Thursday, January 29, 2015

Cramp

Masalah mengandung dari Batrisyia, Aqilah dan baby in womb sekarang ni.. Cramp atau kejang.. Fuhh... Sakit oooo... (ToT)..

Selalunya betis kaki Mimie akan kejang. Selalu terjadi tengah malam. Mula la tengah malam terjerit sakit kerana kejang bahagian betis. Dan Mr. Tajul di sebelah selalunya bergegas bangun tolong betulkan otot yang tengah tegang. Kesian Mr. Tajul.. huhuhu.. Terima kasih abang. Bangun tengah malam tolong renggangkan kaki sayang dan picit-picitkan kaki walaupun dah pukul 2-3 pagi masa tu..

Terima kasih juga uruskan anak-anak tengah malam tolong buatkan susu untuk anak-anak bila anak terjaga tengah malam dan teman anak ke toilet bila anak nak ke toilet. Terima kasih bagi Mama rehat dan tidur cukup walaupun Mama sedar abang uruskan anak-anak tengah malam.. hehehe...

Seronok betul mengandung ni. Manja terlebih.. hahaha.. Alhamdulillah Allah berikan nikmat dan pengalaman ni pada Mimie..

Wednesday, January 28, 2015

Mood Balik Kampung

Minggu ni mood balik kampung.. Tengah menghitung hari menunggu hari Jumaat tiba sebab lepas kerja nak balik Kuantan.. Abah dan Mama Mimie buat tahlil dan doa selamat hari Sabtu ni. Lepas tu kami sambung cuti Hari Wilayah hari Isnin dan Cuti Thaipusam hari Selasa.. Dapat la 4 hari berderet cuti.. Memang tak sabar nak balik.. Huhuhu..

Raya Cina nanti baru nak balik rumah in law di Dungun. Sebab family in law nak datang KL masa kami cuti balik ke Kuantan. So balik dari Kuantan nanti baru kami dapat jumpa.

Tak kira la dah beranak pinak mahupun dah jadi isteri orang.. Selagi ada mak ayah selagi tu la perasaan balik kampung tu terasa menyeronokkan.. huhuhu... Semoga Allah memberi kesihatan berpanjangan buat Abah dan Mama serta Mertua Mimie.. Aaaammmiiinnn...




Monday, January 26, 2015

She's on the stage (^_^)




Alhamdulillah...
Akhirnya kakak Batrisyia berjaya membaca di hadapan ramai orang...
Mama Ayah dan Teacher bangga dengan kakak Batrisyia..
Semoga anak-anak Mama dan Ayah terus cemerlang di dunia dan akhirat...
Aaaaminnnn...

Tuesday, January 20, 2015

Kursus Pertama 2015

Hari berkursus... Sebelum nak bersalin bulan April nanti Mimie nak cukupkan 7 hari berkursus bagi penjawat awam. Nanti nak naik dari cuti bersalin 3 bulan tak sibuk-sibuk nak cari kursus dah. Hehe...

Hari ni Mimie ade kursus Pengurusan Kewangan belandaskan syariah. Wahhh... Pagi ni baru mula pengenalan terhadap kursus ni. Alhamdulillah bagus kursus ni sebab boleh membantu pengurusan kewangan diri dan keluarga berlandaskan syariah Islam.. Ahamdulillah...

Monday, January 19, 2015

Toys VS Gadget

Anak-anak zaman sekarang memang advance. Kalau bagi smartphone atau Ipad bukan main lagi pandai menekan applications yang dieorang suka..

Sama juga la kalau buka TV. Kadang-kadang Mama Ayah pun tak boleh nak tengok sebab anak-anak nak tengok kartun.

Tapi Mimie tetap disiplinkan anak-anak. Kartun hanya boleh tengok siang hari je. Malam tak ada channel untuk kartun. Malam masa untuk aktiviti membaca dan mewarna.

Kalau anak-anak dengan Mr. Tajul lagi susah nak tengok tv sebab Mr. Tajul akan bagi mainan. Habis sepah satu rumah. Tapi Mimie dan suami tak kisah. Sebab anak-anak.lebih kreatif. Bila main toys sel sel otak berkembang sebab macam-macam yang dibuat pada mainan mereka..

Hujung minggu menyeronokkan... (^_^)

Thursday, January 15, 2015

Kenangan Mengusik Jiwa

Belek-belek album dalam komputer ni terjumpa gambar-gambar lama. Ehh.. Gamabr masa anak dara sunti lagi.. Hahaha.. Lepas bersalin ni nak dapat berat badan masa anak dara dulu.. Fuuhh.. Azam baru tu.. mampu kerr??? (T_T) hehehe..

Gambar kenangan masa bercinta dengan Mr. Tajul dulu betul-betul mengusik jiwa.. Bila tengok balik gambar-gambar lama mula la terkenangkan peristiwa yang berlaku sepanjang perkenalan. Perkenalan yang singkat dan memang tak sangka Mr. Tajul purpose untuk bertunang dan serius nak ambil Mimie buat isteri yang sah. Sangat-sangat terkejut.. Ye la.. masa tu masing-masing tengah nak kenal hati budi masing-masing..

Terima kasih yer abang.. Hadir dalam diri Mimie dan anak-anak.. Jaga dan melindungi Mimie dan anak-anak.. Semoga kebahagiaan kita berkekalan sehingga ke Jannah.. Aaammmiinnn..

Notakakitangan: Orang mengandung ni memang touching agaknya..




Wednesday, January 14, 2015

No Perfume Pleaseeee...

Mengandung anak ketiga ni pelik sikit. Tak suka bau perfume. Kalau bau je mesti pening dan loya.

Masa mengandung anak sulung Batrisyia Mimie ni memang suka masak. Semua resepi nak cuba. Masak kuih, lauk pauk macam-macam jenis. Lepas tu suka mengemas rumah. Deco rumah. Alih perabot sana sini nak bagi cantik. Sampai Mr. Tajul marah sebab katil pun Mimie sibuk nak alih letak sekejap sana dan sekejap sini..

Masa mengandung Aqilah Mimie tak berapa suka masak. Hahaha.. Masak jugak tapi nak gigih meng'google' resepi tu memang tak la kan. hahaha.. Tapi satu tabiat Mimie masa mengandung Aqilah. Suka shopping online. Kejap-kejap beli baju.. Kejap-kejap beli macam-macam barang.. Even makanan pun beli online.. Huhh.. Memang tak terbendung.. Hahaha..

Sekarang mengandung anak ketiga.. Satu je problem.. Tak boleh bau perfume. Lepas tu mengidam nak makan macam-macam. Paling suka makan masa mengandung anak ketiga ni buah anggur. Tiap-tiap minggu beli buat stok.. Pelik betul.

Masa mula-mula tau pregnant dan tergerak hati nak cek pregnancy test tu bila Mimie nak balik kerja Mimie terbau perfume perempuan yang jalan depan Mimie. Lepas tu pening dan tak tahan terus muntah.. Hahaha.. Lepas tu rasa pelik. So singgah farmasi beli pregnancy test. Balik tu terus cek. Tetiba naik 2 line.. Opppsss... Tak tau nak kata apa masa tu. Cuma tunggu Mr. Tajul balik kerja nak bagitau berita gembira.. Bila Mr. Tajul balik bertambah kecoh dan happy kami dalam rumah tu. Siap ketawa hahaha.. Alhamdulillah.. Sepanjang mengandung ni tak ada masalah. HB normal, urine normal, tekanan darah normal, kencing manis dan darah tinggi memang tak ada sejak mengandung kesemua anak. Alhamdulillah..

Tahun ni beraya tambah la sorang lagi cahaya mata ketiga.. InshaaAllah.. Semoga dipermudahkan Allah.. Aaaamiiinn..

Tahun lepas berempat. InshaaAllah tahun ni berlima (^_^)

Tuesday, January 13, 2015

25 weeks (^_^)

i'm preggy lady.. (^_^)

Alhamdulillah.. Dah nak sampai penghujung trimester 2. Kalau readers perasan penghujung tahun 2014 Mimie kurang menulis di blog Mimie. Kalau BW pun jadi silent reader dan kadang-kadang Mimie reply comment pada entry geng blogger. 

Sebenarnya Mimie dah berbadan dua. Alhamdulillah. Allah perkenankan doa Mimie untuk dapat anak ketiga pada umur 30 tahun dan suami 33 tahun.. Waahhh.. Meriah angka tiga tahun ni ni buat Mimie dan keluarga..

Mesti ada yang tertanya kenapa Mimie tak bagitau awal-awal berita gembira ni??? Sebenarnya Mimie belajar dari pengalaman mengandung anak kedua. Sebab masa awal-awal Mimie bagitau Mimie mengandung ade Hamba Allah yang mendoakan perkara yang bukan-bukan pada Mimie dan kandungan. Bagi memlihara anak dalam kandungan dan kesihatan Mimie so Mimie tunggu bila kandungan semakin membesar.

Alhamdulillah.. Malam tadi Mimie, Mr. Tajul dan anak-anak ke Klinik Mediviron di Bandar Baru Nilai untuk scan baby. Alhamdulillah.. Baby sihat dan sangat aktif masa kami mengintainya hahaha.. Doktor pun cakap baby tak duduk diam. Aktif betul.. Hehehe..

InshaaAllah Mimie due bulan April ni. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. Harapan mengandung kali ni nak bersalin normal seperti kakak Batrisyia dan kakak Aqilah supaya Mr. Tajul ada di sisi di saat kelahiran anak ketiga kami nanti... Aaaamiiinn...

Thursday, January 8, 2015

Anak Rapat Dengan Ayah Lebih Berjaya?


Ayah merupakan ketua keluarga. Macam anak-anak Mimie semuanya rapat dengan Mr. Tajul especially Kakak Batrisyia. Memang rapat sangat dengan Mr. Tajul. Kalau merajuk dengan Mimie mesti cari ayah.. Sekarang pun Aqilah dah pandai cari ayah jugak. Kalau panggil ayah mesti dengan nada manja.. Geram betul Mimie dengar.. hahaha... Sedikit jeles tau.. Muahahaha...

Maybe sebab anak perempuan memang rapat dengan ayah kot. Batrisyia kalau bangun tengah malam nak minta air ke susu ke nak ke toilet ke mesti panggil ayah.. Mimie lega muahahaha sebab Mr. Tajul kena bangun tengah malam kan.. hahaha... Tapi Aqilah tengah malam still panggil Mama lagi.. Maybe sebab lama breastfeeding dengan Mimie so dah terbiasa panggil Mama..

Apa-apapun peranan ayah dalam keluarga sangat penting. Urusan anak dan keluarga mesti dibuat bersama dan tak boleh harapkan isteri sahaja.. Mimie pun bersyukur sebab Mr. Tajul sentiasa rajin membantu Mimie dalam urusan keluarga. Tak payah minta tolong pun sebab Mr. Tajul sendiri akan senang hati membantu Mimie menguruskan urusan keluarga..

Kalau pagi-pagi Mr. Tajul yang akan uruskan anak-anak dari mandi sampai hantar ke sekolah. Bila waktu balik baru Mimie akan uruskan anak-anak sebab Mimie balik awal waktu kerja sampai 4.30 petang. Bila Mr. Tajul balik kami sama-sama uruskan anak-anak.. Main dengan anak-anak.. Makan malam sama-sama.. Hampir setiap hari rutin yang sama. Lagipun Mimie ni jenis masak kat rumah sebab Mr. Tajul ni jenis makan kat rumah. So wajib masak untuk suami dan anak-anak. Sebab tu Mimie balik 4.30 petang. Senang nak uruskan keluarga.. hehehe..

Yang penting kita sebagai ibu bapa sentiasa akan mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak.. Doa ibu bapa yang amat penting untuk anak-anak berjaya.. (^_^)

Tuesday, January 6, 2015

Langkawi 2015

Alhamdulillah.. Percutian pertama di tahun 2015.... Semoga permulaan dan pengakhiran tahun berlalu dengan baik InshaaALLAH... Aaamiiinnn...

Percutian 3H 2M di Pulau Lagenda.. Pulau Langkawi.. Seronok suasana di pulau ni. Memang suasana kampung.. tambahan pula dengan sawah hijau.. Memang damai sungguh...

Pulau Langkawi ni memang terkenal dengan bebas cukai.. So Mimie ade la shopping pinggan mangkuk dan coklat.. Tapi pepero hijau satu pulau takde.. Dah abis.. Huhuhu.. Sabar je la... Okay.. Mimie sibuk duk shopping coklat dengan pinggan mangkuk tapi Mr. Tajul sibuk duk beli smartphone baru kat pulau bebas cukai ni.. hahaha... Tahniah ye sayang dah dapat phone baru di tahun baru... Riban tau abis untuk telefon jer.. Sabar je la suamiku sorang ni... hahaha..

Tempat menarik di Langkawi opkoss la banyak.. Kami ke naik Skycab a.ka Cable Car... Mimie ni jenis gayat.. Sabar je la bila tengok anak-anak dan suami kemain lagi excited naik.. Hahaha... Tempat lain yang kami tuju ke Telaga Tujuh Waterfall, Makam Mahsuri, Haji Ismail Group, Idaman Suri, Pantai Chenang, Dataran Lang bawa anak-anak main bubble dengan layang-layang..

Kami menginap di Holiday Villa berhampiran juga dengan Pantai Chenang.. Makan-makan memang banyak di pulau ni. Tapi kena pantai pilih.. Takut harga over mahal tapi tak sedap hahaha.. Tapi Mimie suggest boleh makan di Nasi Dagang Pak Malau. Jalan on the way ke Makam Mahsuri.. Memang rasa nasi dagang Terengganu Asli.. Bila Mr. Tajul tanya memang Mak Malau orang terengganu. Patut sedap. hehe.. Laksa kami makan di Laksa Kaw Ikan Sekoq. Boleh tahan sedap. Kali kedua kami makan Laksa Pulau tapi serius tak sedap ahaks.. Kuah cair.. So kena pandai-padai pilih tempat makan.. hehe...

Alhamdulillah seronok sangat.. Terima kasih yer suamiku tercinta bawa Mama dan kiddos kita jejalan hehehe... (^_^)

Alhamdulillah Selamat tiba.. TQ MAS...

Skycab

Dataran Lang

Ayah with his kiddos..

Main layang-layang

Bubble's Time

Sawah Padi menghijau

Makam Mahsuri

Love until Jannah

Laksa Kaw Ikan Sekoq di Jalan Airport

Nasi Dagang Pak Malau

Sunday, January 4, 2015

Happy Birthday Bonda...

04 Januari 2015... Happy birthday my lovely mama... Angah dan adik beradik sayang mama sangat-sangat...

Semoga Mama diberikan kesihatan berpanjangan.. Dimurahkan rezeki.. Diberi keberkatan hidup.. Diberi kesejahteraan hidup.. Dimasukkan ke dalam syurga dan bahagia di samping Abah dan keluarga kita.. Aaamiiinnn.... Sayang Mama ketat-ketat...

Notakakitangan: Mood bercuti... Cuaca di langkawi panas sekarang.. Sunburn muka anak-anak.. hehehe.. (^_^)

Friday, January 2, 2015

Happy New Year 2015

Alhamdulillah.. Entry pertama di tahun baru.. Hari pertama bekerja di tahun baru.. hehe..  Kawan opis pun pelik Mimie tak amik cuti hari ni untuk sambung terus cuti sampai ahad haha...

Sebenarnya cuti dah amik. Tapi 5hb nanti.. Nak cuti-cuti di tahun baru. Our 1st vacation 2015.. So esok nak naik flight untuk cuti-cuti dalam Malaysia.. 3D 2N.. (^_^) tapi tetiba je seriau nak naik flight.. huhu.. Tapi Mr. Tajul cakap semuanya ketentuan Allah.. So kita kenalah hadapinya..

Semoga tahun ini lebih gemilang dari tahun sebelumnya.. Dikurniakan rezeki dan kebahagiaan berpanjangan buat Mimie dan keluarga.. Aaamiinnn... (^_^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG