung Mimie di Muadzam. Nenek Mimie berusia 91 tahun. Ahamdulillah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Kepada ayahanda dan bonda.. Selamat hari raya. Maaf kesalahan dan kesilapan anakandmu ini.

Kepada suami tercinta. Salam lebaran. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan milik kita hingga akhir usia. Maaf zahir dan batin yer sayang.. Sayang kamo ketat-ketat. Hehe.. ♥♥♥

Kepada anakanda srikandi mama dan ayah. Selamat hari raya. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, cerdik pintar, cergas dan cerdas. Sayang princess mama dan ayah ni.

Kepada adik beradik, Along, Abang, Achik dan Adik. Angah mohon ampun dan maaf sepanjang kita bersama.. Salam Aidilfitri.

Kepada keluarga mertua. Abah dan ummie serta ipar duai.. Selamat hari raya.. Terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bahagi.. ♥♥♥

Kepada sahabat handai serta my best friend forever Mrs. Akma, Mrs. Azlina dan Mrs. Nieq Selamat Hari Raya guys.. Mohon maaf andai terkasar kata sepanjang perkenalan.

Kepada blogger and stalker yang rajin mengunjungi blog kesayangan Mimie. Selamat hari raya. Mohon maaf di atas coretan yang tercoret di blog kesayangan Mimie.

Gambar raya akan upload selepas entry ni. Panjang pulak menulis hari ni. Hehe... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG