Friday, August 8, 2014

Tips Breastfeeding

Alhamdulillah. Aqilah dah masuk 1 tahun 2 bulan. Yang seronoknya Aqilah masih menyusu badan. Masa balik kampung raya baru-baru ni Mama dan Ummie terkejut tengok Mimie still breastfeed Aqilah. So ayat yang sama bonda-bonda Mimie tanya "Ada susu badan lagi ke?". Alhamdulillah Mama dan Ummie. Ada lagi rezeki Aqilah. Yela.. Masa anak 1st dulu takde la BF sampai lebih umur setahun. (^__^)

Tips nak banyakkan susu ni memang banyak. Tapi semua bergantung pada niat dan usaha kita. Jangan pasang azam kosong lepas tu give up. Confirm memang takkan capai la azam nak menyusu anak secara BF. Kalau tengok kat laman sosial memang banyak produk yang membanyakkan susu ibu. Tapi tak semua sesuai dengan kita. Macam Mimie memang setia dengan shaklee. Set penyusuan Shaklee Mimie ambil Alfalfa dan ESP. Mimie tak pernah amik supplement apa-apa untuk tambah susu sebelum ni. Tapi sekali dah cuba alfalfa dan ESP dengan izin Allah bila pam susu memang sekejap je penuh botol. Tapi ada kawan Mimie cakap shaklee tak sesuai dengannya. Susu tak banyak. Hurm.. Mimie pun tak pasti. Kadang-kadang cara pengambilan pun penting. Ada juga pantang larang bila amik shaklee.. Contohnya JANGAN AMBIL KAFEIN.

Ada juga makanan yang boleh tambahkan susu. Contohnya kurma merah, longan kering. Rendam buat air. Serius memang sedap. Macam Lai Chi Kang rasa die sebab Mimie masak dengan brown sugar. Tapi yang ni Mimie tak amalkan dalam pantang. Tak berani. Muahaha.. Mimie pantang makan nasi kosong dengan ikan bilis tumbuk plus lada hitam. Selain ikan bilis, Mimie makan ikan haruan panggang. Lepas 20 hari baru Mama Mimie masak air sawi bunga letak bawang putih dan lada hitam.

Bagi ibu-ibu dan bakal ibu yang memasang niat nak BF anak kena rajin usaha google tips nak banyakkan susu. Dalami cara penyimpanan susu EBM. Jangan sekadar beli pam dan niat nak pam susu tapi tak tahu cara memang takkan berapa berjaya buat stock EBM. Percayalah sebab masa Mimie anak 1st memang complete pam susu letrik tapi tak belajar cara yang betul teknik pam dan penyimpanan susu. So Batrisyia sempat BF sampai umur 8 bulan. Tapi bila adiknya Aqilah Mimie belajar dari kesilapan dan perbaiki. Alhamdulillah. Still BF until now.. Thank you Allah..

3 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    sory sangat2 bz x sempat nak singgah lama2
    anyway jemput datang open house anum ya

    ReplyDelete
  2. gigih mimi ye.. lin sejak crack aritu mmg dah tak pump kat opis. sekarang bg direct je.

    ReplyDelete
  3. insyaa Allah.. rezi anak ni kan.. alhamdulillah masih bertahan tu.. :)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG