Wednesday, January 14, 2015

No Perfume Pleaseeee...

Mengandung anak ketiga ni pelik sikit. Tak suka bau perfume. Kalau bau je mesti pening dan loya.

Masa mengandung anak sulung Batrisyia Mimie ni memang suka masak. Semua resepi nak cuba. Masak kuih, lauk pauk macam-macam jenis. Lepas tu suka mengemas rumah. Deco rumah. Alih perabot sana sini nak bagi cantik. Sampai Mr. Tajul marah sebab katil pun Mimie sibuk nak alih letak sekejap sana dan sekejap sini..

Masa mengandung Aqilah Mimie tak berapa suka masak. Hahaha.. Masak jugak tapi nak gigih meng'google' resepi tu memang tak la kan. hahaha.. Tapi satu tabiat Mimie masa mengandung Aqilah. Suka shopping online. Kejap-kejap beli baju.. Kejap-kejap beli macam-macam barang.. Even makanan pun beli online.. Huhh.. Memang tak terbendung.. Hahaha..

Sekarang mengandung anak ketiga.. Satu je problem.. Tak boleh bau perfume. Lepas tu mengidam nak makan macam-macam. Paling suka makan masa mengandung anak ketiga ni buah anggur. Tiap-tiap minggu beli buat stok.. Pelik betul.

Masa mula-mula tau pregnant dan tergerak hati nak cek pregnancy test tu bila Mimie nak balik kerja Mimie terbau perfume perempuan yang jalan depan Mimie. Lepas tu pening dan tak tahan terus muntah.. Hahaha.. Lepas tu rasa pelik. So singgah farmasi beli pregnancy test. Balik tu terus cek. Tetiba naik 2 line.. Opppsss... Tak tau nak kata apa masa tu. Cuma tunggu Mr. Tajul balik kerja nak bagitau berita gembira.. Bila Mr. Tajul balik bertambah kecoh dan happy kami dalam rumah tu. Siap ketawa hahaha.. Alhamdulillah.. Sepanjang mengandung ni tak ada masalah. HB normal, urine normal, tekanan darah normal, kencing manis dan darah tinggi memang tak ada sejak mengandung kesemua anak. Alhamdulillah..

Tahun ni beraya tambah la sorang lagi cahaya mata ketiga.. InshaaAllah.. Semoga dipermudahkan Allah.. Aaaamiiinn..

Tahun lepas berempat. InshaaAllah tahun ni berlima (^_^)

5 comments:

  1. Kakak tengok Mimie cantik masa pregnant - org tua kata anak perempuan. Tapi tak suka perfume tu org kata lelaki. Jadi tunggu ajelah lelaki ke perempuan. Janji sihat semuaya kan:)

    ReplyDelete
  2. semoga akak dan baby sihat sihat sellau :D

    ReplyDelete
  3. macam2 ragam org preggy ni kan... hehe... bau rokok pun sy takleh masa preggy.. nak muntah rasanya.

    ReplyDelete
  4. huhu lin mengandungkan harris mmg tak leh pakai perfume. harris dah keluar pun tak leh pakai gak. nnt harris muntah kat bju lin... huhuh bertuah tau menantu mimi tu.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG