Monday, September 15, 2014

Cuti-cuti Melaka 2014

Hari Ahad semalam Mr. Tajul ade program Fit For Life di Dataran Pahlawan Melaka. So alang-alang kerja tu Mimie dan family pun menumpang la ikut. Hehehe. Kami bawa Ummie aka MIL sekali. Lepas tu kakak ipar Mimie kak ngah pun nak ikut bawa family dieorang jugak.

So kami bertolak hari Sabtu pagi dalam pukul 11. Sampai Melaka terus cari asam pedas. Hehe.. menu wajib datang melaka. Lepas tu jalan-jalan di sekitar bandaraya Melaka. Mr. Tajul ajak naik Menara Taming Sari. Tiket dewasa RM15. Kanak-kanak RM10. Siap bagi goodies muffin dan air kotak.

Lepas naik Menara Taming Sari kami makan malam di Restoran Parameswara di Umbai. Serius sedap butter prawn yang dimasak. Habis diet okay.. hahaha..
The next day tu Mr. Tajul ade program Fit For Life dari pagi sampai tengah hari. So tengah hari tu kitaorang checkout then lunch kat Johnny's Restaurant di Dataran Pahlawan. Lepas lunch kami naik beca pusing satu Melaka. Total 1 beca pusing 1 Melaka RM50. Then beli belacan dan cencaluk. 1st time makan cencaluk. Baru ku tahu cencaluk itu sangat sedap hahaha. So terus beli 3 botol muahaahaha.. 3 botol RM10. Belacan pun 3 ketul RM10. Kudap-kudap pisang salai 2 paket RM10 jugak.
So sebelum balik singgah ke Pantai Klebang. Terus cari Coconut Shake Original Klebang. Beratur 55 minit baru dapat coconut shake. Serius ramai giler. So Mr. Tajul la beratur. Mimie tunggu dalam kereta dengan anak-anak.. Hehe..

Lepas minum coconut shake kami melawat makan Hang Tuah di Tanjung keling. Sementara tu singgah solat di masjid Tanjung Keling. Lepas tu baru kami balik. Balik memang jem teruk. Kami singgah RNR Seremban untuk dinner. Fuyooo... Nak masuk pun beratur panjang ke RNR. Lebih kurang 1000 malam baru kami sampai rumah...
Penat sungguh tapi memang menyeronokkan. Malam ni pulak nak ke Bukit Beruntung rumah Pak Sedara Mr. Tajul pulak coz ade jamuan.. ♥♥♥








Thursday, September 11, 2014

Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan KBS 2014

Tahniah Mr. Tajul... Hari ni dapat Anugerah Khas.. Semoga bertambah rahmat dan rezeki sepanjang masa.. Lepas dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ni abang dapat Anugerah Khas pulak.. Tahniah... I'm proud of you dear...

Selfie sebelum ke tempat kerja masing-masing pagi tadi

Tuesday, September 9, 2014

UPSR

Kepada semua anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ni semoga dapat menjawab dengan tenang. Semoga berjaya semua..

Kepada adik Mimie Cikgu Shafiq. Selamat mengawasi anak-anak UPSR. Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan kan.. hahaha.. Tahniah... Semoga anak didikmu cemerlang..

Kenangan UPSR Mimie di Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Kuantan Pahang tahun 1997. Amboiii.. Lamakan.. Husband Mimie cakap budak hingusan lagi masa tu. Mana taknya. Masa pergi reunion sekolah husband, bila tengok pada banner reunion dieorang adalah tahun 1999. Mimie cakap kat husband yang Mimie baru tingkatan 2 masa tu haha.. Sebab tu Mr. Tajul panggil Mimie budak hingusan masa tu. Sampai hati kan.. hahaha

Ok semua.. Good Luck for all UPSR's student. Gambate...!!!!

Monday, September 8, 2014

Kenduri Kendara

Minggu ni last bebudak sekolah. Minggu depan dah start cuti seminggu. As usual musim cuti sekolah adalah musim kahwin. Setakat ni dah dapat empat undangan majlis perkahwinan.. Minggu ni je ade 3 tempat. Minggu depan ade 1 tempat. Area Klang Valley. So tak risau sangat. Boleh gi makan kenduri sambil bawa anak-anak berjalan.

Kepada kawan-kawan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, Selamat Pengantin Baru, Selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga bahagia hingga akhir usia...

Ok.. Kesihatan tak berapa baik seminggu dua ni.. Tak dapat nak menulis sangat.. Ok readers.. Papaiii... (^_^)

Friday, September 5, 2014

Ofismate baru hari ni...

Haa... anak dara comel Aqilah hari ni teman mama buat kerja kat ofis. Dah banyak hari cuti untuk jaga anakanda tercinta. Hari ni tak boleh cuti dah sebab cuti mama dah nak pupus hahaha... oh lupa nak bagitau kenapa Mimie cuti. Sebab Aqilah kena demam campak...

Sebenarnya nak simpan cuti untuk vacation hujung tahun ni. Tiket flight dah beli. Penginapan dah tempah.. Nangiss mama tau kalau tak jadi. Tambahan pulak ayah sekarang tengah mangku gred 52. So cuti memang terhad.. (ToT)

So anak mama minta behave yer.. Mama bagi mamam and susu. Lepas tu tido tau. Mama nak buat work ni.. Semoga cepat sembuh... ♥♥♥


Wednesday, September 3, 2014

Mitos

Buku Ramlee Awang Murshid.. Limited edition. Takde jual kat kedai buku. Hanya jual melalui fan club RAM sahaja.. Berjaya juga beli buku ni. Nak buat macam mana. Dah memang suka sangat dengan novel pengarang ni.. Jom layannn
...

Monday, September 1, 2014

Masak-masak cuti merdeka...

Hello September....

Masih bercuti sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57...
Requested from Mr. Tajul. Nak makan nasi minyak katanya... So hari ni Mimie masak nasi minyak berlaukan kari ayam dan acar jelatah. Oleh sebab terlebih rajin hari ni so Mimie tambahkan dengan dessert agar-agar santan gula melaka..

Okay.. Selamat bercuti.. ♥♥♥


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG