Wednesday, December 23, 2015

Menyusu + Lapar + Makan

Arissa dah nak masuk 8 bulan. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk fully breastfeeding baby Arissa. hari-hari pam susu untuk memastikan stok susu Arissa cukup. Ya Allah.. Berikan rezeki Arissa menyusu sehingga usia 2 tahun dengan secukupnya.. Aaaamminnn..

Hari kerja Mimie memang rajin mengepam susu untuk buat stock ebm untuk Arissa. Tapi bila hari cuti alahai malas bebenor nak mengepam sebab Arissa lebih suka direct feed.. Oleh sebab baby kecil ni dah mula makan, so susu Arissa semakin kurang nak minum. Lebih suka makan dari menyusu. Alhamdulillah sihat anak Mama ni. So time ni la Mimie pulun buat stock untuk Arissa supaya stock susu sentiasa cukup hehehe..

Bila menyusu badan ni confirm cepat lapar. Dan kerja Mimie adalah makan dan makan. Reason konon-konon takut drop susu nanti kalau tak makan hahaahha.. Haish.. Camne nak diet sambil menyusu anak ni. Berat makin meningkat hihihi.. Tapi takde la dalam kategori obesiti. Baju-baju lama masih boleh pakai. Tapi takkan nak tunggu gemuk baru nak diet kan kan.. hahaha.. So tahun 2016 misi nak kurus dengan sihat hihihi.. Mampukah??? Hahahaha..


Friday, December 18, 2015

Happy Anniversary #6th

 




18.12.2009~18.12.2015 Alhamdulillah.. 6 tahun usia perkhawinan.. Akad nikah pada hari Jumaat penghulu segala hari. Dan kali ini bertemu Jumaat kembali.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurnia diberikan suami yang penyayang dan memahami diri seadanya..

Hari ni celebrate seperti tahun-tahun sebelumnya InshaaAllah.. Bersama insan tersayang suami di sisi dan anak-anak yang tersangat la comel.. hihihihi.. Pagi tadi lepas solat subuh berjemaah dengan suami, Mimie dapat wish Anniversary. Then dapat dukung lagi. Ayat husband yang tak boleh blah pagi ni, "Ringannya sayang macam hari pertama kahwin.."Amboii.. Tahu la perli Mimie tu.. Hahaha... Dah tak kurus macam dulu hahahaha.. Thankz abang.. Hadir sebagai penyeri hidup.. Sentiasa buat Mimie ketawa ddan menangis hihihi.. I really love you so much.. (^_^)

Tuesday, December 1, 2015

Penghujung Tahun 2015

Selamat datang Disember.. Bulan cinta.. Eh..?? Boleh ke macam tu.. hahaha. Yela.. Bulan Disember kan musim orang kahwin. Musim cuti sekolah. Musim honeymoon. hihihi.. Sama lah dengan Mimie bulan anniversary di bulan Disember.. Alhamdulillah.. Semakin menghampiri 6 tahun usia perkahwinan. Kalau ikut bulan islam dah lepas 6 tahun usia perkahwinan. huhuhu..

Tahun depan melangkah tahun 2016. Umur pun semakin meningkat. Semakin banyak perkara nak dibuat dan dirancang pada tahun baru. Anak-anak pun meningkat usia. Pengurusan sekolah anak-anak. Kos persekolahan  semakin meningkat tahun hadapan. Hurmm... Semoga dipermudahkan segala urusan Mimie, suami dan anak-anak...

Hari ni hari kedua kerja selepas cuti seminggu. So mood macam apa ntah. hahaha. Tapi gagahkan juga update blog kesayangan ni. Kang berabuk sayang.. Nanti dah tua-tua boleh baca balik entry yang dikarang. Anak-anak cucu pun dapat baca. Esok-esok dah tua berpencen sekiranya Allah panjangkan usia Mimie dan husband boleh la kami duduk baca berdua kat rumah. Hahahha..

Minggu ni masuk ofis pun rasa sunyi. Masing-masing mood konvesyen di Gambang Resort. Wahh..!!! Kuantan kan.. Tapi Mimie tak pergi la. Dah seminggu cuti berkampung kat Kuantan. So kasi can rakan-rakan lain pergi. Lagipun musim tengkujuh sekarang. Susah la nak bergerak musim hujan ni dengan anak-anak. Lagipun Abah dan Mama Mimie akan datang KL. Abah banyak urusan area KL sepanjang Disember ni. So boleh jumpa abah Mama walaupun tak balik kampung hohoho..

Ok readers.. Sampai ketemu di lain waktu. Papai...

Wednesday, November 18, 2015

Sunan Cinta Nan Sakti

Mimie memang peminat Ramlee Awang Murshid. Koleksi Sunan ni memang complete. Yang terbaru sanggup beli kat karangkraf sebab tak ada kat kedai buku lagi. Hari pertama keluar terus sold out kat karangkraf. Hari kedua baru dapat beli. Harga buku ni RM30. Tapi karangkraf bagi discount RM25.50. Suka betul. Tak sabar nak habiskan.

Dulu masa zaman anak dara satu hari boleh abiskan 2-3 novel. Sejak dah jadi isteri dan mak budak ni 2-3 hari pun tak abis-abis lagi nak baca novel ni. hahahaha.. Alahai sibuk betul dengan family.. hihihi.. Banyak kata-kata hikmah yang terdapat di sepanjang koleksi novel Sunan ni. Contohnya "Sebagai manusia, aku sayang padamu..." "Biar tersalah ampun jangan tersalah hukum..". "Awan andai dapatku capai, maka saktilah hamba.." Alahai.. Laksamana Sunan @ Saifudin.. Lelaki berduka dari Tanah Rencong.. (^_^)


Monday, November 16, 2015

Ini Semua Salah LAZADA...

Haish.. 11.11.2015~~12.11.2015 Lazada buat offer. Haish.. Pening bila dah 'ter'beli barangan kat Lazada ni.. Beli dua bijik pulak tu.. Beli apa tu Mimie ooiiii..!!!!

Haish... Mimie dah terbeli dua bijik aircond.. Isk.. isk.. Kopak mak tau.. "Hubby.. Sayang dah terbeli.." Huhuhu.. Satu aircond ni nak letak bilik tetamu kat bawah. Satu lagi nak letak kat bilik puteri-puteri Mimie ni. Since puteri-puteri ni dah mula tido bilik sendiri so Mama belikan untuk anak-anak semua..

Mimie beli jenama Electrolux. Dari review yang dah beli brand ni kat Lazada ada lebih kurang 30 review semua bagi feedback positive. Harga dia RM599 sebijik lepas discount. Dua bijik jadi riban jugak la mak jemah ni belanja. Haish.. Bila ko nak insaf Mimie oooiii... Lepas ni berjimat cermat la yerk... Hahahaha...

13.11.2015 barang dah sampai. kalau ikut estimate date sepatutnya sampai 18.11.2015~20.11.2015. Tapi sampai awal. 3 hari dah sampai. Laju betul service Lazada ni. So hari Sabtu tu dah pasang. Cost pasang RM400 ko melayang lagi.. Huhuhu... Alahai.. Takpe la.. Janji keselesaan kepada anak-anak dan tetamu yang datang terutama Mama, Abah, Ummie dan Abah. Kalau bilik bawah ni memang bonda dan ayahanda kami akan duduk. So bagi selesa pada mereka. hehehe

So far puas hati jenama ni. Senyap dan tak bising. Cepat sejuk. Anak-anak pun suka. Tapi bila tengah malam Mimie bangun tutup sebab musim hujan sekarang pun dah sejuk. Alah membeli menang memakai. Puas hati dengan jenama Electrolux. Berbaloi dengan harga yang super duper jimat..

Hujung minggu ni Mr. Tajul cakap nak bawa bercuti lagi. hurmm.. Anak-anak paling happy.. Hujung-hujung tahun ni cuti pun banyak lagi. So apply la untuk bawa anak-anak berjalan. Semoga dipermudahkan rancangan.. (^_^)

Thursday, November 12, 2015

My Sweet Potato (^_^)


Harta paling berharga dalam hidup ini.. Semoga berkekalan hingga ke jannah.. Amminn..
Seronok bila dapat berjalan, berkumpul dan gembirakan suami dan anak-anak..
Mr. Tajul dah janji akan ada next vacation untuk Mimie dan anak-anak. 
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..




Wednesday, November 11, 2015

Genting Highlands 2015

Percutian bersama insan tersayang.. Percutian dekat-dekat jer untuk anak-anak. Percutian kali ini khas untuk anak-anak. Alhamdulillah seronok kemain lagi terutama kakak Batrisyia dan kakak Aqilah. Baby Arissa kecil lagi.. Seronok tengok kakak-kakak main jer.. hihihihi

Mimie tempah 2 bulan lepas hotel dan tiket indoor game. Tiket indoor game sekarang ada pakej sekali dengan Ripley's Believe It or Not. Have fun sungguh. Terima kasih Mr. Tajul bawa isteri dengan anak-anak berjalan walaupun penat baru sampai dari Sabah terus bergerak ke Genting Highlands.

Percutian ni sekali dengan adik beradik dan ipar duai Mimie. Mama dan Abah Mimie bercuti di Langkawi ketika ni. So adik beradik la berhavoc kat puncak bukit. hehehe..

Kebetulan Mr. Tajul kena outstation ke Sabah. So sampai dari Sabah dalam pukul 3 petang terus bergerak ke Genting Higlands. Mama dan anak-anak appreciate sangat.. TQ sayang.. InshaaAllah. Tahun depan nak pergi sekali lagi sebab tahun depan outdoor game dah mula buka. Seronok bila dapat membahagiakan anak-anak dan keluarga..





Wednesday, October 28, 2015

Arissa 6th months


Yeaaahhh!!! Baby Arissa dah 6 bulan. Alhamdulillah berjaya exclusive breastfeeding dengan berjaya.. Semoga membesar menjadi anak solehah..

Arissa budak baik. Tak banyak ragam. Senang jaga. Sekarang dah start makan. Bawa bekal puri banana dengan bubur dikisar halus. Thankz to mommy Erin jual food processor autumnz steam and blend. Senang kerja nak buat puri Arissa.. hehe

Rambut budak kecik ni memang lebat. Walaupun dah cukur botak licin masa 7 hari dulu. Tumbuh sekata dengan lebatnya. Alhamdulillah.. 

Pukul 8.30 malam dah tido. Bangun malam susu kejap-kejap je. Selebihnya memang tido sampai pagi. Senang Mama Ayah jaga hihihi.. Pagi-pagi pukul 6 pagi dah bangun tanpa kejut. Pandai timing jam baby Arissa ni. Senang Mama uruskan anak-anak pada waktu pagi..

Semoga dapat menyusu Arissa dengan susu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun.. Aaamiinn.. Semoga Allah cukupkan susu kepada baby Arissa. Semoga anak Mama dan Ayah membesar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.. Aaamminnn..

Wednesday, October 21, 2015

Birthday's Celebration to Ayah

Happy Birthday Husband.. Mama and kiddos love you so much.. Malam tadi celebrate bersama.. Anak-anak happy.. Kek ayah dah jadi kek anak-anak. Excited sangat dengan coklat. Happy sangat.. Thank you kak Jaja untuk kek yang mabelesss sedap and awesome...

Tuesday, October 20, 2015

Happy Birthday Hubby

Alhamdulillah.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat suami tercinta. Genap usia 33 tahun. Dikala usia abang 33 tahun dan sayang 30 tahun kita dikurniakan 3 cahaya mata puteri semuanya.. Indah sungguh perancangan Allah untuk kita pada angka 3 pada tahun ini kan...

Sebagai ketua keluarga, sayang doakan abang diberikan keimanan, kesihatan, kebahagiaan, rezeki yang berlipat kali ganda, amal soleh yang diberkati, umur yang panjang, pemimpin keluarga yang baik dan berhemah, suami yang soleh, bapa mithali, kebaikan di dunia dan akhirat serta dipelihara ALLAH SWT... Aaaammiinn...

Malam ni kita celebrate bersama anak-anak.. Terima kasih hadir melengkapkan kehidupan isterimu ini dan anak-anak kita.. Sayang abang dunia akhirat.. (^_^)

Monday, October 19, 2015

Doa setiap pagi (^_^)

Setiap pagi apabila menghantar anak-anak dan ke tempat kerja, radio kegemaran Mimie adalah IKIM FM. Alhamdulillah banyak perkongsian dalam kehidupan yang dapat dikongsi bersama dengan ahli keluarga.

Setiap pagi bila Mimie dan anak-anak naik kereta kami akan baca doa pagi bersama-sama di IKIM pada jam 7.00 pagi. Alhamdulillah. Aqilah yang umur 2 tahun ni pun dah pandai baca doa pagi sebab hari-hari ikut membaca dengan alunan nyanyian walaupun dapat sikit-sikit tapi faham yang itu doa pagi yang dibacanya.. hihihi..

Comel betul anak-anak semua. Kakak Batrisyia Alhamdulillah. Dah boleh baca lancar dan sebutan yang jelas... Semoga anak-anak kami dimudahkan urusan dan pembelajaran dan segala hal serta dipelihara Allah SWT Aaaammiinnn...




Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Selamat tahun baru.. Azam baru, semangat baru.. Semoga amalan tahun lepas diterima Allah sebaiknya.. Semoga tahun ini dilimpahkan rahmat dan rezeki berlipat ganda InshaaAllah.. Aaamminnn...

Alhamdulillah.. Genap usia perkahwinan kami ke 6 tahun ini. Kami diijabkabul pada 1 Muharam 1431H. Sekarang dah 1 Muharam 1437H. Alhamdulillah dikurniakan kehidupan yang bahagia di samping suami dan anak-anak yang comel dan sihat.

Ya Allah.. Berikanlah kebahagiaan, kesihatan, keimanan yang kuat padaMu Ya Allah, dilindungi dari musibah dan malapetaka, diberikan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Aaamminnn..

Tuesday, October 13, 2015

Solid Food Arissa

Alhamdulillah.. Arissa dah 5 bulan setengah.. Dah nak start makan sekarang. Masih dalam proses Mimie dalam penyediaan makanan untuk Arissa tak lama lagi.. Jadual pemakanan Arissa pun dah complete.. Wahh.. Ni Mama ke anak yang excited nak makan.. Hihihihi..

Dah join group kat FB yang mana mommies semua sediakan solid food untuk baby. Ada yang sudi download buku pemakanan bayi dalam group tersebut. Info yang sangat-sangat berguna untuk Mimie dalam penyediaan makanan untuk Arissa nanti.

Arissa sekarang dah bergolek-golek.. Dah tak boleh letak atas katil. Nanti confirm jatuh. Dalam baby cot pun dah melintang sana sini huhuhu.. Perkembangan yang baik anakku. Semoga semuanya membesar dengan sihat.

ni jadual dia.. hehehe

Alhamdulillah.. Seronok tengok anak-anak membesar depan mata. Penjagaan anak ni bukan kita je 100% nak kena buat. Husband pun kena main peranan penting. Mr. Tajul pun banyak membantu Mimie dalam membesarkan anak-anak.

Esok masuk tahun baru dalam kalendar islam. Alhamdulillah.. Esok genap 6 tahun usia perkahwinan kami dalam bulan islam. Terima kasih abang sepanjang hadir dalam hidup Mimie dan anak-anak..

Monday, October 5, 2015

Demam Raya...

Dah tak tau nak tulis tajuk apa.. Hampir 2 minggu sunyi dari menulis. Banyak perkara nak cerita tapi keadaan tak mengizinkan..

Alhamdulillah ibadah korban berjalan lancar. Raya pun meriah dengan bonda dan ayahanda serta kaum keluarga. Raya pun dapat balik kedua-dua keluarga. Jumpa kedua ayah bonda dan mertua.

Lepas raya baby Arissa demam. 1st time demam sejak lahir. Rupanya demam nak ringan badan. Sekarang dah bergolek satu rumah. Kejap jumpa tepi meja makan, kejap jumpa kat sliding door, kejap jumpa tepi sofa.. 5 bulan ko dah bergolek-golek yer dik.. Cepat bebenor..

Lepas Arissa demam sambung pulak pada Mr. Tajul dan kakak-kakak. Cuti raya sampai isnin. Hari Selasa tu kami sekeluarga MC sebab semua tak sihat. Ubat macam nak buka kilang bila klinik kesihatan bagi pada setiap sorang. Haish.. Tak tau sapa jaga sapa masa sakit ni.

Alhamdulillah anak-anak dan suami dah sembuh 2 hari lepas. Cuma Mimie still batuk selesema. MC lagi hari ni. Demam dah lebih 5 hari so kena amik darah. So far result ok. Cuma makanan tak dapat masuk tekak sebab sakit tekak dan tak rasa apa-apa. Masak bubur je la hari-hari. Tu pun tak tau rasa apa bubur sebab tekak tak rasa apa-apa.. Hope esok dah baik la sebab esok nak kena kerja. Alhamdulillah taska anak-anak still buka dan outdoor memang tak dibenarkan..

Semoga jerebu cepat hilang supaya masalah kesihatan tak menjadi semakin teruk. Aaaammminnnn...

Monday, September 21, 2015

Mood Raya...

Semalam baru balik dari Kuantan.. Alhamdulillah majlis sambut menantu adik lelaki berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang memeriahkan majlis..

Hari ni dan esok kerja. Rabu dah start cuti semula. Malam esok balik Kuantan semula.. Alhamdulillah. Tahun ni Allah izinkan kami laksanakan ibadah korban.. Satu bahagian Mimie dan satu bahagian suami. Tapi dua-dua ni kami korban dan Aqiqah kepada Nur Arissa Dayana..

Sebenarnya dah tak sabar nak bertemu hari esok.. Tak sabar nal balik kampung lagi.. Tambahan cuti sekolah. Anak-anak memang seronok.. Mama dan Ayah pun seronok jugak hahaha..

Ok readers.. Nanti sambung story.. Hari hari terakhir bekerja sebelum raya.. hihihi.. papaiii....

Monday, September 14, 2015

Kerja.. Cuti.. Cuaca.. Anak-anak...

Tak tahu nak letak tajuk apa.. Moh ler kita cerita sini.. (^_^)

Monday Blues.. Haish.. Hari Isnin je lemau nak kerja. Mood kerja tak sampai lagi.. Kerja hari ni dengan esok lepas tu cuti semula Hari Malaysia. Cuti Hari Malaysia kakak Batrisyia ada Sport's Day Little Caliph.. Lepas tu kerja semula dua hari kemudian balik Kuantan sebab adik lelaki ada majlis sambut menantu. Minggu depan lagi la mood ke laut nak kerja. Kerja dua hari je sebab Rabu dah start cuti raya haji sampai isnin cuti. Balik kampung lagi.. Seronoknya balik kampung jumpa Mama Abah dan in law juga.. Mama yang excited nak balik kampung mengalahkan anak-anak.. hehehehe...

Hari ni cuaca semakin buruk. Jerebu semakin tebal. Sakit mata dan sesak nafas kalau berjalan keluar. Sebab tu hujung minggu duduk rumah je. Tak sanggup nak bawa anak-anak keluar dengan cuaca teruk sekarang. Tak bagus untuk aktiviti luar. Selalu lepas balik sekolah, Batrisyia dan Aqilah akan berbasikal di porch car. Sekarang dah tak boleh buat macam tu dah. Jerebu tebal. So duduk dalam rumah dengar Mama cerita dari buku cerita ataupun kalau Mama busy kat dapur dapat la anak-anak tengok kartun. Sekarang ni favourite cartoon dieorang Big Hero 6. Hari-hari tengok.

Tapi kalau ayah budak-budak ni balik, cerita kartun akan disekat. hehehe. Bukan tak bagi terus cuma lebihkan aktiviti dari menonton TV.  Suami Mimie ni lebih pentingkan anak-anak main permainan dari tengok TV. Kalau TV tutup macam-macam mainan dua beradik ni main termasuk la mewarna dan melukis. Aqilah ni jenis ikut kakak. Apa kakak buat dan cakap mesti ikut. Sebab tu Mimie selalu nasihat Batrisyia supaya cakap baik-baik. Layan adik baik-baik. Adik suka ikut kakak sebab adik sayang kat kakak. Alhamdulillah. Memang bestfriend dua beradik ni. Baby Arissa kecil lagi. Nak masuk 5 bulan. Dah besar nanti boleh join akak-akak main yer..

Ok.. Jumpa lagi nanti. Nak masuk meeting jam 9 ni. Papai... (^_^)

Friday, September 11, 2015

Roti Telur berinti Keju

Eh.. betul ke nama dia....???? Suka-suka nak letakkan sebab kita yang masak hahahaha... Mudah sangat breakfast pagi ni sebelum ke tempat kerja. 5 minit siap.

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Keju
3. Telur
4. Garam

Cara buat:
1. Letak keju atas roti. Letak 1 lagi roti atas keju pulak.
2. Pukul telur dengan sedikit garam.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak.
4. Celup roti yang ada keju ke dalam telur yang dipukul.
5. Masuk roti telur dalam minyak panas terus terbalikkan (beberapa saat je. Nanti jadi hitam kalau lama-lama)
6. Siap dimakan (^_^)

Sebelum masuk kuali Mimie potong kecik-kecik. Senang anak nak makan

Wednesday, September 9, 2015

Kudapan Baru

Kek Lumut namanya. Kek Lumut Sarawak.. Ya Allah.. Sedapnya.. Dengan gebus dan lembut.. Walaupun kek ni tak naik belon datang dari Sarawak tapi Kek Lumut ni hasil tangan orang Sarawak. Serius sedap. Lepas ni nak order bawa balik kampung. Nak beli untuk Mama Mimie dan Ummie MIL (sebab tu mak mertua sayang.. Apa-apa untuk Mama Mimie mesti beli untuk mak mertua jugak.. hahahaha)

Nak ambil hati mertua kena pandai. Lagipun mak mertua sama macam mak sendiri. Alhamdulillah selagi boleh berbakti pada kedua bonda Mimie akan usahakan sebaik mungkin. Kalau beli set pinggan corelle or vantage mesti beli 2 set. Satu untuk Mama Mimie satu lagi untuk Ummie Mertua Mimie. Sebab dua-dua sayang Mimie dan jaga serta doa yang terbaik buat keluarga Mimie.. (^_^)

Kalau Mama Mimie atau Ummie datang ke rumah dan nak pergi mana-mana, kami suami isteri mesti tunaikan sebaik mungkin. Kalau Mr. Tajul busy tak sempat nak bawa Mimie sendiri la drive walaupun kena masuk tengah bandar KL yang sesak tu. Janji mereka bahagia dan gembira.

Eh.. Dah lari topik.. Ok. Pagi-pagi ni nak breakfast kek lumut. yum.. yumm.. Alahai sedapnya... (^_^)

taraaa... sedapnya...

dah siap potong nak makan hehe

Tuesday, September 8, 2015

Kebun di rumah

Seronok duduk di rumah yang ada tanah ni. Macam-macam boleh ditanam. Rumah Mimie ni macam-macam buah ditanam. Mr. Tajul suami kesayangan Mimie ni memang rajin bercucuk tanam. Tangan sejuk orang tua cakap. Tanam je inshaaAllah ada hasilnya. 

Pokok pisang kat rumah ni dah 3 kali berbuah. Manis sangat. Sedap betul makan buah fresh dari pokok ni. Sekarang tunggu buah ciku masak. Memang tak sabar. Selain tu ada buah jambu batu dan buah delima. Alhamdulillah berbuah dengan baik. Pokok mangga masih dalam proses pembesaran..

Selain buah-buahan ni Hubby Mimie ni tanam daun kunyit. Senang je bila nak masak amik terus dari kebun sebelah rumah. Kalau beli kat kedai sehelai daun kunyit 80sen. Halus je daun die. Last-last tanam sendiri. Puas hati. Pokok limau purut pun mencanak-canak naik tumbuh subur. Sampaikan kena cantas sebab pokok duri ni tumbuh segar dan membesar dengan sihat. Tu belum pokok cili api, daun pandan, serai. Seronok betul bercucuk tanam ni.

Melihat hasil setelah berbakti pada tanah memang seronok. Boleh dinikmati dengan anak-anak. Bersyukur kepada Allah diberikan rezeki yang tidak terhingga.. Tak rugi berbudi pada tanah kan.. Hehehehe...










Monday, September 7, 2015

Persiapan Raya Aidiladha

Sekarang tengah buat persiapan raya Aidiladha. Turn raya haji ni balik kampung rumah Mama dan Abah Mimie hehehehe.. Sebab raya Aidilfitri hari tu dah balik Dungun rumah in law kan..

Persiapan raya sama macam raya Aidilfitri. Sebab kat sebelah Pahang ni kami beraya macam bulan Syawal. Lepas solat raya tengok haiwan korban. Lepas tu start beraya ke rumah sedara mara. Tak sabar rasanya. Walaupun dah jadi Mak budak bila jumpa sedara mara rasa macam dulu-dulu. Sembang tak ingat dunia. Hahahaha.. Yang penting nak anak-anak tahu macam mana suasana raya ni. Kenal sepupu sepapat yang jauh-jauh jugak hehehe..

Alhamdulillah.. Tahun ni Mimie korban satu bahagian dan Mr. Tajul satu bahagian. Tapi dua-dua ni kami buat satu korban untuk baby Arissa dan satu bahagian Aqiqah untuk baby Arissa jugak. Kakak-kakak semua dan pernah korban dan aqiqah. So turn kali ni bagi kat adik pulak. Alhamdulillah. Tiap-tiap tahun diberi peluang oleh Allah untuk kami suami isteri laksanakan ibadah korban ni..

Tema warna baju raya tak pasti lagi. Masih dalam pencarian. Mr. Tajul ikut je. Selalunya Mimie yang siapkan semua. Yang penting Mr. Tajul akan Q & C baju Mimie hahaha.. Tak mau ketat-ketat sangat katanya. Sebab sekarang ni banyak yang jual baju jenis melekat kat badan. Yang tu Mr. Tajul reject awal-awal.. Hahahaha..

Minggu depan 19.09.2015 Majlis sambut menantu kat rumah Abah Mama. Adik lelaki Mimie yang cikgu sambut menantu kat sini. Sekarang pengantin lelaki tengah cuti panjang sebab accident. Bikers kental la konon hahaha.. Alhamdulillah patah tangan je. Boleh lagi nak makan beradap sambut menantu nanti. Sekarang adik lelaki Mimie ni jadi bahan dikenakan oleh kami adik beradik. Iron Man keluarga sebab besi masuk tangan hahahaa.. Adik beradik Mimie ni memang havoc tambah-tambah bab mengenakan adik beradik. Sebab tu menantu-menatu Abah Mama kena masuk satu kepala dengan kami. Alhamdulillah semua yang masuk keluarga kami ni satu  kepala. Termasuk la suami Mimie ni. Kalau loyar buruk die boleh tahan la.. hihihihi

Ok la. Hari pertama dalam minggu ni bekerja. Monday Blues.. Hari ni mood BW. Nanti Mimie datang melawat. (^_^)

Tuesday, September 1, 2015

Birthday Celebration & BBQ Family

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman usia di dunia ini selama 30 tahun. 29 Ogos genap usia Mimie 30 tahun. Welcome to 3rd series.. hehehe..
Usia makin meningkat. Hope perangai pun makin matang. Umur 30 anak 3 sekarang. Nak kena kurangkan merajuk dengan suami hahaha.. Mimie memang suka merajuk. Nasib la suami suka memujuk hihihi...

Alhamdulillah.. Dari kecil dididik oleh Abah Mama sehingga berjaya menjadi insan berguna pada keluarga dan negara. Berkat didikan dan bekalan ilmu dunia akhirat Abah Mama, anakmu kini bersyukur berada dalam kehidupan yang penuh bahagia..

Kemudian bertemu jodoh dengan suami tercinta. Didik menjadi isteri solehah dan Mama mithali buat anak-anak kami. Memberi nasihat dan bimbingan selepas Abah Mama mengamanahkan diri ini buatmu abang..

Alhamdulillah. Banyak pencapaian dicapai di usia 30 tahun. Cuma satu peringatan buat diri sendiri. Usia semakin meningkat maka kematian semakin menghampiri. Mati tak kira usia. Cuma harapan sebelum menutup mata biarlah kami suami isteri dapat menunaikan haji dan umrah di tanah suci. Daftar haji pun sudah. Semoga Allah memberi peluang menjadi tetamuNya di sana. Aaamminnn..

Celebrate birthday memang seronok sebab balik Kuantan rumah Abah Mama. Berkumpul semua balik. So celebrate birthday Mimie dengan adik bongsu sekali sebab kami lahir bulan Ogos. Then buat BBQ makan-makan family. Memang meriah. Seronok sangat-sangat. Terima kasih buat semua keluarga meraikannya..

Friday, August 28, 2015

Birthday's Party Aqilah @ School

Sempena bulan kemerdekaan. Taska Aqilah celebrate birthday buat anak-anak yang lahir dari bulan Mei sampai bulan Ogos. So Aqilah lahir 30 Mei then Mama decide celebrate la dengan kawan-kawan jugak.. Kek Mimie tempah di Putrajaya Cake House. Kek Robocar Poli. Kek Aqilah paling jadi tumpuan anak-anak dan ibu bapa untuk ambil gambar. Comel kek die. Hehehe..

Goddies untuk kawan-kawan Aqilah Mimie decide beli set pensil dengan wallet kanak-kanak. Penat membungkus kat kedai tengah hari sebelum majlis tu mula. Sebab beli goddie last minute. Hehehe.. Alhamdulillah... Rezeki kawan-kawan Aqilah..

Seronok sangat suasana di Taska semasa sambutan hari jadi. Jumpa parents.. Anak-anak dengan kawan-kawan bergaul dan main sama-sama.. Okay.. Hari ni nak balik Kuantan. Cuti sampai 31 Ogos kan.. Eh eh.. Esok birthday Mimie.. Ntah apa la suprise Mr. Tajul dan anak-anak nak buat esok.. (^_^)

Ayah with his ladies..

Kek yang jadi perhatian ramai

goddies untuk kawan-kawan Aqilah

Anak-anak dengan kek masing-masing

parents

Suasana di taska

Wednesday, August 26, 2015

Check Up Arissa 4 bulan

Alhamdulillah. 28hb ni genap Arissa 4 bulan. Still menyusu ibu sepenuhnya.. Alhamdulillah..

Check up hari ni takde cucuk hehe.. Berat Arissa sekarang 5.7kg. Tinggi 64cm. Tinggi macam ayah.. Budak baik.. Takde ragam.. Mudah nak jaga.. hehehe

Arissa sekarang dah boleh pusing 360° bila meniarap. Kalau tido dalam baby cot memang macam-macam gaya. Melintang la menegak la.. Comel sungguh. Baby semua comel kan..

Alahai... cepatnya kamu membesar. Tapi bau baby ni memang syokk kan.. Tambah-tambah bau mulut baby. Hari-hari nak cium.. wanginya... Ramai yang cakap bau baby ni sebahagian dari bau syurga.. Wanginya... hehehe

Semoga anak-anak Mama Ayah membesar dengan sihat dan cemerlang di dunia dan akhirat.. Aaammmiinnn...

saya tak kena cucuk hari ni.. hihihi

Monday, August 24, 2015

Super Ayah

Seminggu tak menulis. Tak sempat nak menulis. Start Ahad lepas sampai Jumaat lepas. Seminggu berkampung di KL menjadi Fasilitator untuk kadet baru dalam Latihan Asas. Kelas dieorang ni mula pagi sampai malam.

Penginapan disediakan. Tapi Mimie pilih untuk berulang alik sebab kesian pada Mr. Tajul nak uruskan anak-anak. Walaupun sampai rumah hampir 12 tengah malam dan bertolak jam 7 pagi keesokan harinya untuk hantar anak-anak ke sekolah. Pengorbanan seorang Mama dan isteri pada anak dan suami..

Mr. Tajul cakap, "Kesian sayang. Baru abang faham sayang penat bila balik kerja uruskan anak-anak. Balik kerja ambil anak-anak. Lepas tu masak untuk abang dan anak-anak. Kemudian tidurkan anak-anak.. Abang rasai seminggu sahaja penat yang sayang lalui setiap hari.. Terima kasih sayang jaga abang, anak-anak dan keluarga kita.."

Touching tau bila husband cakap macam ni.. Maybe sebab Mimie dah biasa kot. Balik kerja terus ambil anak-anak. Lepas tu masak then makan dengan suami dan anak-anak. Lepas tu tidurkan anak-anak. Sampai kadang-kadang dengan Mimie sekali tidur kat bilik anak-anak semasa tidurkan dieorang. Suami akan kejutkan Mimie dan pimpin Mimie masuk bilik kami kalau Mimie tertidur bilik anak-anak.

Macam ni la hidup berumah tangga. Saling bantu membantu. Tiap-tiap malam Mr. Tajul akan kemaskan ruang tamu rumah masa Mimie tidurkan anak-anak kat atas di bilik. Alhamdulillah ada suami yang memang ringan tulang membantu Mimie menguruskan rumah. Takde la rumah tunggang langgang.. hehehehe..

Terima kasih ayah aka husband tercinta untuk seminggu jadi babysitter masa sayang takde. Semoga Allah panjangkan usia abang dan memberi kebahagiaan buat kita sehingga akhir usia.. Aaammiinnn..





Notakakitangan: Tak kuasa nak layan perempuan mental dengan fantasi die. Kesian.. Kurang kasih sayang kot..

Monday, August 17, 2015

Tercapai Hajat di Hati

Alhamdulillah... Sebelum ni dah susah hati tempat nak simpan susu Arissa dah penuh peti. Sampaikan nak letak barang basah pun dah takde tempat.. Dah ler gomen gaji lambat huhuhu.. Mengorek la mak jemah nak beli deep freezer ni.. Alhamdulillah Allah berikan rezeki kepada kami.

Mimie beli kat Lazada. Kebetulan ada kupon GP dapat rebat RM100 if beli barang harga RM500 ke atas. Harga deep freezer ni RM700++. Pastu Lazada offer RM515. Penghantaran PERCUMA... Tapi jika korang download application Lazada dan beli secara android baru layak guna kupon ni. Sebab kupon ni tak boleh beli pakai komputer. So Mimie dapat deep freezer jenama Hesstar 120L dengan harga RM415... Beli dengan bijak yer..


Thursday, August 13, 2015

Deep Freezer a.k.a Chest Freezer

Misi pencarian deep freezer. Ada jugak yang panggil chest freezer. Dah google nak cari yang sesuai. Ini disebabkan peti ais dah penuh nak isi barang basah nak memasak. Penuh dengan stok susu sahaja. (ToT) Nangis tau kalau nak beli barang basah runcit-runcit.. isk.. isk.. iskk... Lagi pun nak hygiene susu. Tak mau la susu duk dengan barang basah ikan-ikan, ayam, udang.. 

Dah susun cantik-cantik tapi bila nak ambil bawa ke school anak, berterabur semula dalam fridge. Memang wajib cari. Dah takde tempat nak letak stok dah. Ni pun hujung minggu kat rumah tak mengepam. Kalau mengepam macam membazir sebab tak boleh nak simpan dah... huhuhu.. Peti dah penuh..

Baru-baru ni tengok-tengok jugak dekat Lazada.. Masa tu ada coupon RM100. Rasa macam berbaloi beli sebab penghantaran PERCUMA... Memag item yang wajib beli dah sekarang.. (ToT)

Monday, July 27, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua keluarga, sahabat, kenalan, readers blogger, stalkers dan semua pembaca dan follower blog Mimie. Maaf zahir batin..

Mimie masih bercuti raya sambung terus dari cuti bersalin. Start masuk kerja khamis ni. Suasana raya tahun ni memang havoc. Perjalanan dari Kuantan - Dungun - Kuantan - Dungun - Kuala Terengganu - Dungun - Kuantan - Maran - Kuala Lumpur.

Semalam Mr. Tajul ajak beraya rumah kawan-kawan die. Mimie pun ade open house umah mommy blogger. Tapi semua xsempat sebab Mimie dengan kakak sulung dan adik bongsu Mimie busy ke Nilai 3 cari barangan untuk gubah hantaran adik lelaki nak kahwin. 08.08.2015 ni Majlis kahwin sebelah perempuan kat Rawang. Sambut menantu nanti 19.09.2015 di Kuantan.

Balik dari Nilai 3 terus buat gubahan. Hari ni nak pergi lagi sebab ade barang tak cukup. Alhamdulillah la Nilai 3 ni dekat je dengan rumah. Senang nak pergi semula hehehe..
Okay readers.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua beroleh kemenangan. #syukurselalu 



Sunday, July 12, 2015

Arissa Dah Meniarap

Alhamdulillah.. Yeahhh...!!! Hari ni Arissa 76 hari.. Pagi-pagi lagi dah bangun meniarap.. Cepat betul anak Mama ni meniarap. Pecah rekod kakak Aqilah. Aqilah dulu 89 hari baru meniarap. Alhamdulillah.. Membesar dengan sihat dan ceria..

Arissa ni murah sangat dengan senyuman.. Mulut pun dah riuh bercerita.. Sangat ramah yer.. Kakak-kakak pun sayang sangat kat Arissa. Dan yang paling buat Mimie bahagia adalah still fully breastfeeding kat Arissa.. Alhamdulillah...

Ok.. Nak rehat dulu.. Baru balik shopping kasut raya Mama dan anak-anak.. Semalam shopping seluar baju Mr. Tajul.. Jap lagi nak kemas-kemas nak balik raya.. Ho ho balik kampung.. Hati girang.. hihihihi...

Wednesday, July 8, 2015

Persiapan Raya 2015

Semakin menghampiri penghujung Ramadhan.. Mengumpul pahala dan amalan baik bagi malam-malam terakhir Ramadhan.. Semoga dapat berjumpa dengan malam Lailatulqadar.. Aaammiinnn...

Alhamdulillah.. Persiapan raya almost complete.. Baju raya sedondon dah siap.. Baju raya kasual anak-anak pun dah siap.. Cuma baju kasual ayah je belum siap lagi.. Ntah bila la Mr. Tajul nak beli.. Busy memanjang jer.. Masa shopping baju anak-anak tak cari pun baju sendiri.. Hai la Encik suami ni...

Mimie pun dah nak hampir complete. Cuma nak cari sandal raya dengan handbag baru untuk raya. Mak dengan anak-anak yang over nak raya hahaha.. Nampak macam mak yang over nak raya ni. Hahahaha..

Raya tahun ni tema warna golden mustard. Mr. Tajul yang pilih.. Raya tahun ni raya pertama di Dungun sebelah suami.. Raya kedua balik Kuantan sebab Mama dan Abah Mimie memang tiap-tiap tahun open house raya kedua. Raya ketiga di Dungun semula sebab adik ipar nak akad nikah di Paka. Raya ke empat majlis sebelah perempuan. Lepas majlis tu balik rumah Mama dan Abah Mimie semula di Kuantan untuk habiskan cuti Raya. Seminggu lepas raya dah naik kerja. Complete dah 3 bulan cuti bersalin.. (ToT) Rasa tak mau nak kerja dah. Nak duk umah dengan anak-anak jer rasa.. hurmmm...

Hujung minggu ni last shopping raya untuk kasut anak-anak dan mama termasuk baju kasual ayah. Then Selasa malam dah balik Kuantan dulu. Khamis pagi baru balik dungun untuk sambut Syawal.. Semoga urusan dipermudahkan dan ibadat diterima Allah.. Aaammminnn...

Friday, July 3, 2015

Pengalaman Bersalin Puteri ketiga

Late entry lagi kan.. hahaha.. Arissa dah berumur 2 bulan baru nak mengarang pasal pengalaman bersalin anak ketiga ni. Nampak tak betapa sibuknya Mimie sekarang huhuhu...

Mimie selamat melahirkan puteri ketiga pada 28hb April 2015 jam 0945hrs. Dari anak pertama sehingga anak ketiga semua lahir waktu pagi. Tanda-tanda nak bersalin semua ada sebelum subuh.. Subhanallah.. Perancangan Allah dalam memudahkan Mimie melahirkan anak-anak..

Nur Arissa Dayana lahir genap 40 minggu iaitu memang due date. Hehe.. Malam tu pukul 12 malam Mimie bangun tido nak ke tandas. Tapi Allah je yang tahu sakitnya peranakan sampai tak boleh jalan. Tapi gagahkan diri juga untuk buang air. Lepas keluar tandas tengok Mr. Tajul lena sangat tido. Nak gerak tak sampai hati sebab Mr. Tajul penat travel ke tempat kerja di penempatan baru dari rumah ke KL. So Mimie try pejam mata sampai tertido..

Jam 4 pagi Mimie terasa sesuatu mengalir keluar. Terus Mimie bangun. Then gerak Mr. Tajul. Mimie cakap air ketuban dah pecah. Mr. Tajul boleh pulak meraba-raba atas katil nak tengok basah ke tak. Hahahaa.. Lepas tu terus siap-siap bagitau Bonda Mimie yang memang tunggu Mimie bersalin. So Batrisyia dan Aqilah tinggal dengan Tok Mama sebab Mr. Tajul nak teman Mimie di labour room.

Dengan baju kelawar baju tido Mimie ni terus ke Hospital Putrajaya. Sampai di Dewan Bersalin di hospital Mimie tengok ada notis makluman bahawa Putrajaya tak ada katil. So redha je la serah diri. Sebab Putrajaya kalau katil dah penuh dieorang akan reject ke hospital kajang atau HKL.

Selesai daftar Mimie ditempatkan di dalam bilik untuk monitor denyutan jantung bayi. Sampai hospital dalam pukul 4.30 pagi. Contraction tak ada. Dan Mimie pun tak rasa sakit langsung nak bersalin. Nurse cakap pukul 7 nanti doktor tengok sebab doktor tengah ronda wad. Nurse cakap kat putrajaya katil penuh. So dieorang minta pilih nak hantar ke kajang atau KL. Mimie cakap tanya husband saya. Saya ikut je. Then masa tengah tunggu doktor tu Mr. Tajul wass app yang die pilih kajang sebab dekat sikit berbanding nak hantar KL. Mimie cakap ok je.

Pukul 7 doktor pelatih datang check laluan. Hurmmm.. Baru buka 2cm. Maknanya memang kena reject hospital kajang sebab kalau laluan dah buka 5cm dieorang takkan reject coz risiko terbersalin dalam ambulance. Doktor pelatih cakap takpe kita tunggu MO saya datang. Tunggu punya tunggu sampai pukul 8.30 pagi masih tak muncul-muncul. Tetiba contraction berlaku. Addoooiii... Sakitnya contraction nak bersalin ni. ALLAH sahaja yang tahu kesakitan yang kena tanggung saat tu..

Datang nurse minta Mimie tukar baju hospital sebab kesian tengok Mimie pakai baju kelawar basah dengan air ketuban. Masa tu la Mimie cakap saya rasa nak berak. Masa ni memang tak malu dah nak cakap sebab sakitnya fuhhh... memang sakit ooooo... (ToT). Nurse pun cakap kejap saya check laluan. Bila check laluan dah 8cm.. Amikk ko.. Tunggu doktor tak sampai-sampai. Last-last nurse tolak katil masuk labour room. Alhamdulillah dapat bersalin Putrajaya lagi.

Masuk labour room baru husband boleh teman. Sepanjang sakit tahan contraction Mr. Tajul teman. Tolong usapkan rambut dan gosok-gosokkan tangan Mimie. Dengar Mr. Tajul berdoa dan berzikir untuk Mimie. Masa ni memang sakit teramat sangat.. Setiap kali nurse masuk Mimie akan cakap saya dah tak tahan dah. Rasa nak berak sangat. Nurse di Putrajaya memang baik sangat. Sentiasa layan kehendak pesakit. Setiap kali Mimie mengadu sakit setiap kali tu jugak nurse check laluan. Setiap kali check laluan baru buka 8-9cm. Kena bukaan 10cm baru boleh nak bersalin. Kali ketiga check laluan tiba-tiba Mimie tak tahan sangat terus meneran. Semua nurse meluru masuk sambut baby keluar.

Alhamdulillah.. 0945hrs selamat lahirkan bayi perempuan. Keluar je bayi terus letak atas dada Mimie. Masa tu jugak Mr. Tajul azan dan iqamat baby. Then nampak Mr. Tajul senyum gembira sambil cium dahi Mimie dengan ucapan terima kasih.. Masa ni Mimie alami tumpah darah selepas bersalin. Selepas uri keluar darah tak berhenti. Alhamdulillah doktor pakar doktor Maria ada handle keadaan. Alhamdulillah semua selamat. Masa tu juga doktor pakar terangkan sebab bleeding adalah kerana bukaan tak cukup 10cm tapi baby dah keluar. Dan baby agak semangat iaitu 3.7kg.. Besar dari kakak-kakaknya hahaha..

Lepas bersalin Mr. Tajul bawa balik uri untuk dibersihkan dan ditanam terus. Mimie tunggu ambulance hantar Mimie ke Pusat bersalin berisiko rendah untuk duduk dalam wad kat situ sebab katil di hospital putrajaya penuh. Petang tu Mr. Tajul datang bawakan makanan pantang. Esok tu Mr. Tajul datang bawa Mimie balik. Alhamdulillah 1 malam je tido hospital. Memang tak sabar nak balik. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bersalin Mimie dan ditemani suami tercinta..

Terima kasih Mr. Tajul coz sentiasa menemani saat bertarung nyawa melahirkan zuriat kita. Terima kasih keluarga Mimie dan suami atas sokongan mesej dan doa semasa saat bersalin. Terima kasih kepada semua nurse dan doktor hoapital putrajaya atas perkhidmatan 1st class buat Mimie sepanjang berada di hospital..

Tuesday, June 30, 2015

My Dear Warehouse

Sorry semua.. Late entry.. Busy memanjang menguruskan rumah dan anak-anak.. Sape kata duk rumah free takde kerja.. Banyak sangat kerja sampaikan blog pun tak menyempat nak update. Huhuhu..

Okay nak story pasal hari Sabtu lepas, Mr. Tajul bawa Mimie dan anak-anak ke My Dear Warehouse.. Serius kami baru tau yang My Dear selalu buat clearance barang-barang. 3 kali setahun dan sangat berbaloi-baloi..

Okay kalau nak pergi sini memang rambang mata. Memang murah teramat barang-barang anak-anak.. Apa-apa pun anak-anak yang paling happy.. Mama Ayah keluarkan bajet haha.. Abiss bajet raya dah lari bila datang sini. Muaahahaha...

Bila Mimie post kat FB ramai yang tanya kat mana sebab harga sangat murah. Ok.. My Dear buat jualan gudang kat Branang. Clearance sampai 5 Julai ni. Tapi sapa nak tak sempat nak pergi dieorang cakap bulan Disember ni akan buat sekali lagi.. Meh Mimie share hasil rembatan di jualan gudang ni..

Hasil tangkapan jualan gudang

Harga die RM30 siap ade music

Harga RM30 jugak 

Scooter ni RM30 juga dengan music

RM30 jugak dengan 100pcs colour ball

Harga asal ni RM144. Clearance dapat RM20

Macam tak caya kan harga die. Huhu

Masa beli tak ingat dunia. Bila nak balik amik ko nak sumbat dalam kereta. Dah macam nak angkut dengan lori hahaha..

Thursday, June 25, 2015

Cheese Tart Strawberry in da house

Atas permintaan kawan baik Mimie BFF Nurul Akma so Mimie update resepi cheese tart starwberry dengan step by step..

Mula-mula sediakan bahan-bahan untuk shell tart.

Bahan-bahan:
250g buttercup
40g gula castor
2 biji telur kuning
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam
20g tepung jagung
350g tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur kemudian terus pukul.
3. Masukkan esen vanila,garam dan tepung jagung. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.

Bila dah siap jadi doh tekapkan pada acuan. Kemudian bakar separuh masak 150°c selama 10-15 minit. Sejukkan acuan. Kemudian keluarkan shell tart dari acuan. Kemudian boleh la sediakan bahan untuk topping..

Bahan-bahan
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur
25g buttercup
Filling strawberry (terpulang pada anda nak filling apa)
Pewarna merah.

Cara penyediaan
1. Pukul cream cheese bersama butter.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi.
3. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan dalam piping bag.

Ok.. Then masukkan filling ke dalam shell tart. Lepas tu piping cream cheese ke dalam shell. Lepas tu amik setitik pewarna merah ke atas cream cheese. Gunakan pencungkil gigi (make sure yang bersih tak pakai lagi tau haha). Lorekkan untuk jadikan corak pada cream cheese. Last step bakar selama 10 minit pada suhu 170°c.
Selamat mencuba... (^_^)

in progress

Untung ada anak dara (^_^)

Shell tart sebelum dibakar

Notakakitangan: iolss tak suka guna gambar google untuk share respi yang dibuat sendiri.. Kesian orang yang buat penat-penat lepas tu orang lain suka-suka hati letak gambar kat blog macam die punye.. Nak copy minta izin wokeh..

Sunday, June 14, 2015

Ladies Day Out

Jumaat lepas punya citer.. Bila Ayah ke tempat kerja so Mama dan anak-anak dah bosan sangat duduk di rumah.. Ni la jadinya.. hehe.. Outing with anak-anak dara..

Sebenarnya nak hantar adik bongsu nak balik UTHM. So sementara nak drop kat Putrajaya Sentral tu, Mimie bawa anak-anak dan adik perempuan Mimie yang dieorang panggil Ahsu lunch..

Niat hati nak ke IOI Mall.. Tapi cancel mengenangkan waktu lunch out orang keje confirm nak makan penuh.. So ke Alamanda je la.. Sebab rasanya kalau ramai pun tak seramai IOI.. huhuhu

Hujung minggu baru-baru ni baru keluar dengan Mr. Tajul. Nak cari barang untuk sambut Ramadhan minggu depan.. Seronoknya nak sambut ramadhan.. Batrisyia pun sibuk duk tanya "Bila kita fasting Mama..??".. Alhamdulillah.. Bagus anak Mama nak belajar puasa tahun ni..

Fuuhhh.. Jadi mak anak tiga ni memang penat. Kemas rumah sini sepah kat sana. Kemas sana sepah sini. TV memang tak boleh nak tengok. Asal bukak TV minta Upin Ipin, Despicable Me, Frozen, Sofia The First, Robocar Poli.. Nasib ler.. hahaha



Wednesday, June 10, 2015

44 hari berlalu...

Alhamdulillah.. 44 hari dah melalui tempoh berpantang.. Yeah.. hujung minggu ni boleh gi jalan-jalan..

Terlepas Floria kat Putrajaya baru-baru ni.. Termasuk la Hari Belia di Putrajaya.. Gara-gara nak complete pantang 44 hari. Huhu.. Alhamdulillah.. Misi tercapai complete pantang kali ni.. Mimie dan keluarga sihat..

Cuti bersalin 3 bulan ni akan dimanfaatkan untuk suami dan anak-anak.. InshaaAllah.. Ramadhan hampir tiba.. Persiapan menyambut Ramadhan kali ni sangat bermakna. Sebulan sambut puasa sebagai suri rumah sepenuh masa.. Seminggu selepas raya baru masuk kerja. So tak payah pening-pening simpan cuti nak raya. Cuti la puas-puas.. muahahaha..

Bila ada 3 puteri ni seronok sangat. Semuanya boleh diharap. Baby Arissa pun sangat behave.. Malam tido tak kacau Mama pun. Cuma bangun 2 @ 3 kali je untuk menyusu.. Senang jaga.. Tak meragam.. Alhamdulillah.. (^_^)

Next entry Mimie cerita pengalaman bersalin puteri ketiga ni dengan detail.. huhu..




Saturday, May 30, 2015

Happy Birthday Aqilah #2

Alhamdulillah.. Hari ni 30 Mei genap umur puteri kedua kami Nur Aqilah Humaira yang ke 2. Semoga anak-anak Mama dan Ayah menjadi anak yang solehah, diberikan kesihatan, diberikan kecergasan dan kecerdasan, diberi rahmat dannkasih sayang berpanjangan.. Mama dan Ayah sayang anak-anak semua.. (^_^).



WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG