Tuesday, January 13, 2015

25 weeks (^_^)

i'm preggy lady.. (^_^)

Alhamdulillah.. Dah nak sampai penghujung trimester 2. Kalau readers perasan penghujung tahun 2014 Mimie kurang menulis di blog Mimie. Kalau BW pun jadi silent reader dan kadang-kadang Mimie reply comment pada entry geng blogger. 

Sebenarnya Mimie dah berbadan dua. Alhamdulillah. Allah perkenankan doa Mimie untuk dapat anak ketiga pada umur 30 tahun dan suami 33 tahun.. Waahhh.. Meriah angka tiga tahun ni ni buat Mimie dan keluarga..

Mesti ada yang tertanya kenapa Mimie tak bagitau awal-awal berita gembira ni??? Sebenarnya Mimie belajar dari pengalaman mengandung anak kedua. Sebab masa awal-awal Mimie bagitau Mimie mengandung ade Hamba Allah yang mendoakan perkara yang bukan-bukan pada Mimie dan kandungan. Bagi memlihara anak dalam kandungan dan kesihatan Mimie so Mimie tunggu bila kandungan semakin membesar.

Alhamdulillah.. Malam tadi Mimie, Mr. Tajul dan anak-anak ke Klinik Mediviron di Bandar Baru Nilai untuk scan baby. Alhamdulillah.. Baby sihat dan sangat aktif masa kami mengintainya hahaha.. Doktor pun cakap baby tak duduk diam. Aktif betul.. Hehehe..

InshaaAllah Mimie due bulan April ni. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. Harapan mengandung kali ni nak bersalin normal seperti kakak Batrisyia dan kakak Aqilah supaya Mr. Tajul ada di sisi di saat kelahiran anak ketiga kami nanti... Aaaamiiinn...

2 comments:

  1. Alhamdulillah... tahniah dari kakak Mimie. Tahu-tahu dah dlm proses nak tambah ahli keluarga. Seronok kakak baca:)

    Kakak-kakak yg comel tu apatah lagi mesti tiap hari letak telinga dan tangan massing-masing kat perut nak merasa.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG