Wednesday, February 25, 2015

Tahniah Encik Suami (^_^)

Alhamdulillah... Permulaan tahun 2015 yang dilimpahkan rezeki berlipat ganda.oleh Allah SWT. Tahniah buat suami tercinta Mr. Tajul atas kenaikan pangkat. Tahniah sebab dah dapat penempatan baru.. So sekarang dah tak berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan lagi..

Alhamdulillah abang dapat penempatan baru sebelah kompleks sayang hahaha... Dekat la kita lepas ni.. Boleh selalu dating breakfast dan lunch.. hahaha..

Rezeki anak-anak... Alhamdulillah. Lepas Mimie dapat tawaran beli rumah di Putrajaya, Mr. Tajul dapat kenaikan pangkat. Syukran Ya Allah... Semoga Allah memberikan keberkatan dalam kehidupan dan rezeki berpanjangan buat Mimie dan keluarga.. Aaammminnn....

Monday, February 23, 2015

Rumah Kedua di Putrajaya

Alhamdulillah... Rezeki anak-anak. Akhirnya Mimie terima tawaran memiliki rumah di dalam Putrajaya. Macam mimpi je.. Maklumlah.. rumah area Putrajaya ni dah mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit.

Walaupun bukan rumah teres or semi D.. Yang penting Mimie ada aset sendiri atas nama sendiri di dalam Putrajaya. Sebuah kondominium di Putrajaya.. Sekarang kami dah ada rumah Semi D. So second house ni tak kisah la tak dapat rumah atas tanah. Yang penting dalam Putrajaya. Alhamdulillah. Syukur sangat kepada Allah atas limpahan rezeki buat kami sekeluarga.. (^_^)

Friday, February 20, 2015

Kami tak balik kampung (ToT)

Tajuk entry yang tak boleh blah hahaha... Hurmm... cuti panjang tapi tak balik kampung. Cuti tahun baru cina ni dapat 4 hari. Tapi kami dah balik masa cuti hari wilayah dengan thaipusam hari tu. Cuti 4 hari juga masa tu. So kami decided tak balik la cuti raya cina ni. Tapi bila tengok FB kekawan post balik kampung. Mak masak. Kumpul adik beradik tetiba je jadi touching.. Uwaaa... rasa nak balik kampung. Muahaahaha...

Hurmm... Takpe la tak balik kampung kali ni. Duduk rumah kemas rumah (sebenarnya Mr. Tajul yang tolong kemas rumah.. Tak larat nak mengemas hahaha). Alasan kan bila dah sarat mengandung ni. Alhamdulillah suami memahami. Thanks sayang.. hehehe.. Tapi rutin memasak wajib buat. Cuma bila dapur dah berselerak Mr. Tajul la tolong kemaskan hahaha.. Seronok memasak untuk anak-anak dan suami. Buat nasi lemak, bakar kek coklat, cheesekut.. Hilang penat bila tengok suami dan anak-anak selera makan.

Oh hampir lupa pulak.. Mak mertua nak datang hari ahad ni. Katanya nak duduk lama sikit kat rumah kami.. Alhamdulillah. Tak dapat balik kampung tapi still dapat jumpa ibu bapa kami. (^_^) Ok.. Tengah tunggu Mr. Tajul balik dari masjid ni. Time cuti ni Mr. Tajul akan ke masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Anak-anak semua dah tido..

Monday, February 16, 2015

Siap Keperluan Bayi (^_^)

Alhamdulillah.. Selesai shopping barang bayi hujung minggu baru ni. Setiap kali beli barang untuk sambut orang baru dalam keluarga kami mesti excited. Mimie, Mr. Tajul dan anak-anak terlebih excited. Kakak Batrisyia lagi la seronok. Kakak yang paling banyak pilih barang masuk bakul haha..

Dari anak pertama sampai la ketiga ni memang kami selesa shopping di Manjaku Bangi. Banyak pilihan. Harga pun ok la jugak. Ada macam-macam brand untuk dipilih. Dari pakaian sampai la aksesori.

Alhamdulillah kepala baby dah turun ke bawah. InshaaAllah bila kepala baby dah ke bawah peluang bersalin normal dan Mr. Tajul teman di sisi di dalam labour room nanti semakin cerah seperti anak-anak sebelum ni.. Ya Allah permudahkan urusan bersalin nanti. Semoga semuanya selamat dan baby sihat sempurna. Aaaamiinnn..

Barangan Mimie pun dah complete. Tambah lagi 2 bengkung dari yang sebelum ni. Maternity pad dan nursing pad pun dah complete. Tinggal set bersalin Nona Roguy belum beli lagi. Mimie serasi dengan set bersalin ni. Minggu ni Chinese New year. So nak beli online produk nona roguy ni kena tunggu lepas CNY la jawabnya. Orang dah sibuk nak cuti kan minggu ni.. So risiko pengeposan barang ni lebih baik diambil lepas cuti panjang.

30 minggu dah kandungan Mimie.. Tinggal lagi 10 minggu.. Setiap kali dah sarat ni memang berdebar. Yang paling sayu bila solat jemaah dengan Mr. Tajul. Setiap patah doa yang dibaca selesai kami solat jemaah buat Mimie sayu.. Terima kasih suamiku sayang atas doa keselamatan buat Mimie dan anak-anak.. Sayang abang dan anak-anak dunia akhirat.. Semoga kebahagiaan sentiasa milik kita.. Aaamminnn..

Tuesday, February 10, 2015

Kursus Gateway to Mandarin

Alhamdulillah.. Kursus kedua tahun ni. Hari Khamis ni cukup 6 hari kursus.. So boleh la senang hati nak cuti bersalin nanti sebab capaian 7 hari berkursus hampir terlaksana. Lagi satu hari tu kena cari seminar la jawabnya.. hehehe..

Kursus Mandarin.. Amboii... Belajar bahasa baru pulak sekarang. Huhuhu.. Mana la tau baby dalam womb ni keluar-keluar boleh cakap mandarin. Muahahaha... Semoga Allah mudahkan urusan kami menuntut ilmu baru.. Aaminnn...

Monday, February 9, 2015

Murah rezeki ibu mengandung

Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan.. Dapat buah tangan dari Cameron Highland dan Sarawak. Strawberry dan kek lapis sarawak.. Murah rezeki ibu mengandung ni.. Terima kasih banyak-banyak..

Tuesday, February 3, 2015

Cuti yang Awesome

Seronok bercuti sempena hari wilayah dan hari thaipusam.. memang havoc. Balik petang jumaat lepas kerja. Esok tu tengah hari sabtu family Mimie buat tahlil dan doa selamat. Ramai sedara mara datang. Memang seronok sangat-sangat.

Petang tu pulak kami pulang ke rumah in law di Dungun. Jumpa family in law. Alhamdulillah dapat balik dua-dua kampung. Sebelah husband dan sebelah Mimie. Baru adil. Huhu..

Hari Isnin tu balik Kuantan semula. Malam tu oleh sebab semua adik beradik Mimie berkumpul so kami buat BBQ. Memang meriah dan seronok tak terkata. Rasa tak mau balik KL. Hahaha..

So hari ni kami bertolak balik. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Tak jem pun. Percutian yang menyeronokkan.. huhuhu..

Oleh sebab dah balik dua-dua kampung so raya cina nanti kami duk KL je la. Lagipun Mimie pun dah sarat sekarang. Dah masuk 7 bulam kandungan Mimie. Esok ade check up. Mr. Tajul teman esok untuk check up.. hohoho... mengada-ngadakan hahaha... Nak buat camne. Mr. Tajul yang rela hati nak teman. Risau sangat lepas jalan jauh katanya.. huhu..

Ok readers.. jumpa lagi...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG