Friday, August 22, 2014

Sedih.. Hiba...

Itu je yang mampu diucapkan sekarang... Kehilangan insan yang kita cintai memang amat memeritkan... Alhamdulillah jenazah MH17 yang telah kembali ke tanah air telah bersemadi dengan aman. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan para salihin..

Sebak sangat melihat kaum keluarga mangsa sewaktu ketibaan jenazah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Banyak kisah menyayat hati di laman sosial terutama kisah Allahyarham Ahmad Hakimi Hanafi.. meninggalkan anak kecil yang masih tak memahami apa yang berlaku sebenarnya.. Ya Allah pelihara dan lindungilah mereka. Berikan ketabahan pada keluarga mereka...

Peristiwa ni buat Mimie tersedar bahawa hidup ini sementara. Kadang-kadang Mimie terlupa hidup ni singkat. Bersama orang yang kita cintai akan lebih Mimie hargai... Di kesempatan ini juga Mimie nak ucapkan terima kasih Tajul Ariffin kerana sudi melimpahkan kasih sayang pada Mimie dan anak-anak... Terima kasih kepada ayahanda dan bonda Mimie serta adik beradik dan keluarga mertua.. Saya sayang sangat pada kamu Tajul Ariffin.. Semoga Allah pelihara cinta kita dan kehidupan keluarga kita di dunia dan akhirat... Ammminnn....

2 comments:

  1. al-fatihah..semoga roh y b'agama islam dicucuri rahmat & semoga urusan mbawa jenazah y lain bjln lncar,,

    mmg amat myedihkan..n mhibakan..terasa sebak dihati & amat m'insafkan..kematian tidak lewat atau cepat walau seminit,

    ReplyDelete
  2. plg sedih terbayang anak yg nak menatap wajah mak dia buat kali terakhir..
    betul2 berlinang je air mata bila tgk gmbr2 mereka..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG